“Assalamualaikum minta jasa baik rakan-rakan doakan anak saya, dia sekarang dalam keadaan kritikal,” demikian luahan Eyka Rohmat dalam Facebooknya, Selasa lalu.
Eyka mengharapkan anak lelakinya, Naufal Nabil Fikri yang berusia 10 bulan itu diberikan keajaiban dan kesihatan seperti sedia kala.
“Jasa dan doa kalian hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya. Ummi rindu Naufal sayang, Naufal kuat ummi kuat… Naufal nyawa ummi,” katanya.
Terdahulu menerusi muat naik di Facebooknya juga, Eyka mengesahkan tempurung kepala Naufal retak, tisu kepala bengkak dan pendarahan dalam kepala serta di selaput mata.
“Allah SWT, sesungguhnya kami insan yang terpilih kau redakan aku terima segala ketentuanMu,” katanya.
Ads
Sementara itu menurut laporan media, bayi berusia 10 bulan itu kritikal selepas dipercayai terjatuh dari buaian ketika berada dalam pengawasan pengasuhnya.
Kini Naufal dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar sejak Selasa lalu, selepas dikejarkan ke Hospital Tangkak pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, bayi berkenaan dibawa oleh pengasuh ke Hospital Tangkak pada Selasa lalu selepas mengalami sawan.
Ads
Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan pada bahagian mata dan retak tempurung kepala.
“Pegawai perubatan yang merawat mangsa membuat laporan polis dan siasatan terhadap pengasuh mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh daripada buaian sepanjang di bawah jagaannya.
Ads
“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan maklumat serta keterangan daripada ibu bapa mangsa, ahli keluarga dan jiran,” katanya.
Mohad Idris berkata, polis juga telah menahan pengasuh terbabit dan mendapat kebenaran menahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Eyka Rohmat’s & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggal 31 Oktober 2023 menjadi tarikh yang tidak akan pernah terpadam dalam ingatan seorang ibu. Hari yang sepatutnya berlalu seperti biasa itu bertukar menjadi detik paling menyayat hati apabila satu pesanan WhatsApp daripada pengasuh anaknya membongkar kebenaran pahit yang langsung tidak pernah terlintas di fikirannya.
Perkongsian menyentuh hati ini dikongsikan sendiri oleh ibu berkenaan menerusi akaun TikTok @ainhunny, menceritakan bagaimana anak kecilnya, Arman, menjadi mangsa kekasaran pengasuh yang selama ini diberikan kepercayaan sepenuhnya.
Menurut ibu tersebut, perasaan gagal sebagai seorang ibu terus menyelubungi dirinya sebaik membaca mesej berkenaan. Hatinya hancur apabila mengetahui anak kesayangannya telah ditampar sehingga meninggalkan kesan lebam dan berbirat.
“Rasa gagal sangat masa dapat wasap dari pengasuh. Bila jemput anak, dia diam seribu bahasa. Tak tahu nak cakap apa, hanya menangis..” tulisnya dengan penuh sebak.
Lebih meruntun perasaan, ketika itulah dia akhirnya memahami punca sebenar mengapa Arman sering menangis setiap kali dihantar ke rumah pengasuh. Tangisan yang selama ini disangka sebagai fasa biasa anak kecil, rupa-rupanya jeritan ketakutan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.
“Tak sangka kuat betul kena tampar. Patutlah selama ni nangis je bila nak hantar,” luahnya lagi.
Sebagai seorang ibu, hatinya benar-benar luluh memikirkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa. Pada usia semuda itu, Arman belum mampu meluahkan apa yang dialaminya, apatah lagi mempertahankan diri daripada perlakuan kasar orang dewasa.
Pakar perkembangan kanak-kanak menjelaskan bahawa penderaan fizikal dan emosi pada usia awal boleh meninggalkan kesan trauma berpanjangan sekiranya tidak ditangani dengan betul. Antara kesannya termasuk perubahan emosi, ketakutan melampau, gangguan tidur, mudah terkejut dan kesukaran mempercayai orang dewasa.
Tanpa berlengah, ibu ini membuat keputusan besar demi keselamatan anaknya. Keesokan harinya, dia terus menukar pengasuh walaupun perasaan bersalah dan luka emosi masih belum sembuh sepenuhnya.
Keputusan itu ternyata tepat. Perubahan positif dapat dilihat dalam masa yang singkat.
“Lepas tukar pengasuh, terus jadi anak yang baik dan happy!” kongsinya.
Arman kembali ceria dan tidak lagi menunjukkan ketakutan setiap kali dihantar. Senyuman dan gelak tawanya kembali, seolah-olah beban emosi yang selama ini dipendam akhirnya terlerai.
Pada November 2024, Arman mula memasuki taska. Sekali lagi, Allah mempermudahkan urusan ibu ini apabila guru-guru di taska tersebut disifatkan sangat penyayang, sabar dan bertanggungjawab.
Kini, Arman sudah berusia tiga tahun dan bakal melangkah ke alam prasekolah pada tahun hadapan. Ibu itu tidak dapat menyembunyikan rasa syukur melihat anaknya membesar dengan sihat dan gembira, meskipun Arman dilahirkan ketika usia kandungan baru 35 minggu.
“Besar dah adik. Alhamdulillah membesar dengan elok..” tulisnya penuh rasa syukur.
Persoalan yang sering diajukan oleh netizen adalah mengapa ibu ini tidak membuat laporan polis terhadap pengasuh tersebut. Jawapannya ringkas tetapi penuh pertimbangan seorang ibu.
“Saya tak buat report, just tukar pengasuh terus. Sekarang alhamdulillah anak saya dah dekat taska, membesar dengan elok..” jelasnya.
Bagi ibu ini, keutamaan utama adalah keselamatan serta pemulihan emosi anak, bukan membuka semula luka lama yang mungkin memberi kesan jangka panjang kepada si kecil.
Pa&Ma ingin mengingatkan ibu ayah agar tidak memandang ringan perubahan emosi dan tingkah laku anak. Tangisan berpanjangan, ketakutan melampau, enggan ditinggalkan atau perubahan sikap secara mendadak adalah isyarat penting yang perlu diberi perhatian serius.
Anak kecil mungkin tidak tahu bersuara, tetapi tingkah laku merekalah bahasa paling jujur. Ibu bapa perlu menjadi suara, pelindung dan benteng utama anak-anak.
Kerana setiap tangisan anak, mungkin menyimpan cerita yang terlalu berat untuk mereka tanggung sendirian.
Malang tak berbau! Itu yang berlaku pada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun apabila patah tulang selangka selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Wakaf Aik, Bachok, Kelantan.
Dalam kejadian jam 3.30 petang (9 Ogos), mangsa, Mohammad Naufal Zafran Abdul Fattah yang turut cedera pada badan kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin, berkata ketika kejadian sebuah kereta Proton Exora yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Besut menghala ke Pengkalan Chepa.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang kanak-kanak lelaki melintas secara tiba-tiba pada jarak dekat menyebabkan mangsa dilanggar.
“Pada masa sama, pemandu Proton Exora yang cuba mengelak itu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Myvi.
“Disebabkan pelanggaran itu, mangsa cedera pada badan dan patah tulang selangka sebelum dikejarkan ke HUSM untuk rawatan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata, siasatan mendapati, ketika kejadian, mangsa dipimpin tangan oleh bapanya di bahu jalan sebelum kanak-kanak itu merentap tangannya dan berlari melintas jalan.
“Kedua-dua pemandu kereta tidak cedera dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Lahir sebagai bayi pramatang seberat 595gram, bayi ini sangat kuat. Malah dia terus bertahan walau pun 5 kali bertarung kerana jangkitan kuman.
George dilahirkan 3 bulan lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin iaitu pada Julai tahun lalu. Sepanjang hidup bayi ini, ibu bapanya sudah 5 kali diberitahu doktor yang mereka bakal kehilangannya.
20 KALI TRANSFUSI DARAH
George sudah pun melalui 20 proses transfusi darah dan ekoran daripada itu dia mendapat meningitis dan sepsis yang hamper meragut nyawa. Kini pada usia 8bulan, George sudah pun pulih dan sudah pulang ke rumah.
BERMULA DARIPADA SAKIT BELAKANG, KEMUDIAN BERSALIN
Ibu, Hanna Rose, 25 awalnya mengalami sakit belakang dan bersalin 4 hari kemudian. Belum pun sempat dipeluk selepas dilahirkan, bayi ini telah dikejarkan ke ICU.
“George ketika itu dibedah segera. Kami tidak boleh sentuh, kulitnya seolah-olah lutsinar,” kata Hanna.
ALAMI MASALAH USUS
Bayi kecil ini mengalami masalah necrotizing enterocolitis (NEC), iaitu keadaan di mana sebahagian daripada usus mati. Ekoran dari itu juga, George mengalami bengkak hati dan kehilangan lebih 40 peratus darah.
HAMPIR PUTUS ASA
Si kecil ini mengalami sepsis dan meningitis kesan daripada kelahiran pramatang. Kedua ibu bapanya hampir putus asa dan mengharapkan keajaiban berlaku.
DETIK CEMAS MUNGKIN ALAMI KEHILANGAN
Detik cemas antara hidup dan mati tatkala ibu bapanya diberitahu hanya beberapa jam sahaja yang masih berbaki untuk George hidup. Namun si kecil ini kuat semangat, terus berjuang untuk hidup dan tekanan darahnya meningkat semula.
George kini sudah pun dibenarkan pulang tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan menerusi tangki oksigen. Si kecil ini juga melalui 7 pembedahan jantung.