Pempengaruh terkenal tanah air iaitu Muabellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini memang luar biasa! Keikhlasan figura yang cukup kita kenali  Muabellaz, bila dia belanja satu kampung untuk majlis rumah terbukanya baru-baru ni. Bukan calang-calang, hampir 7,000 orang tetamu hadir! Dah macam pasar malam ala  bazar raya! Meriah tak terkata.

Dia diminati oleh orang ramai kerana kepetahan bercakap dan membuat lawak dalam loghat utara sambil membuat tutorial makeup yang cantik membuatkan ramai yang kagum cara dia menghargai peminatnya.

Jurusolek ini begitu aktif dalam media sosial dan sering berkongsi foto mahupun video melalui instagram miliknya berkongsi video di instagram miliknya berkata majlis rumah terbuka Bellaz & Mat Nuart bukan saja buat dekat kampung asal Bellaz, tapi bertujuan untuk raikan semua  dari keluarga, jiran, kawan-kawan serta followers yang selama ni menyokong dari jauh.

“Bellaz buat dekat kawasan kampung bellaz bukan harini ja malah sebelum ni memang buat dekat kawasan kmpung ,supaya penduduk kampung bellaz ,followers yang kurang berkempuan mudah nak ke tmpat majlis bellaz” – Bellaz

“Ni Baru Betul Serumpun…” Mua Bellaz Belanja 7,000 Orang, Rumah Terbuka Macam ‘ Pasar Malam’ “Ni Baru Betul Serumpun…” Mua Bellaz Belanja 7,000 Orang, Rumah Terbuka Macam ‘ Pasar Malam’

BELANJA ORANG KAMPUNG 22 JENIS MENU RAYA

Ads

Lebih manis ada  22 jenis makanan panas-panas disediakan khas untuk tetamu. Malam penuh makna di kampung Bellaz, bila ribuan tetamu hadir meraikan majlis rumah terbuka yang penuh kasih sayang. Seronok tak terkata bila tengok semua orang menjamu selera  lebih kurang 22 jenis makanan panas-panas dihidang khas untuk semua. Alhamdulillah, bila niat baik dipermudahkan, semua jadi manis.

“Seronok boleh tgk org smua menjamu selera ,lebih kurang ada 22jnis maknan smalam Alhmdulilah ..insyallah ada rezeki tahun depan bellaz buat besaq lagi invite lebih ramai lagi.” .

Bellaz juga sempat minta maaf kalau ada yang dia terlepas pandang sepanjang majlis tu. Humble sungguh, padahal dah buat sehabis baik.

Ads

“Ni Baru Betul Serumpun…” Mua Bellaz Belanja 7,000 Orang, Rumah Terbuka Macam ‘ Pasar Malam’

Insyallah tahun depan nak buat lebih besar lagi, jemput lebih ramai, dan pastinya lebih meriah.

NETIZEN PUJI CARA RAI PENGIKUT 

Ads

“Ni Baru Betul Serumpun…” Mua Bellaz Belanja 7,000 Orang, Rumah Terbuka Macam ‘ Pasar Malam’ “Ni Baru Betul Serumpun…” Mua Bellaz Belanja 7,000 Orang, Rumah Terbuka Macam ‘ Pasar Malam’ “Ni Baru Betul Serumpun…” Mua Bellaz Belanja 7,000 Orang, Rumah Terbuka Macam ‘ Pasar Malam’

 

Sumber:muabellaz

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI