Nasi Goreng Kampung Style Mak-Mak. Mesti Letak Bahan Ni, Baru Sedap!

Share

Nasi goreng antara menu paling mudah nak buat jika ibu dah tak ada idea nak masak apa. Seisi keluarga boleh makan jika kena dengan selera. Ada telur, ikan bilis sikit, sayur yang sesuai dah boleh dapat satu kuali nasi goreng sedap.

Bagi peminat nasi goreng kampung, resipi ini sangat mudah dan kena dengan selera. Memang style mak-mak lah! Nak tahu lebih lanjut resipi nasi goreng kampung, berikut perkongsian Umi Watie.

Mula-mula kita gorengkan ikan bilis. Kalau boleh pilih yang kecil-kecil.

Baki minyak tadi kita tumiskan 1 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 5 batang cili api. Kakchik cincang je guna chopper. Lepas tu bubuh belacan sebesar separuh bola pinpong.

Wajib bubuh belacan kalau tak dia tak jadi nasi goreng kampung, dia jadi kau jelah balik kampung. Gitu.

Bubuh ½ cawan isi ayam. Kalau nak bubuh udang ke, sotong ke boleh je. Kampung awak kan bukan kampung saya. Kampung saya ada ayam je.

Bila semua bahan dan sebati elok, masukkan telur ayam. Kakchik bubur 2 butir, kalau nak bubuh lebih pun boleh.

Perasakan dengan garam sesedap rasa. Tak sedap tu mesti sebab durhaka resipi.

Masukkan nasi sejuk 4 cawan. Peroikan dulu nasi kita tu. Kalau boleh guna nasi semalam yang tak habis. Baru nasi elok tak melekat-lekat.

Lagi satu wajib juga bubuh kangkung, barulah terasa kampung lebih. Tak bubuh kangkung kira nasi goreng kita gagal. Gaulkan sebati, matikan api.

Tadaaa dah siap, jom ajak anak dan suami makan. Kalau rajin tapaukan sepiring buat jiran. Selamat mencuba korang.

Makan nasi goreng kampung ni kena ada kopi o kaw. Lepas tu ada keropok warna warni baru lagi bertambah sedap, kalah teruk nasi goreng kampung kedai Thai tau.

Kredit: Umi Watie

Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN