Sebagai ibu bapa, kita hendaklah menjaga anugerah Allah SWT ini sebaik mungkin. Anak jatuh katil adalah perkara yang boleh dielakkan. Jangan kerana kecuaian kita, anak menderita.

Kalau Bayi Tidur Lena & Tak Aktif Lepas Jatuh Katil, Cepat-Cepat Bawa Ke Hospital! Bahaya Boleh Bawa Maut

Menurut perkongsian daripada Dr Alifah Aminuddin, Pegawai Perubatan dari Kajang Plaza Medical Centre (KPMC), keadaan anak boleh menjadi teruk jika melibatkan kecederaan otak. Jika melibatkan bahagian penting pada otak, fungsi bahagian yang dikawal oleh otak boleh menjadi rosak. Sebagai contoh jika berlaku pendarahan di bahagian oksipital, jika tidak dirawat atau lambat mendapatkan rawatan, kanak-kanak boleh menjadi buta.

Tanda-tanda bahaya selepas anak jatuh katil

IKLAN

Kebiasaannya jika jatuh yang serius boleh berlaku 2 keadaan;

  1. bayi atau kanak-kanak boleh mengalami gegaran otak (konkusi). Konkusi pula ada yang sedikit dan juga yang serius; jika yang sedikit tiada simptom tetapi jika ianya serius; tanda-tandanya adalah seperti muntah, cairan keluar dari mulut, mudah marah
    atau separa sedar.
  2. Keadaan kedua yang lebih serius adalah berlaku pendarahan. Tanda-tanda seperti muntah berterusan, tidak aktif dan sawan adalah tanda bahaya. Ia adalah tanda pendarahan di otak sekiranya berlaku pendarahan tekanan di dalam bahagian otak akan meningkat (increase intracranial pressure) seterusnya menghasilkan simptom-simptom yang dinyatakan. Ujian CT scan diperlukan untuk membezakan dua keadaan ini.

Ada kes yang berlaku apabila anak jatuh katil sehingga menyebabkan bengkak muka dan meninggal, ia berlaku hanya disebabkan pendarahan berterusan didalam ruang intracranial seterusnya menyebabkan tekanan intracranial dan menghimpit saraf-saraf dan bahagian penting otak seterusnya oksigen tidak dapat sampai ke bahagian otak maka berlakulah nekrosis dan sel-sel otak akan mati, maka kematian boleh berlaku.

Jika anak muntah selepas terjatuh atau hentakan pada kepala, ia disebabkan berlaku pendarahan di kepala dimana tekanan intrakranium meningkat. Tekanan ke
bahagian medulla; kawasan untuk mengawal muntah.

IKLAN

Ujian CT scan otak tidak perlu dilakukan sekiranya tiada simptom-simptom seperti muntah-muntah, anak berkelakuan tidak aktif atau sawan. Jika risau masih boleh melakukan ultrasound bagi kes-kes yang perlu.

Jika tiada sebarang simptom berkaitan seperti dinyatakan diatas, maka ibu bapa tidak perlu risau kalau anak tidak tidur lena. Tetapi sekiranya tidur lena dan jika dikejutkan tidak bangun atau aktif maka perlu dibawa ke hospital dengan kadar segera.

IKLAN

Ada beberapa tip untuk ibu ayah gunakan bagi  mengelak anak dari terjatuh katil;

  •  Tidur dibahagian bawah atau katil rendah.
  •  Letak alas tebal berhampiran katil.
  •  Menggunakan penghadang katil.
  •  Jangan tinggalkan bayi berseorangan jika sudah bangun daripada tidur.
  •  Letakkan bayi di kot bayi.

Kredit: Dr Alifah Aminuddin
Pegawai Perubatan
Kajang Plaza Medical Centre (KPMC)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI