Nenek tular baca Yasin ketika SPM 2024, cucu berjaya dapat 4A+, 5A. Tentu ramai yang masih mengingati kisah menyentuh hati seorang nenek yang setia membaca surah Yasin ketika cucunya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024.
Nenek Tular Baca Yasin Ketika SPM 2024, Cucu Berjaya Dapat 4A+, 5A
Menerusi perkongsian di TikTok oleh seorang pengguna bernama Cikgu Muhamad Nazri, remaja lelaki tersebut berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 4A+ dan 5A dalam peperiksaan berkenaan.
“Ramai yang masih ingat kisah nenek yang baca Yasin semasa cucunya ambil SPM. Ini hasilnya. #spm2024,” tulisnya sambil berkongsi gambar salinan slip keputusan pelajar tersebut.
Kejayaan ini menjadi bukti berkat usaha gigih pelajar yang kehilangan ibunya pada Oktober lalu, serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada nenek tersayang yang hadir setiap hari ke maktab bagi memberi dorongan dan membacakan Yasin sepanjang tempoh peperiksaan yang berlangsung pada Januari lalu.
Perkongsian yang dimuat naik itu telah meraih lebih 360,000 tontonan, menyentuh hati ramai pengguna media sosial.
Ads
Ads
Rata-rata warga maya berkongsi rasa sebak dan turut gembira dengan kejayaan pelajar itu, selain menitipkan doa agar masa depannya terus gemilang.
Lagi kes keracunan dikalangan pelajar. Terbaru, Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.
TUTUP DEWAN MAKAN
Tindakan pantas untuk keadaan lebih mudarat, Dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Perak susulan kejadian keracunan makanan membabitkan 62 pelajar di institusi pendidikan berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.
Menurut laporan media, Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A Sivanesan berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama (PKD LMS) menerima 30 notifikasi kes keracunan makanan pada 30 Ogos.
Ia diikuti 32 kes tambahan pada hari berikutnya dari Klinik Kesihatan Taiping membabitkan pelajar yang tinggal di asrama dalam MRSM Taiping.
“Hasil siasatan awal di lapangan mendapati kesemua pelajar terbabit yang berusia di antara 16 hingga 17 tahun mempunyai sejarah makan di dewan makan MRSM Taiping dan mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, pening, loya, demam serta muntah,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang tu, ayat semudah mengucapkan terima kasih kepada isteri dah dapat buat dia rasa cukup bahagia. Biarpun kedengaran ringkas, tetapi impaknya sangat besar untuk emosi seorang isteri yang mungkin sudah terlalu letih dengan bebanan kerja seharian.
Sama ada isteri bekerja atau seorang suri rumah, kedua-duanya tidak mudah. Bukan sahaja penat fizikal, tetapi mental mereka juga sering tercabar dengan pelbagai kerenah anak-anak atau urusan di pejabat. Oleh itu, kata-kata indah yang keluar dari mulut suami umpama ‘penawar’ untuk mengurangkan rasa penat yang mereka alami.
Setiap pasangan yang berkahwin bukan sahaja perlu bersedia untuk hidup berdua tetapi juga mental harus kuat kerana ujian selepas berkahwin berganda daripada ketika kita bersendirian.
Keadaan akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri?
Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul?
Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelahkanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood. Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua.
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah.
Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Waktu ini, kalau anda ‘cuit’ sikit emosinya pasti akan menangis.
Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Atau anda pula take over, urutkan badannya. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannnya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.Itu sahaja yang ister mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.
Pilot bagi duit raya pada penumpang kanak-kanak-“Niat saya nak kongsi rezeki, gembirakan mereka.” “Saya hanya mahu berkongsi rezeki dan menggembirakan mereka sempena Hari Raya, lebih-lebih lagi kerana tahun ini saya bertugas,” ujar Kapten Mohammad Ghazi Mohamed Azri, seorang juruterbang berusia 37 tahun.
Tindakan beliau menarik perhatian ramai selepas sebuah video tular memperlihatkan beliau menghulurkan duit raya kepada penumpang cilik sebelum meninggalkan pesawat.
Menurut Kapten Ghazi, rakaman tersebut dibuat pada hari ketiga Aidilfitri, sejurus pesawat yang dipandunya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.
Melihatkan ramai penumpang yang pulang ke kampung untuk berhari raya, beliau mengambil inisiatif keluar dari kokpit dan menunggu di pintu pesawat bagi menyampaikan sampul duit raya kepada kanak-kanak.
“Kebiasaannya kru kabin yang menyambut penumpang di pintu pesawat, tetapi kali ini saya sendiri mengambil tempat mereka kerana memang berniat untuk memberi duit raya kepada anak-anak kecil.
“Mereka kelihatan terkejut dan tidak menyangka, malah ibu bapa mereka juga mengucapkan terima kasih,” jelasnya.
Kapten Ghazi menyatakan rasa syukur kerana berpeluang menyebarkan kegembiraan dan ini merupakan kali pertama beliau memberi duit raya kepada penumpang sepanjang 17 tahun bergelar juruterbang.
Beliau turut menyatakan hasrat untuk meneruskan amalan ini sehingga penghujung Syawal.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.