Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Normalkah Bayi Kurang Menyusu Bila Mula Makan Pejal? Ini Kata Pakar Laktasi

Normalkah Bayi Kurang Menyusu Bila Mula Makan Pejal? Ini Kata Pakar Laktasi

Bayi anda kurang menyusu selepas makan makanan pejal? Ikuti penjelasan pakar laktasi ini.

Bayi akan boleh mula mengambil makanan pejal sejak usia enam bulan. Ada bayi yang menunjukkan selera yang baik sekali memakan puri buah dan bubur yang disediakan sehingga jadi kurang kerap menyusu. Ini menyebabkan ada sesetengah ibu mengalami bengkak payudara dan susu ibu perahan (EBM) yang dibekalkan kepada pengasuh juga tidak dihabiskan.

Normalkah Bayi Kurang Menyusu Bila Mula Makan Pejal? Ini Kata Pakar Laktasi

Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi & IBCLC, apabila bayi membesar dan mula diperkenalkan makanan tambahan  pada umur enam bulan, penghasilan susu ibu akan berpadanan dengan permintaan/pengambilan bayi ketika itu.

Normalkah Bayi Kurang Menyusu Bila Mula Makan Pejal? Ini Kata Pakar Laktasi

Keperluan nutrisi bayi pada peringkat umur ini boleh dilengkapkan dengan pemakanan keluarga. Ini merupakan proses semula jadi. Apabila bayi mengambil lebih makanan maka tidak hairanlah sekiranya permintaan untuk susu juga mungkin berkurangan. Ini secara langsung akan mempengaruhi penghasilan susu juga.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan susu ibu tidak berubah mengikut umur atau berat badan bayi antara usia satu hingga enam bulan. Selepas enam bulan, pengambilan susu ibu akan berterusan pada amaun yang sama. Bergantung kepada pengambilan makanan pejal, bayi akan secara beransur-ansur kurang menyusu susu ibu.

IKLAN

Normalkah Bayi Kurang Menyusu Bila Mula Makan Pejal? Ini Kata Pakar Laktasi

 

PERLU TERUS DIBERIKAN SUSU IBU

Kadang kala, di antara enam bulan hingga satu tahun (memandangkan makanan pejal diperkenalkan dan perlahan-lahan meningkat) pengambilan susu oleh bayi akan mula menurun tetapi susu ibu seharusnya terus diberi kerana ia membekalkan majoriti zat pemakanan bayi sepanjang tahun pertamanya. Oleh sebab terdapat perubahan besar dalam amaun makanan pejal yang diambil bayi sepanjang enam bulan kedua, amaun susu ibu yang diambil juga akan berbeza-beza.

AMAUN SUSU IBU YANG DIPERLUKAN SELEPAS USIA ENAM BULAN

IKLAN

Satu kajian mendapati purata pengambilan susu ibu seseorang bayi adalah 30oz sehari (875 ml/hari; 93% pengambilan keseluruhan) pada usia tujuh  bulan dan 19oz (550ml/sehari; 50% jumlah pengambilan tenaga) di usia 11 hingga 16 bulan.

Beberapa kajian yang mengukur pengambilan susu ibu di kalangan bayi antara 12 bulan dan 24 bulan pula mendapati amaun tipikal ialah 14oz hingga 19oz sehari (400ml hingga 550ml sehari). Kajian tersebut melihat pengambilan susu ibu antara 24 bulan dan 36 bulan pula mendapati amaun tipikal ialah 10oz hingga 12oz sehari (300ml hingga 360ml sehari).

Normalkah Bayi Kurang Menyusu Bila Mula Makan Pejal? Ini Kata Pakar Laktasi

PEKA PETUNJUK BAYI INGIN MENYUSU UNTUK ELAK OVER FEEDING

IKLAN

Perlu diingat bahawa amaun susu ibu yang bayi ambil pada waktu tertentu akan berbeza sama seperti amaun makanan dan minuman yang diambil oleh orang dewasa sepanjang hari. Ketahuilah, bayi mungkin tidak minum amaun yang sama di setiap sesi penyusuan. Jadi, perhatikan petunjuk bayi (cues) berbanding hanya menggalakkan dia menghabiskan susu ibu perahan.

Jika bayi ketara mengambil lebih daripada purata amaun, pertimbangkan kemungkinan bayi diberi terlalu banyak susu ibu perahan (over feeding) sepanjang dia tidak berada bersama ibunya (semasa ibunya bekerja). Sebagai contoh, cara pemberian susu perahan dengan menggunakan botol yang salah atau puting yang alirannya terlalu laju boleh menyebabkan masalah over feeding.

Normalkah Bayi Kurang Menyusu Bila Mula Makan Pejal? Ini Kata Pakar Laktasi

Jika susu ibu perahan berlebihan, ibu bolehlah mencampurkannya ke dalam bubur nasi atau makanan yang dimakan oleh bayi. Bagi mengatasi masalah bengkak payudara selepas anak mula makanan pejal, bolehlah memerah susu sekadar untuk melegakan bengkak payudara sahaja. Ini kerana apabila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, ia akan berupaya untuk meregulasikan penghasilan susu secara semulajadi.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI