Usahawan dan personaliti media sosial, Nina Ismail Sabri selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Rabu, 1 Oktober 2025 di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Putera comel yang diberi gelaran sementara ‘Baby H-N’ itu lahir seberat 3.33kg pada jam 8.13 pagi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Hafiz Osman menerusi hantaran di Instagram Story. Dalam perkongsian penuh syukur, Hafiz menzahirkan rasa terima kasih atas doa dan ucapan tahniah yang diterima daripada keluarga, rakan serta para pengikut mereka.
“Allahuakbar, SubhanAllah, Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas segala kasih sayang, doa serta ucapan sempena kelahiran putera kami,” tulisnya sambil memuat naik foto dirinya mendukung bayi lelaki mereka dengan penuh kasih sayang, sementara Nina kelihatan berehat di katil wad.
Hafiz juga tidak lupa menzahirkan penghargaan kepada isterinya. “Terima kasih buat Mummy Nina atas kekuatan dan kasih sayang dalam mengandungkannya hingga selamat lahir ke dunia.” Katanya lagi, sokongan ahli keluarga serta sahabat handai sepanjang tempoh kehamilan benar-benar memberi kekuatan buat mereka berdua.
Ads
Pasangan ini kini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan rumah tangga setelah mendirikan rumah tangga pada 24 November tahun lalu. Menariknya, kehadiran Baby H-N menjadikan keluarga kecil mereka kini berempat bersama anak perempuan Nina hasil perkahwinan terdahulu, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tujuh tahun.
Ads
Kelahiran ini bukan sahaja menceriakan pasangan Nina dan Hafiz, malah mendapat perhatian ramai rakan selebriti serta peminat yang membanjiri ruangan komen dengan doa serta ucapan tahniah.
Ads
Pa&Ma turut mendoakan semoga Baby H-N membesar dengan sihat, menjadi anak soleh penyejuk mata ibu ayah, dan semoga perjalanan baru Nina serta Hafiz sebagai ibu bapa dipermudahkan Allah SWT.
Menurunkan berat badan memang menjadi cita-cita sesetengah ibu ketika berpantang. Namun tindakan Datin Almy Nadia memotong saram, gula & minyak dalam hidangan makanan buat netizen risaukan keadaannya.
Datin Almy Nadia memuatnaik gambar hidangan nasi beras perang dalam kuantiti kecil bersama seketul ayam & beberapa potongan memanjang lobak merah dengan kapsyen yang mengatakan dia memotong garam, gula dan minyak dalam sajiannya. Turut dinyatakan luahan hatinya yang tertekan kerana ada yang mahukannya kurus hinggakan pengeluaran susu ibu merudum.
fizzalmy Day 39 pantang.. yesssss u can do it almy nadia.. “brown rice + carrot + ayam rebus “ no salt,no garam ,semua tak ada rasa.. potong habis. Potong gula,potong garam,potong minyak,semua potong lantak,last2 susu drop.. hampa semua nak sgt aku kurussskannn.,,,, ambikkkkk kauuuu org semua.. mam*** lantakkk…
Para peminat yang rata-rata dikalangan ibu-ibu prihatin dengan keadaan Almy dan memberikan pandangan. Ada yang menyarankan Almy agar mencuba sajian yang lebih sihat dan diet yang tidak mengganggu penghasilan susu ibu dan mengabaikan kata-kata netizen.
Meconium Aspiration Syndrome merujuk kepada masalah pernafasan bayi. Ia disebabkan oleh bayi membuang najis dalam kandungan dan menyebabkan ia memasuki paru-paru. Kerap kali kita mendengar istilah bayi tertelan najis ketika dalam proses kelahiran. Dalam terma perubatan, ia dipanggil Meconium Aspiration Syndrome.
Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku? Mekonium ialah najis berwarna hijau kegelapan yang dihasilkan oleh saluran gastrousus janin sebelum lahir. Ia terdiri daripada sel epitilial usus, lanugo, mukus, air ketuban, hempedu dan air. Ia pekat dan melekit seperti tar. Kebiasaannya mekonium akan berada di dalam usus sehingga lahir. Dan selepas lahir bayi akan mengeluarkan mekonium selama beberapa hari dan diikuti oleh najis biasa yang berwarna kekuningan.
Dalam kes tertentu, bayi membuang air besar ketika masih di dalam kandungan lagi. Kebanyakan kes terjadi kepada bayi yang megalami fetal distress akibat oleh kekurangan darah atau oksigen. Lazimnya, ia disebabkan oleh masalah fungsi plasenta atau uri.
Apabila mekonium dikeluarkan dan bebas ke dalam air ketuban, ia kemudiannya akan disedut atau ditelan oleh bayi ke dalam paru-parunya. Hal ini juga akan menyebabkan tubuh bayi diselaputi najis dan menyumbat saluran pernafasan bayi selepas dilahirkan.
Pasukan yang menyambut kelahiran bayi akan segera merawat bayi yang mengalami sindrom ini. Sejurus selepas dilahirkan, pasukan perubatan akan bertindak pantas dengan menyedut mulut, hidung dan tekak bayi untuk mengeluarkan mekonium jika bayi dalam keadaan lemah, tidak bernafas dan diselaputi mekonium.
Bayi kemudiannya dirawat dengan antibiotik jika terdapat risiko jangkitan yang tinggi dan diberikan bantuan sampingan dengan oksigen juga akan diberi jika diperlukan. Bayi yang diberi alat bantuan pernafasan akan dipantau untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti Persistent Pulmonary Hypertension of Newborn (PPHN).
Ibu yang berisiko menyebabkan bayi mengalami stres sehingga membuang najis ketika dalam kandungan adalah seperti berikut:
Sindrom ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada bayi. Antaranya ialah:
Memang ia tidak boleh dielakkan tetapi sekurang-kurangnya anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Bagi yang tergolong sebagai berisiko tinggi, anda perlu sentiasa berwaspada dan melihat sekiranya terdapat lelehan air ketuban bermula daripada minggu ke-34 kehamilan.
Selain itu, segera dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor pakar sekiranya merasakan ciri-ciri bayi stres seperti bayi kurang bergerak, pendarahan, perut berasa senak dan kejang, tekanan darah naik serta kenaikan berat badan secara tiba-tiba.
Bagi mengurangkan risiko terjadinya Sindrom Aspirasi Mekonium, proses kelahiran perlu dipendekkan lebih-lebih lagi bagi bayi yang sudah stres di dalam kandungan. Kerjasama adan dan suami menerima cadangan doktor untuk melahirkan menerusi pembedahan atau menggunakan alat bantu dapat mengurangkan masa kelahiran dan seterusnya mengelakkan terjadinya sindrom ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan selepas dilahirkan, anak anda bergantung sepenuhnya kepada susu ibu kerana belum boleh mengambil sebarang makanan lain.
Dalam keadaan tertentu, susu ibu boleh menimbulkan kesan kepada si kecil. Oleh itu, penting untuk anda menjaga makan supaya proses penyusuan si kecil berjalan lancar.
Oleh yang demikian, ada beberapa ‘pantang’ yang para ibu menyusu perlu ketahui.
Jamu
Tidak semua jenis jamu boleh anda ambil semasa menyusukan anak terutamanya beberapa hari selepas melahirkan. Hal ini kerana ada sesetengah jenis jamu boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi kerana tidak serasi dengannya.
Sekurang-kurangnya, tunggu 14 hari selepas bersalin sebelum mencuba sebarang jenis jamu. Sebaik-baiknya, baca label jamu dengan teliti. Ketahui kandungan bahan di dalamnya.
Jika bayi tidak terganggu corak penyusuannya, barulah anda meneruskan pengambilan jamu itu. Elakkan sama sekali produk jamu yang diragui dan tidak diperakui oleh badan-badan berdaftar.
Ubat
Sekiranya tidak sihat dan perlu mebgambi ubat, pastikan anda memaklumkan doktor bahawa diri sedang menyusukan anak.
Dengan yang demikian, doktor akan memberi jenis ubat yang khusus untuk kegunaan ibu menyusu. Malah dosnya juga diberi bersesuaian agar selamat digunakan.
Diet berlebihan
Selepas bersalin, anda mungkin mula menjaga corak pemakanan supaya berat badan berlebihan semasa hamil dapat disingkirkan.
Anda mahu segera mengamalkan rejim diet untuk kembali kepada bentuk badan asal. Tidak salah caranya jika anda memilih makanan yang berkhasiat.
Namun pastikan anda mengambil makanan daripada semua kategori dalam piramid makanan agar semua nutrisi lengkap dapat diperolehi oleh tubuh.
Dikhuatiri rejim diet yang terlalu ketat boleh menjadi punca susu ibu merudum dan semakin berkurangan dan gagal memenuhi keperluan si anak.
Buah-buahan sitrus
Sepanjang menyusukan anak, elakkan diri daripada memakan buah-buahan sitrus seperti oren, limau dan lemon terlalu banyak. Hal ini kerana ia boleh menimbulkan masalah kepada sistem penghadaman bayi yang belum matang itu.
Dalam keadaan tertentu ia juga boleh menjadi punca ruam lampin kepada bayi jika diambil secara berlebihan.
Oleh itu, pelbagaikan pengambilan vitamin C melalui buah-buahan lain seperti epal merah.
Makanan pedas
Tidak semua bayi akan meragam jika si ibu memakan makanan pedas. Namun, anda mungkin perasan, bayi menjadi sensitif terhadapnya. Lebih-lebih lagi jika dia menyusu dalam masa satu jam selepas anda mengambil makanan pedas.
Jika anda memang penggemar makanan pedas, cuba makan makanan tersebut dalam kuantiti kecil dahulu untuk melihat reaksi bayi terhadapnya.
Gandum
Sesetengah bayi boleh mengalami masalah kembung dan sembelit akibat alahan terhadap gandum yang terdapat dalam roti, pasta, mi dan pastri.
Sekalipun bayi tidak meragam, anda boleh melihat kesannya melalui najis bayi. Jika ia tidak kelihatan normal seperti berketul, kering dan berdarah, cuba elakkan makanan bergandum selama sebulan.
Jika najisnya kembali normal dalam tempoh tersebut, mungkin bayi anda alah terhadap gandum.
Produk tenusu dan soya
Susu dan produk tenusu seperti keju, yogurt serta produk berasaskan soya adalah antara makanan yang paling kerap menimbulkan alahan kepada si kecil.
Walaupun dia tidak meminumnya secara terus, proses pengurauan makanan ini di dalam tubuh anda boleh membawa alergen yang sama untuk masuk ke dalam susu ibu.
Kopi
Salah satu minuman yang perlu dihadkan pengambilannya semasa menyusu susu ialah minuman berkafein iaitu kopi.
Antara kesan yang boleh dialami ialah sukar tidur, meragam, dan tidak selesa. Seelok-eloknya, hadkan pengambilan kopi harian anda kepada satu cawan sehari sahaja sepanjang tempoh menyusu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.