Sebagai ibu bapa yang baru punya anak, ilmu keibubapaan seharusnya ditambah hari demi hari. Bukan hanya pantau pergerakan kecil anak-anak kita 24 jam tetapi tanda dan simptom yang ditunjukkan anak juga ibu bapa perlu peka.

Terhantu kepala atau terhentak kepala di lantai juga antara masalah yang ibu ayah tidak boleh lepas pandang. Jangan buat main kerana hanya dengan simptom yang tidak diketahui ibu bapa, anak-anak akan menanggung akibatnya. Jadi ibu bapa baru, sila tambahkan ilmu yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari ini. Kita tambah ilmu sama-sama!

Ni Tanda Bahaya Bila Kepala Anak Terhentak Atas Lantai, Jangan Buat Main!


Pernah satu hari masa Maryam Nafisah, si kecil saya yang umur 3 tahun tu tengah duk seronok main ngan kakak dia kat tingkat atas, tiba-tiba kami dengar bunyi benda terhempas yang sangat kuat. Bumm!!

Sunyi sepi seketika. Selang beberapa saat lepas tu si Maryam mula menangis. Nyaring benar tangisannya. Tak macam selalu.

Terus saya rasa tak sedap hati lalu berlari naik ke atas.

Rupa-rupanya anak saya tu terjatuh dari kerusi dan bahagian kanan kepalanya meluncur cecah lantai dulu masa dia cuba panjat nak ambil sesuatu kat rak buku. Patutlah bukan main kuat lagi bunyi berdentum tadi.

Ni Tanda Bahaya Bila Kepala Anak Terhentak Atas Lantai, Jangan Buat Main!

Jantung saya masa tu jangan cakaplah, memang berdebar kencang sebenarnya sebab saya tahu kecederaan yang melibatkan kepala ni memang tak boleh buat main-main.

Mulalah terbayangkan kes terhentak kepala sampai tempurung kepalanya retak yang pernah kami jumpa sebelum ni. Kecut perut betul bila teringatkan benda macam tu.

Walaupun luarannya tak adalah nampak kesan luka atau bengkak yang teruk, tapi saya tak nampak apa kesan hentakan tadi kat dalam kepala si Maryam tu.

IKLAN

Pantau Anak 24 Jam
Perkara paling utama adalah memantau simptom yang ditunjukkan anak selepas terjatuh atau terhentak. Ini simptom yang dikongsikan beliau. Jika ada simptom-simptom ini jangan berlengah, cepat-cepat ke hospital segera.

Jadi nak tak nak saya kena perhatikan dia betul-betul sepanjang hari tu sama sebijik macam saya pantau patient saya dekat hospital sana.

Bukan apa, kalau anak kita kepalanya terhantuk lepas tu tiba-tiba ada tanda bahaya, memang kena bawak ke hospital terus lah jawabnya.

👉 Ada muntah-muntah berterusan

👉 Sawan

👉 Pengsan

👉 Atau pun budak tu jadi mengantuk yang teramat sangat sampai hampir tak sedarkan diri

IKLAN

👉 Kat kepala tu ada benjolan yang terlampau besar

👉 Ada luka yang dalam siap dengan berdarah meleleh-leleh

👉 Mana-mana bahagian anggota badan si kecil tu jadi lemah

👉 Ada cairan atau pun darah keluar daripada hidung atau telinga anak

👉 Dia mengadu sakit kepala yang dasyat

👉 Mata jadi kabur, nampak tak nampak je

Ni Tanda Bahaya Bila Kepala Anak Terhentak Atas Lantai, Jangan Buat Main!

IKLAN

Itu semua tanda KEMUNGKINAN BESAR kecederaan otak dah berlaku kat anak kita.

Kadang tu benda ni berlaku cepat. Tapi ada jugak kes pendarahan otak (intracranial bleed) yang terjadi secara perlahan-lahan dan tanda-tanda bahaya tu muncul lebih lambat.

Sebab tu tempoh 24 jam lepas anak kita terjatuh tu adalah tempoh yang sangat kritikal untuk kita pantau.

Jika anak kita tu kekal aktif dan tak ada tanda bahaya yang saya beritahu tu, insyaAllah selalunya tiada kecederaan serius.

Saya tuliskan balik cerita ni bukan apa, saya rasa semua mak ayah WAJIB kena ada ilmu penting ni supaya nanti tahu apa nak buat kalau anak terjatuh dan kepala dia terhantuk.

Bantu saya untuk #beritahu info yang sangat penting ni pada pasangan dan ahli keluarga masing-masing ye.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Ni Tanda Bahaya Bila Kepala Anak Terhentak Atas Lantai, Jangan Buat Main!

Artikel berkaitan: Kalau Bayi Tidur Lena & Tak Aktif Lepas Jatuh Katil, Cepat-Cepat Bawa Ke Hospital, Bahaya Boleh Bawa Maut

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI