Disekeliling kita ini ada bermacam bahaya yang tidak kita jangkakan. Maka berhati-hatilah dalam setiap sudut. Apa sahaja mengenai keluarga, baik isteri atau suami, lebih-lebih lagi anak-anak kecil kita, janganlah dikongsikan keterlaluan di media sosial.

Berkongsi segala cerita, kisah dan gambar anak di media sosial sememangnya berbahaya. Tanpa kita sedar, ada banyak mata-mata yang memerhati. Jadi ada baiknya, mak ayah kurang-kurangkan berkongsi gambar anak di media sosial.

Niat Nak Buat Kenangan Bila Anak Dah Besar, Jangan Main Kongsi Gambar Anak, Ramai Memerhati!

Menurut Public Health Malaysia, kajian menunjukkan, menjelang usia anak 5 tahun, ibu bapa secara puratanya telah berkongsi lebih 1500 gambar anak!

Ya, semua ibu bapa memang teruja untuk berkongsi kecomelan anak masing masing, tetapi tahukah anda, bukan semua jenis gambar anak wajar dikongsi.

PDRM pernah melaporkan mengenai kehilangan 834 kanak kanak yang tidak dapat dikesan.

Berhati hati, “Predator” atau pemangsa yang berada diluar sana MUNGKIN sedang memerhatikan anak anda.

IKLAN

Niat Nak Buat Kenangan Bila Anak Dah Besar, Jangan Main Kongsi Gambar Anak, Ramai Memerhati!

Elakkan berkongsi jenis gambar ini:
* Jangan hidangkan golongan peadophilia dengan santapan gambar gambar anak anda yang bogel atau separa bogel. Simpan momen indah tersebut untuk tatapan peribadi.

* Elakkan berkongsi maklumat lengkap anak seperti lokasi sekolah, nama, identiti dan maklumat peribadi lain.

Beli Pinkfong Singing Plush Di Sini

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/toys-others/pinkfong-family-singing-plush-daddy-shark-20062623″ style=”flat” background=”#ef402d” color=”#ffffff” size=”6″]Pinkfong Family Singing Plush Daddy Shark[/su_button]

IKLAN

 

Ini mungkin memudahkan “pemangsa” untuk menjejak anak anda dan memanipulasikan maklumat peribadi untuk tujuan jenayah.

* Elakkan juga berkongsi gambar yang berunsur penderaan, penindasan, keganasan malah gambar yang memalukan anak juga tidak perlu dikongsi kepada umum.

Niat Nak Buat Kenangan Bila Anak Dah Besar, Jangan Main Kongsi Gambar Anak, Ramai Memerhati!

Ketahuilah, suatu hari nanti mereka akan meningkat dewasa, pasti mereka enggan momen yang memalukan itu dikongsi.

IKLAN

Jika berkongsi gambar anak bersama rakan-rakannya, pastinya mendapat kebenaran ibu bapanya terlebih dahulu. Jangan terus berkongsi tanpa bertanya.

Akhir sekali, semak tetapan privasi akaun anda dan berhati hati untuk “menerima” rakan yang tidak dikenali di media sosial.

Menarik: Ajar Anak Tak Faham-Faham, Kenali 3 Ciri Anak Ni Dulu, Baru Senang Nak Target

Niat Nak Buat Kenangan Bila Anak Dah Besar, Jangan Main Kongsi Gambar Anak, Ramai Memerhati!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI