Setiap anak ada rezekinya dan kehadiran dalam hidup suami isteri dianggap sebagai penyeri rumah tangga. Semestinya, setiap pasangan mempunyai perancangan masing-masing mengenai berapa orang anak yang diimpikan dalam keluarga.
Tambah pula, dengan keadaan ekonomi, cabaran nak membesarkan anak semua perlu difikirkan. Jadi ada yang selesa untuk menjarakkan kehamilan dengan membuat perancangan keluarga bagi memudahkan pihak suami dan isteri.
Namun begitu, ada sesetengah keadaan di mana pasangan suami isteri dapat dua cahaya mata dalam tahun yang sama.
Seperti kisah ibu ini, Puan Nurul Balqis, perancangan untuk merancang sendiri tak kesampaian apabila Allah berikan lagi zuriat yang kedua selepas melahirkan anak sulung pada awal tahun.
Dapat sepasang ‘kembar’ tahun sama
Ads
Menerusi perkongsiannya di TikTok atas akaun qizz.99, mulanya mereka suami isteri dikurniakan anak sulung pada Januari 2021. Namun Disember tahun sama, hadir pula anak kedua.
Ibaratnya bersalin anak kembar tahun sama, tapi beza bulan sahaja. Lagi seronok dapat sepasang. Anak sulung lelaki diberi nama Aryan Qalish (22 Januari 2021) dan kedua pula perempuan, Aryana Dahlia (30 Disember 2021).
Berkongsi ceritanya, ibu muda ini akui memilih untuk tidak pakai sebarang perancang kehamilan ketika dicadangkan oleh seorang jururawat. Namun tanpa disangka-sangka, hadir pula yang kedua selepas beberapa bulan melahirkan anak sulung.
Ads
Nurul Balqis, 21, akui bersyukur dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan serentak dalam tahun yang sama. Malahan, dia juga akui tidak sabar menanti detik 2 beradik tersebut mula sekolah bersama-sama.
Tambah ibu muda ini, buat masa ini mahu berehat dahulu dan akan betul-betul merancang kehamilan seterusnya supaya tumpuannya boleh difokuskan pada dua beradik.
Ads
Perkongsian Nurul Balqis ini buatkan ramai tumpang gembira dan kagum dengan semangatnya yang positif. Malah kedua-dua kelahirannya juga secara normal. Moga abang dan adik dapat membesar dengan sihat bersama-sama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu dan ayah manalah yang tegar melihat anak yang masih kecil menanggung sakit yang maha hebat. Namun itulah yang perlu dilalui setiap hari oleh Nurul Ashafiqah Azlan, 23, dan suami, Azhar Ali, 36. Anak mereka Nur Iman Fitriah menghidap penyakit sawan saraf yang menyebabkan dia diserang sawan antara tujuh hingga sembilan kali sehari dan perlu bergantung hidup dengan mesin bantuan oksigen.
Tiada lagi teriakan atau atau air mata menahan kesakitan yang mampu diluahkan Nur Iman Fitriah dek kerana ada tiub yang dimasukkan melalui rongga hidung terus ke usus. Dia hanya mampu terbaring sepanjang masa.
Malah, kanak-kanak ini pernah koma selama dua minggu gara-gara tidak mendapat oksigen yang cukup, selain ruang pada mulutnya yang tertutup memerlukan dia makan dan minum melalui ‘feeding tube’ yang disalurkan melalui hidung ke ususnya.
Memburukkan lagi keadaan, Nurul Ashafiqah dan Azhar dibuang kerja pada pertengahan tahun lalu memandangkan kedua-duanya terlalu banyak cuti kecemasan untuk menguruskan Nur Iman Fitriah.
Nurul Ashafiqah berkata, anaknya mula mengalami penyakit sawan kronik sejak berusia tiga bulan yang mana anak sulung daripada dua beradik itu kerap mengalami kekejangan selain muka akan kebiruan.
“Dengan pendapatan sebagai pekerja sebuah kedai serbaneka sebelum ini kami berusaha untuk mendapatkan rawatan Nur Iman. Namun, kami berdua dibuang kerja kerana selalu cuti kecemasan bagi menguruskannya.
“Bagi menampung perbelanjaan hidup dan membayar kos rawatan Nur Iman, kami menjual tauhu begedil dan popia. Namun, untuk permulaan kami tidak mempunyai modal.
“Saya dan suami mengutip tin, kotak dan pelbagai barang terbuang yang boleh dijual untuk dijadikan modal perniagaan sebelum berjaya memulakan perniagaan makanan berkenaan yang mampu memperolehi pulangan antara RM500 hingga RM900 sebulan,” katanya ketika ditemui.
Nurul Ashafiqah berkata, bagaimanapun pendapatan itu tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian dan kos merawat Nur Iman memandangkan anaknya itu perlu minum susu khas yang memerlukan kos sebanyak kira-kira RM500 sebulan.
“Nur Iman tidak boleh makan dan minum kerana rongga mulutnya tertutup. Dia makan dan minum melalui tiub yang disalurkan melalui hidung, selain perlu minum susu khas.
“Dia hanya mampu terbaring sepanjang masa dan tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak lain, malah tidak lagi menangis ketika memasukkan tiub melalui hidung selain dia kini tidak boleh melihat kerana mengalami rabun kronik.
“Setiap bulan kami juga perlu membelikan tiub yang berharga RM100 selain perlu menanggung kos pengangkutan ulang-alik ke hospital memandangkan suami hanya memiliki motosikal.
“Ketika ini sewa rumah kami juga sudah tertunggak sejak kira-kira setahun lalu,” katanya yang tinggal di Pangsapuri Seri Perdana, Paroi di Seremban.
Menurut Nurul Ashafiqah, dia ada menerima tempahan tauhu begedil daripada tiga kedai, namun tidak boleh membuat makanan itu dalam kuantiti banyak kerana peti sejuk bekunya yang bersaiz kecil.
“Saya berharap ada pihak atau agensi yang mahu membantu kami untuk menyumbang sama ada dari segi kewangan atau barangan seperti peti sejuk beku yang lebih besar bagi melebarkan perniagaan kami,” katanya.
Orang ramai atau pihak tertentu yang mahu menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun BSN Nurul Ashafiqah 0511241000206952 atau boleh menghubunginya di talian 0176796954.
Melahirkan anak bukan perkara kecil. Ia satu perjuangan yang luar biasa, ibarat bertarung nyawa. Tapi selepas habis tempoh berpantang, ramai ibu mula rasa letih, lesu dan kadang-kadang hilang semangat untuk jaga diri. Eh, tak boleh macam tu ya!
Ingat, bila ibu jaga diri sendiri, baru boleh jaga keluarga dengan lebih baik. Jom kita tengok lima cara paling berkesan untuk jaga badan dan diri sendiri selepas bersalin. Bukan sekadar nak kurus, tapi nak sihat, cergas dan yakin balik!
Lepas bersalin, badan perlukan makanan yang bantu pulihkan luka, beri tenaga dan hasilkan susu. Ini masanya untuk betul-betul jaga pemakanan.
Amalkan makanan berpantang yang berkhasiat seperti:
Kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan bergula tinggi. Badan akan rasa lebih ringan dan segar. Bonus: kulit pun lebih berseri!
Ramai orang takut minum air kononnya takut perut buncit. Salah tu! Bila cukup air:
Tip mudah sediakan botol air di setiap sudut rumah. Bila ada masa, teguk sikit-sikit. Jangan tunggu haus baru nak minum!
Jangan pandang ringan pada amalan bertungku dan urut lepas bersalin. Ia bantu:
Kalau tak dapat bantuan bidan, gunakan tungku moden atau tuam botol air panas di perut dan pinggang. Urutan boleh minta tolong suami sambil tu boleh eratkan kasih sayang juga 😉
Tak perlu terus buat senaman berat. Mulakan dengan pergerakan ringan:
Bila badan dah biasa, barulah boleh mula bersenam lebih aktif. Jangan terburu-buru, ikut kemampuan badan.
Selepas bersalin, hormon belum stabil. Ramai ibu alami rasa murung, penat melampau, cepat marah atau rasa tidak berguna. Jangan simpan seorang diri.
Luahkan pada:
Jangan rasa bersalah kalau nak ‘me time’. Mandi lama sikit, dengar lagu kegemaran, pakai baju cantik semua tu hak ibu. Bila ibu tenang, barulah rumah tangga rasa bahagia.
Ibu yang baru lepas bersalin bukan lemah. Ibu sedang membina kekuatan baru – fizikal, emosi dan semangat. Jangan abaikan diri. Bangkit, jaga diri dan raikan diri sendiri setiap hari.
Kita bukan sekadar ibu. Kita wanita luar biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan anggap bayi atau anak anda selamat apabila anda merokok diluar rumah. Ini kerana, apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan nikotin masih terlekat di kulit, baju, bangku, sofa, lantai, langsir, dalam kereta, dan sebagainya walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok.
Yang membimbangkan, kepekatan bahan kimia beracun seperti bahan karsinogen, nikotin, karbon monoksida, benzen, formalsehid dan hidrogen sianid yang terkandung dalam asap rokok ‘basi’ adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini bermakna asap rokok itu lebih merbahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri, apatah lagi kepada bayi!
Berikut perkongsian dari Dr Hana melalui pengalamannya sendiri berdepan situasi ayah perokok hingga beri kesan pada anak.
#KISAH_1
Seorang ayah bawa anak ke klinik untuk injection #pneumococcal.
Kata ayah, anaknya tak habis-habis asyik keluar masuk ward saja, ni pun baru je discharge dari hospital sebab kena ambil gas (nebs) secara berkala dan perlu dipantau.
Anaknya dah lebih 2 tahun, jadi perlu 1 suntikan pneumococcal saja.
Bukan murah pneumococcal vaccine ni, ratus-ratus harganya.
Besar harapan si ayah, lepas injection pneumococcal ni moga anaknya kurang skit masuk ward dan jarang skit kena attack penat/lelah.
Bila ditanya, rupa-rupanya ayah merokok?
Dan anaknya terpaksa hisap asap rokok tu hari-hari.
#KISAH_2
Seorang ayah bawa baby 5 bulan ke klinik.
Petang dan malam hari sebelumnya dah ambik nebs 2x di klinik, so pagi ni Dr suruh datang untuk pantau simptom si baby.
Bila dengar peparu baby, ada campuran creps & ronchi. Diagnosis pneumonia with bronchospasm.
Baby kecik ni, mak ayah kena peka tanda-tanda anak sesak nafas, sebab baby tak boleh bagitau.
Di hospital, Dr akan ambik darah dan X-ray, pantau paras oksigen baby, bagi gas bronchodilator dan cover baby dengan antibiotik jika perlu.
Laju si ayah tanya “ada effect tak Dr, kalau anak saya ambik antibiotik?”
Baby kan kecik lagi, tak bahaya ke ambik antibiotik?
Risau si ayah.
Dari nicotine stain pada bibirnya, i can tell that this father is a heavy smoker! So i tak tanya ayah merokok ke?
Instead saya terus direct nasihat je.
Antibiotik kalau perlu memang penting untuk ambik.
Yang bahaya, kalau anak hidu asap rokok di sekeliling.
Smoking ni boleh menerukkan keadaan peparu si anak kecil. Yang sihat pun boleh terkesan, apatah lagi anak kecil yang memang sedang ada jangkitan.
Ayah pun cakap dengan baby “takda, Dr pesan kat baba tadi, suruh baba benti merokok nak adik cepat sihat”
Sejuk hati Dr dengar.
Respek sangat ayah yang berhenti smoking demi keluarga tersayang!
#KISAH_3
Sorang lagi ayah mithali.
Bawak anak datang kecemasan.
Umur 1 tahun, batuk dah sebulan on off.
Dah banyak klinik & hospital ayah pegi bawa si anak, doctor hopping.
Dah berapa banyak antibiotik dan ubat anaknya makan.
Masih juga batuk krong krong krong gaya-gaya nak semput?
Tapi malam je batuk teruk.
Siangnya aktif main macam biasa.
Demam pun takda.
Dr: ayah merokok tak?
Ayah: ehhh saya tak penah merokok dalam rumah Dr!
Dr: masuk rumah lepas merokok pegang anak tak?
Ayah: ada
???
Untuk pengetahuan, smoker ni ada 3 jenis:
1. #ACTIVE_SMOKER: perokok
2. #SECOND_HAND_SMOKE: Asap rokok yang dihembus oleh perokok (dan terpaksa disedut oleh orang sekelilingnya tanpa rela)
3. #THIRD_HAND_SMOKE: Asap rokok yang dihembus akan melekat pada macam-macam permukaan objek.
Contoh: pada pakaian, rambut, kulit, kain langsir, sofa, baju, kusyen kereta, karpet, dan lain-lain tempat.
Walaupun si perokok tak merokok secara “live”, tapi particle asap yang melekat kat sekeliling ni boleh tahan bertahun-tahun.
Bila sedut, racun asap tu tetap beri kesan negatif.
Jadi untuk ayahanda mithali semua:
1. CUBALAH BERHENTI MEROKOK
Ini option yang terbaik.
Pelan-pelan cuba quit smoking.
Get the help and support you need.
Di KK ada klinik berhenti merokok, they will be glad to help.
Selain difatwakan haram, bayangkan setiap particle asap rokok yang disedut oleh orang lain, si perokok terpaksa tanggung dosa sekali.
Kalaulah asap rokok tu hanya membahayakan nyawa sendiri je, mungkin ramai tak kisah.
Tapi sebab ia boleh bunuh nyawa insan lain yang tak berdosa termasuk anak-anak kecil kami, sebab tu kami betul-betul merayu supaya perokok cuba berhenti.
2. CARI TEMPAT YANG ASAP ROKOK TU TAKKAN TERLEPAS MASUK KE PARU-PARU ORANG LAIN
Kalau nak merokok juga, kena cari tempat yang jauh dariborang lain.
Susah nak cari tempat awam yang takda orang kan, dan gas ni pulak sifatnya memenuhi ruang.
Ada ke tempat isolated untuk perokok tanpa kehadiran non-smoker??
3. KALAU NAK MEROKOK JUGAK
Kalau suami sayangkan isteri dan anak, benti merokok pilihan utama.
Tapi sementara nak quit, atleast jangan merokok dalam rumah.
Lepas hisap rokok kat luar, pastikan mandi dulu, gosok gigi, kumur mulut pakai antiseptic mouthwash untuk elakkan bau busuk rokok kat mulut, shampoo rambut & sabun badan kasi wangi, dan salin dulu baju seluar semua.
Barulah boleh pegang anak/isteri tanpa sikitpun bau asap rokok.
Sebab zarah asap rokok akan melekat pada mulut, gigi, baju, seluar dan lain-lain.
Saya respek 3 ayah mithali ni.
Risaukan anak sampai banyak yang ayah ikhtiarkan nak cari penawar kesembuhan.
Cuma mungkin ayah tak perasan.
Bukan masalah tak vaccine pneumococcal.
Bukan masalah tak ambik antibiotik.
Bukan masalah ubat tak berkesan.
Bukan masalah klinik tak bagus.
Tapi.
Sakitnya si anak mungkin berpunca dari ayah sendiri?
Dari asap rokok ayah saban hari.
Dan mungkin, anak kesayangan akan bertambah sihat jika ayah cuba berhenti merokok?
Kesian kan, baby baru lahir pun dah boleh jadi passive dan third hand smoker?
Moga ada antara perokok yang Allah bukak hati untuk slowly berhenti?