Apabila seseorang anak istimewa dilahirkan dalam sebuah keluarga, ibu bapa perlu bersedia dengan pelbagai cabaran yang bakal di hadapi seperti isu dari segi kewangan, masa, emosi diri dan reaksi daripada ahli keluarga dan masyarakat persekitaran.

Jenis kanak – kanak berkeperluan khas ini adalah termasuk anak Down Syndrome, Autisme, ‘Prader Willie’, ‘Spina Bifida’, ‘Cerebral Palsy’, ADHD (Attention Deficit hyperactivity Disorder) dan sebagainya.

Menurut Puan Rose Hanizan Mat Hassan, Pegawai Dietetik dari KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu, Kelantan, keperluan kalori setiap anak istimewa adalah berlainan dari anak normal.

Pilih Makanan Anak-Anak Istimewa, Jangan Terlebih Dan Terkurang, Pakar Dietetik Kongsikan Tip Tepat!

Keperluan Anak Tak Sama


Keperluan kalori setiap anak istimewa berlainan dari anak normal kerana keperluan mereka bergantung kepada sakit dan masalah yang mereka hadapi.

Bagi kanak-kanak Down Syndrome yang tidak mengalami sebarang komplikasi, keperluan mereka adalah sama dengan kanak-kanak biasa. Disebabkan itulah ibu bapa perlu membuat pemeriksaan berkala untuk anak-anak ini.

IKLAN

Bagi mereka yang mengalami down syndrome bersama-sama masalah hipotiroid, prader willie syndrome dan spina bifida, tumbesaran anak – anak biasanya agak lambat. Malah keperluan tenaga mereka juga adalah berkurangan daripada anak – anak normal lain. Sekiranya kita tidak mengawal kalori yang mereka ambil, anak – anak akan berisiko untuk mengalami masalah berat badan sehinggalah mereka dewasa.

Pilih Makanan Anak-Anak Istimewa, Jangan Terlebih Dan Terkurang, Pakar Dietetik Kongsikan Tip Tepat!

Bukan itu sahaja malah keperluan kalori mereka juga perlu dikurangkan dan pengambilan tenaga sebanyak 10-15% daripada saranan RNI. Ini adalah kerana kadar metabolisme mereka adalah lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak normal.

Contohnya:

= (Keperluan tenaga bagi kanak – kanak normal) – 15 %

IKLAN

= 2000kcal – 300 kcal = 1700 kcal

Manakala bagi anak – anak yang kurang zat makanan dan berisiko untuk mengalami masalah pengurangan berat badan adalah seperti mereka yang mengalami Cerebral Palsy dan ADHD.

Anak-anak ini perlu diberi keperluan kalori atau tenaga yang lebih dari kanak – kanak normal kerana mereka berisiko untuk tiada kenaikan berat badan. Keperluan tenaga mereka perlu dipertingkatkan sehingga  150% atau lebih daripada saranan RNI.

Contohnya:

IKLAN

= (Keperluan tenaga bagi kanak – kanak normal) + 50%

= 1700 kcal + 850 kcal = 2550 kcal

Berikut adalah keperluan tenaga untuk anak – anak normal sebagai panduan para ibu bapa.

Pilih Makanan Anak-Anak Istimewa, Jangan Terlebih Dan Terkurang, Pakar Dietetik Kongsikan Tip Tepat!

Tip Untuk Ibu Bapa

  • Lebihkan protein terutama bagi anak yang mengalami masalah berkaitan otot, saraf dan tumbesaran.
  • Dalam masa sama, sentiasa pantau berat anak, interaksi anak, percakapan, pengunyahan anak, samada selari dengan usia atau tidak.
  • Pilih protein tanpa lemak yang berkualiti seperti ayam, daging, ikan dan telur yang masih segar.

  • Bagi nutrisi dari lemak, ibu bapa perlu kawal untuk elakkan obesiti terutamanya kanak – kanak yang rendah metabolisme.
  • Bagi anak istimewa yang kurang berat badan, ibu bapa tidak perlu kawal pengambilan lemak tetapi perlu pastikan lemak yang baik dan tidak memudaratkan tumbesaran anak – anak istimewa.
  • Ambil buah dan sayuran tinggi vitamin C untuk tingkatkan tahap antibodi dan sistem imuniti anak terhadap persekitaran.
  • Pilih Makanan Anak-Anak Istimewa, Jangan Terlebih Dan Terkurang, Pakar Dietetik Kongsikan Tip Tepat!
  • Perlu lebih perhatian dalam pengambilan vitamin dan mineral anak istimewa. Dapatkan saranan doktor terlebih dahulu sebelum berikan pada anak. 

  • Ambil vitamin dan mineral lain seperti vitamin E, A, zinc, copper, serta amino acid dan lain – lain yang penting untuk menambah baik tumbesaran dan perkembangan kognitif anak.
  • Paling penting jangan berhenti untuk berikan susu setiap hari kerana ada anak-anak istimewa yang perlukan susu hingga mereka dewasa. 

  • Elakkan sama sekali ‘jajan’ atau makanan ringan!
  • Elakkan gula ringkas seperti gula-gula atau makanan manis pada anak-anak hiperaktif seperti ADHD bagi mengurangkan keaktifannya.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI