Anak malas, tak mahu buat bantu kerja apatah lagi bersihkan rumah bukan salah mereka. Sebagai mak ayah, kitalah yang patut memberi arahan malah mengajar anak jadi ‘pembersih’ sejak kecil lagi.
Lepas makan terus basuh pinggan. Plastik makanan terus masuk dalam plastik sampah. Semua ini harus diingatkan anak-anak. Bila tidak dipesan atau dididik sejak kecil, semestinya anak tidak tahu.
Gambar tular yang dikongsikan di facebook, Ameera ini benar-benar belaka. Jangan asyik salahkan anak bila keadaan tidak baik dan kotor seperti yang dikongsikan. Kitalah perlu jadi pembimbing, biar anak jadi pembersih.
Ini bukan sebab ada anak ramai, tapi ni sejenis penyakit “pemalas”.
Berhentilah guna alasan anak nak tutup kesalahan sendiri, rumah bersepah guna alasan anak, dinding rumah conteng guna alasan anak, kereta macam tongkang pecah guna alasan anak. Kesian anak asyik dipersalahkan.
Ads
Tu sebab kena jadi ‘garang’ supaya anak-anak semua tahu menjaga kebersihan dirumah.
Kelima-lima anak aku semua tahu buat kerja rumah. Dorang tahu dah tanggungjawab masing-masing didalam rumah mahupun di dalam kereta. Dari kecil aku dah melaung, melaung untuk jadi manusia bukan jadi monyet.
Lepas guna kereta ajar anak-anak susun kasut elok-elok, kutip semua plastik jajan ke plastik air ke, buang masuk ke dalam tong sampah, bukan biarkan mereka meninggalkan kereta dan kita pula kena buat semua. Jangan sesekali.
Ads
Bila kita gunakan ayat “masih kecil” dalam tak sedar kita manjakan anak-anak menjadi raja dirumah.
Elakkan kalau boleh. Kecil tak kecil. Perempuan ke lelaki ke, sama je.
Aku cukup pantang kalau dah guna kereta biar jadi macam ni. Lepas dah guna cuci, lepas dah guna simpan, lepas dah guna bersihkan semula, jangan ternanti-nanti.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Anak duduk dalam posisi W sitting sememangnya sudah diketahui kurang bersesuaian dan banyak keburukannya namun bila anak sudah terbiasa, ternyata tabiat ini begitu sukar untuk diubah.
Mengubah anak kembali pada posisi duduk bersila dan sebagainya memerlukan masa. Ahli terapi cara kerja, Pn Ayesha Sairi berkongsi tip untuk kembalikan anak kepada posisi yang betul.
Duduk W-Sitting
“Anak saya suka duduk w-sitting, Puan. Walaupun saya dah tegur dia banyak kali, dia tetap akan kembali duduk dalam posisi w”
“Anak Puan umur berapa?”
“6 tahun”
Ibubapa yang saya kasihi, saya menerima persoalan ini semasa bengkel yang saya sertai pada hari Sabtu lepas. Ibu ini sedar yang duduk w-sitting ini tidak baik untuk anaknya. Tetapi ibu buntu cara apa lagi yang boleh dilakukan supaya anak boleh duduk dengan baik.
Duduk dengan baik di atas lantai bermaksud berada di dalam posisi bersila, bersimpuh dan juga melunjur. Bukan dalam posisi w-sitting.
Anak yang sudah berusia 6 tahun mungkin sudah jadikan cara duduk w-sitting sebagai sesuatu yang normal untuknya.
Sebagai seorang ibu, pastilah beliau berasa risau dengan situasi anaknya itu. Beliau sudah tahu kesan buruk apabila anak berada dalam posisi w-sitting.
Saya menerangkan kepada ibu dan semua peserta bahawa:
* Anak tersebut mungkin sudah jadikan w-sitting sebagai satu habit, satu kebiasaan untuknya.
* Ibu sudah melakukan sesuatu yang betul iaitu dengan menegur anak setiap kali anak duduk dalam posisi w-sitting
* Anak kemungkinan mempunyai otot teras atau ‘core musle’ yang lemah.
* Posisi w-sitting ini tidak memerlukan otot teras anak untuk bekerja dengan kuat bagi menstabilkan badan. Kaki anak yang membentuk huruf w dapat membantu menstabilkan badan.
* Kesannya, otot teras anak tidak kuat dan anak akan mudah berasa letih untuk stabilkan diri sendiri dalam posisi duduk yang lain.
Saya mencadangkan kepada ibu untuk
✅ Galakkan anak lakukan aktiviti motor kasar. Antaranya ialah:
– berguling
– jalan itik atau animal walk yang lain
– merangkak
– lompat bintang
– lompat di atas trampoline
✅ Banyakkan aktiviti tummy time atau berada dalam posisi meniarap. Ia membantu untuk kuatkan otot teras.
Kadang-kadang, anak bukan tidak mahu ikut permintaan ibu, tetapi dia tidak boleh. Oleh itu, kami sebagai terapis akan lihat kemahiran asas yang diperlukan untuk lakukan sesuatu.
Sekiranya yang asas itu tidak dikuasai, tumpukan kepada kemahiran asas tersebut. ‘Back to basic’ kata orang putih.
Harap dapat membantu serba sedikit.
2 keburukan W-sitting
1. Tidak bagus untuk perkembangan fizikal terutamanya untuk bahagian lutut dan pinggang.
2. Menyumbang kepada kurangnya otak kanan dan kiri anak berhubung.
Menarik:
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makanan yang harus dihindari bila anak yang ada eczema demam. Ibu mana yang tidak susah hati bila melihat anak asyik merengek siang malam sebab ada eczema. Tergaru-garu badan yang terasa gatal, hingga ada yang terluka dibuatnya. Sudahlah begitu, tiba-tiba demam pula akibat cuaca yang tidak menentu sekarang ini.
Sebagai ibu, melihat keadaan anak sedemikian tentu sayu hati dibuatnya. Selain ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dalam membantu merawat penyakit yang dihidapi, seharusnya ibu-ibu juga perlu ambil berat tentang apa yang dimakan oleh anak-anak ketika itu.
Makanan Yang Harus Dihindari Bila Anak Yang Ada Eczema, Demam
Memandangkan setiap apa yang dimakan, akan menyumbang kepada kesihatan diri seseorang. Oleh sebab itu, kita perlulah lebih berhati-hati dalam memilih yang terbaik untuk keluarga kita!
Mengikut American Journal of Clinical Nutrition kesemua ini sebabkan keradangan dan lemahkan sistem imun.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu kita lihat anak makan banyak tapi badan tetaplah kurus. Risau juga dibuatnya bila makanan yang dimakan seolah-olah ‘tidak sebati’ dengan tubuh anak. Macam pelik juga jadinya anak orang lain makan dalam jumlah yang sama dengan anak kita makan tapi ana kita tetaplah kurus.
Ibu bapa mana yang tidak mahu si kecil mereka kelihatan sihat dan gebu? Bagi mereka, ini merupakan indikator bahawa bayi mereka sedang membesar dengan baik. Namun begitu, apa yang perlu dilakukan jika bayi terlalu kurus jika dibandingkan dengan bayi lain?
1. Beri bayi minum susu ibu
Secara semulajadinya, susu ibu merupakan sumber makanan utama untuk bayi. Susu ibu mempunyai nutrisi semulajadi yang sepatutnya sudah mencukupi untuk tumbesaran bayi.
Sebagai ibu, anda seharusnya memberi susu badan mengikut jadual yang telah ditetapkan atau ketika bayi itu lapar. Jika bayi mempunyai masalah untuk minum susu secara terus dari payu dara ibunya akibat kondisi pra matang atau bibir sumbing, perah susu badan anda ke dalam botol susu. Jika si ibu pula yang mengalami jangkitan pada puting (mastitis), segera dapatkan rawatan doktor.
2. Beri bayi minum susu formula
Sebagai alternatif buat bayi yang tidak mahu menyusu badan atau si ibu sibuk bekerja, anda boleh pertimbangkan untuk memberi bayi susu formula. Sebenarnya, susu formula juga berkhasiat dan mengandungi nutrien yang tidak jauh beza dengan susu badan.
Selain itu, susu formula dapat membantu memperbaiki sistem pencernaan bayi sekaligus meningkatkan berat badan bayi.
Jika anda masih was-was mengenai pemilihan susu formula yang terbaik buat si kecil anda, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik mengenai jenis susu formula khusus yang paling sesuai buat bayi anda.
3. Tenangkan bayi segera jika menangis
Meskipun agak tidak logik, bayi yang kerap menangis cenderung mengalami kesukaran untuk naik berat badan. Ia adalah sama kesannya seperti bayi lapar atau tidak cukup tidur.
Untuk menenangkan bayi, anda boleh mendukung, memeluk dan mengusap badannya dengan lembut. Jika ia masih tidak membuahkan hasil, anda boleh cuba membedung bayi menggunakan kain.
4. Jaga waktu tidur bayi
Aktiviti bayi yang baru lahir hanya makan dan tidur. Ia merupakan kombinasi dua perkara yang dapat membantu menaikkan berat badan bayi. Bayi yang normal akan tidur selama 16 jam sehari.
Oleh itu, ibu bapa perlu merancang jadual si kecil anda dengan sebaiknya agar waktu tidur dan waktu minum susu mereka adalah teratur setiap hari. Bagi memastikan bayi tidur lebih selesa, sediakan katil bayi yang selesa dan selamat daripada sebarang bahaya.
5. Jaga kebersihan kulit bayi
Kebersihan kulit bayi amat penting bagi si kecil untuk mereka berasa lebih selesa sepanjang harinya. Ia juga penting untuk membuat mereka lebih seronok dan tidak membuat perangai apabila tiba waktu tidur atau waktu minum susu. Ini sekaligus dapat membantu menaikkan berat badan mereka secara semulajadi.
Caranya, pastikan mereka selalu memakai pakaian yang lembut, kering dan bersih bagi mengelakkan kulit gatal. Selain itu, kerap mandikan bayi dan hindari daripada menggunakan produk kulit bayi secara berlebihan bagi mengelakkan infeksi dan iritasi.
6. Jaga pemakanan bayi
Akhir sekali, apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah jaga pemakanan si kecil jika bayi sudah boleh makan makanan pejal. Antara jenis makanan yang boleh diberikan pada bayi untuk menggemukkan bayi adalah:
Produk tenusu seperti susu penuh lemak, yogurt atau keju. Gandum penuh seperti roti, pasta atau nasi. Sayur-sayuran dan buah-buahan berkalori tinggi seperti kesemua sayur hijau, pisang, pear dan avocado
Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah memberi perhatian sepenuhnya terhadap si kecil anda jika mereka terlalu kurus dan memerlukan lebih nutrisi dan khasiat. Jika berat badan bayi anda masih tidak menaik meskipun sudah berbagai cara dilakukan, bawa si kecil anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang sebetulnya.
Ibu-ibu yang pening berat anak tak naik-naik boleh cuba makanan dalam senarai di atas itu.
Nak sentuh sikit nombor 18 mungkin kita di Malaysia jarang kenalkan dhal pada anak-anak. Kita makan dhal cicah roti canai. Tapi di India seawal usia 6 bulan mereka sudah kenalkan dhal pada bayi.
Selain dari membantu menaikkan berat badan, kacang dhal juga tinggi kandungan kalsium dan protien. Orang-orang yang mengamalkan diet vegetarian di India, inilah sumber utama protein mereka.
Kacang dhal juga bagus untuk sistem pencernaan dan dapat mengelakkan sembelit. Tinggi kandungan serat, sumber vitamin C, mengandungi flavoneid, zat besi yang mana sangat bagus diambil oleh orang-orang yang ada masalah anemia atau bayi yang ada masalah HB.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.