Ni Rahsia Roti Sardin Goreng Ranggup, Tak Serap Minyak. Caranya Sangat Mudah!

Share

Biasanya roti putih antara yang menjadi kegemaran seisi keluarga dan dimakan bersamaT jem atau kaya. Namun sesekali apa kata ubah sikit selera dengan membuat roti yang berinti pula.

Mungkin ada yang suka buat sandwich telur atau sardin, tapi kali ini anda boleh cuba roti sardin goreng ranggup. Resepi ini sesuai untuk juadah minum petang atau untuk sarapan pagi.

Jika nak pedas boleh letak cili api. Kalau untuk hidangan anak-anak, boleh ubah ikut citarasa yang sesuai. Pasti licin anak-anak makan.

Cara penyediaannya pun mudah dan ringkas sahaja. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya.

Resepi Roti Sardin Goreng Ranggup

Bahan-bahan:

Dalam sardin potongkan:

– Bawang merah
– Cili padi
– Gula sikit
– Garam sikit atau perasa (pilihan)

Cara penyediaan:

1) Hancurkan, gaul rata dan tumiskan dengan minyak sedikit. Bagi bawang layu dan masak sehingga semuanya mesra.

2) Untuk tepung, gorengan biasa sahaja. Boleh guna berbagai jenis tepung, cuma perahkan air limau sedikit saja untuk ranggup. Nak warna kuning, letak serbuk kunyit sedikit.

3) Tepung yang sudaah disebatikan, selepas isi sardin di dalam roti, ketepikan roti dan letakkan tepung cair dan lipat dua untuk lekatkan roti agar tidak terbuka.

4) Roti tak perlu di lenyek atau kukus. Hanya celup tepung goreng dengan minyak yang betul-betul panas.

5) Siap! Anda jangan lupa untuk cuba buat ya. Cara sebegini tak serap minyak.

Kredit: Cahaya Kasih Firdausi ; viralmalaysiaku

**Mahu dapatkan Khind 3.5L Air Fryer pada harga berpatutan klik SINI dan guna kod promo ini PNMGSP5 untuk dapat diskaun.

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

IKLAN