Dato’ Fazley Yaakob, juara Master Chef Malaysia yang juga bekas penyanyi popular suatu masa dahulu memuatnaik sebuah video di instagramnya. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Azrene dan dikurniakan empat cahaya mata, tiga lelaki dan satu perempuan.
Menerusi video yang dimuat naik dan mendapat sebanyak 100 ribu tontonan, kelihatan beliau tergesa-gesa untuk keluar bekerja, namun anak bongsunya, Ellie alaynaselma cuba untuk mengikut beliau ke tempat kerja.
Semasa saya nak bergerak ke Melaka tadi, @ellie_alaynaselma kelam-kabut nak ikut saya. Sibuk panggil “Dida, Dida, Dida!”. Setiap kali nak keluar, Ellie ada rasa yang dia ada hak untuk ikut Dida dia pergi kerja memandangkan dia anak perempuan bongsu.
Jadi, bila tak bawak tu, dia memang broken-hearted habis tu.
Bila lari keluar, kejar saya dekat pintu, dia tak peduli yang dia baru belajar berjalan – turun naik tangga belum pandai sangat. Dia menonong je jalan. Cuba tengok lepas saya dukung dia, apa dia cakap? “Jom Dida jom jom jom…” lepas tu menangis kepala senget manja. Macam mana ni?
Ada netizen yang berkongsi pengalaman, anak-anak mereka juga seperti anak Dato’ Fazley. Telatah comel Ellie menarik minat netizen dan mereka turut memuji kecomelanya.
Pelakon, Ika Nabella menerusi instagramnya meluahkan rasa syukur kerana dia akhirnya dapat menyaksikan sendiri bagaimana anaknya, Muhammad Noah Zayn 6 bulan membesar.
Menurutnya lagi, ini merupakan momen-momen yang indah bagi seorang wanita yang bergelar ibu. Dia turut bersyukur kerana penantiannya selama ini akhirnya tidak sia-sia untuk memiliki zuriat.
Melalui lontaran statusnya, dia turut berkongsi bagaimana perasaan menanti kehadiran si kecil dalam hidup bertahun-tahun lamanya. Ika juga mendoakan kepada semua yang masih menanti zuriat agar suatu hari nanti diberi peluang menjadi ibu bapa.
Tiga tahun menunggu zuriat
6 bulan paling wow dalam hidup aku. 3 tahun aku tunggu, bertahun aku tumpang kasih sayang. Menangis rindu hak orang. Meraung dalam tidur.
Aku tak nak sunyi lagi kalau diizinkan aku nak lebih meriah lagi. 4,5,6. Sekarang Aku happy bila ada yang kejutkan aku tengah malam senyum sengih berborak dengan bahasa yang aku tak faham tapi aku mengerti. Indah. Bahagia bila ada yang hi-5 kt pipi lepas tu senyum nampak gusi heeeee.. Harta dunia & akhirat aku ni.
Tak pernah tahu tapi segalanya untuk anak
Tak pernah dalam hidup aku tahu jenis-jenis najis, kira berapa kali orang berak, berapa banyak orang makan berapa jam orang tidur. Segala galanya utk @muhammadnoahzayn.
Aku doakan kalian dapat anak yang sihat sempurna bila tiba masanya
InsyaAllah asbab aku utk tempat kt sana nnt. Aku doakan kalian yg tengah sabar terus sabar & akhirnya dapat hadiah yg sihat sempurna bila tiba masanya. Aku faham.
3 tahun menanti ibarat 30 tahun
Aku pernah ada kt tempat kalian. 3 tahun terasa 30 tahun. Terus kuat ok.? @syafiqanori thanks mama! Selalu pinjamkan cinta hati mama ♥️
Berita tentang seorang suami yang dipercayai bertindak diluar kewarasan sehingga isteri dan bayi berusia 44 hari menjadi mangsanya benar-benar mengejutkan orang ramai. Ini kerana video lelaki tersebut yang menunggang motosikal telah tular di media sosial.
Mangsa yang dikenali sebagai Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayi, Hans Mohd. Thakif Amir, 44 hari ditemui oleh bapanya dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bernyawa dipercayai dikelar di leher di Kampung Bakar Batu, tengah hari (4 Julai).
Menerusi Harian Metro, Rosman Ahmad, 58, memaklumkan yang dia menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya yang memberitahu terdapat masalah di rumah anak ketiganya yang berusia 26 tahun itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Apabila saya sampai, anak pertama dan kedua sudah ada di sini (rumah keluarga anak ketiga), saya lihat anak perempuan saya terbaring depan pintu rumah dengan luka di leher macam dikelar.
“Cucu lelaki saya, juga terdapat luka di leher, ketika itu ada jururawat sedang mengendongnya. Tetapi, saya difahamkan cucu saya ditemui di sisi ibunya,” katanya.
Difahamkan, Hajar Nursyahirin dan bayinya telah meninggal dunia ketika ditemui dipercayai dikelar oleh suaminya sendiri yang berusia 25 tahun sebelum suspek bertindak melarikan diri menggunakan motosikal.
Bakal bersanding lepas Aidiladha
Tambah Rosman lagi, sepatutnya anak dan menantunya bakal melangsungkan persandingan pada 24 Julai ini selepas bernikah tahun lalu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan segala persiapan sudahpun dibuat tinggal menunggu hari sahaja.
Jelasnya, anak serta menantunya dilihat sangat bahagia dan langsung tidak menunjukan ada sebarang masalah dalam rumah tangga mereka sejak mereka bergelar suami isteri. Namun, dia mengakui yang menantu mengalami sedikit masalah dalam pekerjaan selepas berhenti dari kerja tetap sejak beberapa bulan yang lalu.
“Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.
“Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja.
“Dulu dia ada buat kerja pembersihan di stadium, lepas itu dia berhenti kerja. Kemudian saya dapat tahu dia hanya kerja sambilan mencuci kapal di Pasir Gudang dan bantu kerja-kerja penyediaan makanan,” ujarnya.
Setakat ini, suspek telah pun ditahan pihak polis untuk membantu siasatan lanjut dan jenazah kedua-dua mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu.
Anak sulung kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusuf menyatakan hasratnya ingin memancing mencuri perhatian ramai.
Menerusi sbeuah video yang dimuat naik oleh @hairul_azreen88 di laman TikToknya, Kelihatan Yusuf sedang duduk sambil mendengar arahan daripada pelawak terkenal iaitu Achey yang turut ada di situ.
Namun sedang asyik dia mendengar apa yang dikatakan oleh Achey, tiba-tiba joran yang dipegang tersentap menandakan ada ikan yang telah termakan umpan
Yusuf sedaya upaya menarik ikan naik ke darat sambil dibantu dengan arahan yang diberikan oleh ayahnya. Siapa sangka setelah 9 minit bergelut, Yusuf dapat membawa naik seekor ikan yang agak besar.
Rata-rata warga maya kagum dengan semangat dan bakat yang ada dalam diri Yusuf bahkan sempat berseloroh mengatakan dunia memancing sememangnya tiada jalan keluar.
Bukan itu sahaja, netizen juga mengatakan Hairul kini sudah ada ‘geng’ untuk pergi memancing memandangkan anaknya itu sedang berjinak-jinak mengenali aktiviti memancing.
“Besar mat, dia pun tak larat dah tu nasib kuat”
“Tiada jalan keluar untuk kau dik”
“Kecik2 dah diracun nya takut taknak balik je tu”
“Ayah dia ada lesen dah lepas ni.. nak mancing je ajak Yusuf..”
“Bapak besar ikan diaa.. kuat betul Yusuf layan kail sorang”