Ummi Nazeera tidak menunda aktiviti luar rumah untuk kecergasan diri. Peminat pula tidak mengecam sebaliknya memberikannya sokongan agar melakukannya dengan perlahan-lahan.
Ummi yang bersalin pada 22 Ogos lalu memuat naik gambarnya di luar rumah dengan kapsyen yang dia sedang berjalan perlahan sehinggakan seorang makcik lebih laju berjalan dan memotongnya.
It feels good to see the sun again . Alhamdulillah . But I’m walking so slow . Women twice my age walked pass me . u go aunties !
Para peminat Ummi memberikan sokongan padu kepada Ummi untuk melakukan aktiviti. Sementelah Ummi telah bersalin secara caesarean, maka aktiviti fizikal membantu untuk mengelakkan pembekuan darah dan menggalakkan pemulihan luka.
Malang tak berbau, ada waktunya sewaktu anak sedang bermain tanpa dijangka tangan atau kaki terpatah kerana terlalu lasak. Apa nak buat bila tulang anak patah? Jangan cemas dan ikuti panduan yang dikongsikan ini.
Ada yang memilih untuk pergi berurut namun ada juga yang terus ke hospital untuk menjalani pembedahan. Cara bagaimana yang lebih tepat? Ini yang disarankan oleh Dr Azaiddin Akasah, Pakar Ortopedik dari Hospital Islam Az-Zahrah.
Bagaimana hendak kenal pasti jika tulang anak terpatah atau tidak? Menurut perkongsian Dr Azaiddin, tulang anak yang patah bukan hanya anak akan sakit bahkan di kawasan yang patah akan mengalami lebam-lebam serta bengkak.
Bahkan kebiasaannya anggota tubuh anak akan terbatas fungsi pergerakkan serta kemerah-merahan.
Ada sesetengah ibu bapa yang memilih untuk pergi berurut berbanding melakukan pembedahan. Namun ini yang dikongsikan oleh Dr Azaiddin.
Tidak semua tulang patah sesuai dirawat secara tradisional. Ada yang perlu dilakukan X-ray dan perbincangan dengan pakar atau doktor terlebih dahulu.
Sebahagian patah perlu dibedah untuk dibetulkan dan stabilize. Ada kriteria-kriteria tertentu yang perlu dipenuhi untuk pembedahan, maka perlu berbincang dengan pakar terlebih dahulu.
Apakah komplikasi boleh berlaku daripada patah tulang?
Secara amnya terdapat tiga kategori patah.
* Non union (patah sambung tak sempurna/fibrous union)
* Mal union (patah sambung diposisi yang salah)
* Delay union (lambat sambung)
Menurut Dr Azaiddin lagi, anak yang mengalami patah tulangnya tidak perlu diberikan sebarang jenis suplemen untuk tulang cepat sembuh. Tulang yang patah akan sembuh dengan sendirinya secara natural.
Malah Dr Azaiddin turut menasihatkan ibu bapa agar membenarkan anak untuk melakukan aktiviti mengikut kecenderungan dan kemampuan anak itu sendiri.
Carilah aktiviti dan sukan yang mempunyai impak yang rendah dan tidak terlalu cenderung untuk terlibat dengan kemalangan. Kurangkan aktiviti lasak mengikut kemampuan anak.
Selain itu, pakaikan anak dengan pakaian dan peralatan yang sesuai untuk melakukan aktiviti terutama aktiviti lasak. Pakaian dan alatan ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan risiko jatuh dan kemalangan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Susu ibu adalah anugerah semulajadi sejak bayi dilahirkan. Tapi, ada sesetengah ibu susunya tidak keluar walaupun dah bersalin.
Hingga sampai satu tahap kerana risau bayi tak cukup susu, ibu akan cari alternatif dengan memberikan susu formula sebagai back up. Bila keadaan ini berlaku dan bayi dah pun selesa menyusu botol akhirnya hasrat penyusuan eksklusif tak kesampaian.
Perkongsian dari FEED by Ummi Najla mengenai 13 tip pengeluaran susu yang berkesan boleh membantu ibu.
1) Prinsip utama yang perlu diambil perhatian oleh ibu
2) Susukan bayi dengan lebih kerap dengan lekapan yang betul supaya bayi dapat mengosongkan payudara secara efektif.
3) Memulakan penyusuan pada payudara yang bermasalah supaya susu dapat di keluarkan sebanyak mungkin.
4) Sekiranya ibu berasa sakit, boleh dimulakan dengan payudara yang tidak sakit sehingga berlakunya refleks ejeksi susu. Selepas susu mengalir laju, alihkan kepada payudara yang bermasalah.
5) Gunakan tekanan pada payudara(breast compression) dengan berhati-hati bagi membantu mengeluarkan lebih susu daripada payudara yang bermasalah.
6) Gunakan pelbagai posisi supaya susu daripada semua bahagian payudara dapat dialirkan keluar.
7) Posisi terbaik adalah hidung ataupun dagu menunjuk ke arah bahagian yang tersumbat.
8) Urut bahagian yang tersumbat ke arah puting dengan menggunakan jari yang disapukan dengan minyak bagi mengelakkan ia melecet.
9) Membuat tuaman panas ataupun sejuk pada payudara sebelum menyusu bagi membantu aliran susu berjalan lancar sambil mengurutnya.
Tuaman dan urutan yang berkesan dapat menolak susu yang tersumbat di dalam saluran menuju ke arah puting.
10) Urut payudara sambil mandi dengan air panas bagi tujuan yang sama.
11) Rendam puting di dalam air seketika bagi menghilangkan saki baki susu yang sudah kering di puting bagi membuka aliran susu yang tersumbat.
12) Perah susu menggunakan tangan bagi mengeluarkan baki susu selepas sesi penyusuan.
13) Perah susu sekiranya ibu tidak dapat meneruskan penyusuan kerana pelbagai sebab.
Sumber: FEED by Ummi Najla (Kredit dari Dr Faridah Idris
Buku Terbitan dari PTS Millenia Sdn Bhd)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa berpantang amat ditunggu-tunggu oleh ibu-ibu hamil. Ketika itulah masa yang sesuai untuk si ibu mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil. Namun tak ramai yang berjaya untuk kembali turunkan berat semasa berpantang kerana cara pemakanan dan emosi yang tidak dikawal dengan betul.
Dietitian, Lily Moha berkongsi nota ringkas buat ibu-ibu yang bakal berpantang atau yang sedang berpantang untuk turunkan berat badan secara betul dan sihat.
Bagaimana turun berat semasa berpantang? Nota ringkas;
1. Jangan stress unnecessarily. Stress nanti badan letih, susu pun kurang, lagi tambah stress, tidur pun tak cukup, tak dapat beauty sleep, berat susah turun, muka jadi mak lampir.
2. Jangan stress unnecessarily. Mengandung selama sembilan bulan dan kita benarkan kenaikkan berat semasa enam bulan terakhir. Enam bulan kasi naik, takkanlah 44 hari dapat licin semuanya. Nak pula kenaikkan melampau dari julat sepatutnya, lagilah.
Kenaikan normal bagi berat ideal adalah dalam lingkungan 10 – 15kg. Katalah naik sebanyak 10kg.
Anak 3kg. Segala uri semua lagi 2kg. Air terkumpul dalam badan lagi 2kg. Total sudah 7kg, baki 3kg memanglah senang nak turun.
Masalahnya naik 20kg, maka untuk turun akan ambil masa sikit. Pelan-pelan jalan.
Nikmati masa-masa berpantang, makan dengan betul akhirnya matlamat akan tercapai.
3. Jangan stress unnecessarily. Maka elakkan bandingkan diri kita dengan orang lain. Jadikan inspirasi untuk dapatkan semangat, buat dengan cara yang betul.
4. Makan makanan berkhasiat. Always nutrients over calories.
Takut makan nasi tapi ganti dengan biskut Hup Seng.
Keperluan badan individu katalah 1600kCal. Semasa menyusu kita boleh tambah sehingga 500kCal dari keperluan. Maka total 2100kCal.
Boleh bahagi kepada beberapa kali makan. Menyusu memang lapaq, berjaga malam lagi tambah lapaq. Cheq tau aih, cheq anak lima dah. Menyusu, exclusive pumping, mixed feeding semua ada. Pantang sendiri, mak jaga, duduk rumah mak, duduk rumah sendiri, duduk hospital pun ada.
Okay, berbalik kepada pembahagian kalori tadi.
BF – 400 S -150 S – 150 L – 400 S – 150 S-150 D – 400 S – 150 S – 150
Haaaaa.. ambik, nak makan sangat.
Jom bandingkan.
Nasi 1 cawan + ikan bakar 1 ketul tapak tangan + sup sayur 1 cawan + 1 buah – 310kCal.
Eh.. sikitnya. Tambah lagi.
Nasi 2 cawan + ikan bakar 1 ketul tapak tangan + sup sayur 1 cawan + 1 buah – 460kCal
Kalau kita makan accordingly seperti di atas, lapar tu dapat dikawal. Dalam kebanyakan masa, takut makan nasi dan makan pula tak ikut #sukusukuseparuhmaka kita makan snacking banyak. Snacking pula ambil yang kecil, manis dan susah nakkasi kenyang. Maka tersnacking lebih banyak sebab tak dapat kawal.
Snacking pula sehari 8 kali Hehe. Memang tak dapatlah kan?
Makanya 3 hidangan utama ikut prinsip #sukusukuseparuh. Guna ukuran tangan untuk tentukan kuantiti. 1 penumbuk karbohidrat, 1 tapak tangan lauk, dan sekurang-kurangnya 1 penumbuk sayur/buah.
Makan snacking yang kenyang dan ambil masa mengunyah. Hadkan. Ambil dan masuk dalam pinggan ikut keperluan, bukan makan terus dari bekas besar.
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.