Mohamed Neqayl atau lebih dikenali sebagai Ney Ney, anak kepada pasangan Nora Danish dan Boss Ned dan Nora Danish pernah dikecam netizen kerana didakwa tidak comel seperti bayi yang lain semasa beberapa bulan dilahirkan.
Bagaimanapun, Nora Danish mengambil sikap untuk tidak melayan kata-kata negatif itu. Ada sebahagian peminatnya menyatakan biasalah bayi kecil dan belum lagi besar.
Kini menjengah usia setahun (22 Februari) ternyata NeyNey terus menjadi perhatian. Semakin besar lagi handsome dan senyuman pun manis.
Nora Danish juga menceritakan saat manis dikurniakan NeyNey dalam hidupnya dan suami serta menjadi pelengkap keluarga selepas berkahwin dengan Bos Ned.
Kehadiran Ney Ney menambah keceriaan kepada dua abangnya dan bukti cinta antara mereka sekeluarga.
Mengimbas kembali saat bersalinkan Ney Ney, pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan menyatakan anak lelakinya ini dilahirkan pada usia 8 bulan seberat 2.97 kilogram.
Sejak dari awal kelahiran hingga sekarang, setiap perkembangan Ney Ney sentiasa ditunggu. Dari berguling, merangkak, berdiri dan belajar berjalan momen itu antara yang terindah.
Selain dua abang, Ney Ney antara yang istimewa di hati mommy dan daddynya dan tak sabar nak lihat si manja ini membesar. Semoga Ney Ney akan membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.
Sumber: ig Nora Danish
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak mula makanan pejal, pola penyusuan pun berubah. Paling tak selesa bila payudara bengkak.
Bila bayi berusia enam bulan, makanan pelengkap akan dimulakan. Ada bayi yang mempunyai selera makan yang baik & sangat berselera memakan puri buah dan bubur. Ini menyebabkan mereka jadi kurang kerap menyusu sehingga menyebabkan payudara ibu membengkak dan susu perahan (EBM) yang dibekalkan kepada taska/ pengasuh juga tidak dihabiskan seperti sebelum ini.
APABILA MAKANAN PELENGKAP DIBERIKAN
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Omar, BSc, CISA, IBCLC & Pengarah Nurturing Concepts Sdn Bhd Apabila bayi membesar dan mula diperkenalkan makanan tambahan apabila mencecah umur 6 bulan, penghasilan susu akan berpadanan dengan permintaan/ pengambilan bayi ketika itu.
Keperluan bayi untuk nutrisi pada peringkat umur enam bulan perlu dilengkapkan dengan pemakanan keluarga.Ini merupakan proses semulajadi. Apabila bayi mengambil lebih makanan maka tidak hairanlah sekiranya permintaan untuk susu juga mungkin berkurangan. Ini secara langsung akan mempengaruhi penghasilan susu ibu.
Kajian terkini menunjukkan pengambilan susu ibu tidak berubah mengikut umur atau berat badan bayi antara usia satu hingga enam bulan. Selepas enam bulan, pengambilan susu ibu akan berterusan pada amaun yang sama. Bergantung kepada pengambilan makanan pejal, bayi akan secara beransur-ansur kurang menyusu susu ibu.
KUANTITI SUSU BERBEZA
Kadang kala, di antara enam bulan dan satu tahun (memandangkan makanan pejal diperkenalkan dan perlahan-lahan meningkat) pengambilan susu bayi akan mula menurun tetapi susu ibu seharusnya terus diberikan kepada bayi kerana ia membekalkan majoriti zat pemakanan bayi sepanjang tahun pertamanya. Oleh sebab terdapat perubahan besar dalam amaun makanan pejal yang diambil bayi sepanjang enam bulan kedua, amaun susu ibu yang diambil juga akan berbeza-beza.
Satu kajian mendapati purata pengambilan susu ibu seseorang bayi adalah 30oz sehari (875 ml/hari; 93% pengambilan keseluruhan) pada usia tujuh bulan dan 19oz (550ml/sehari; 50% jumlah pengambilan tenaga) di usia 11 hingga 16 bulan.
Beberapa kajian yang mengukur pengambilan susu ibu di kalangan bayi antara 12 bulan dan 24 bulan pula mendapati amaun tipikal ialah14oz hingga 19oz sehari (400ml hingga 550ml sehari). Kajian tersebut melihat pengambilan susu ibu antara 24 bulan dan 36 bulan pula mendapati amaun tipikal ialah 10oz hingga 12oz sehari (300ml hingga 360ml sehari).
PERHATIKAN PETUNJUK BAYI INGIN MENYUSU, ELAK OVER FEEDING
Perlu diingat bahawa amaun susu ibu yang bayi ambil pada waktu tertentu akan berbeza sama seperti amaun makanan dan minuman yang diambil oleh orang dewasa sepanjang hari. Ketahuilah, bayi mungkin tidak minum amaun yang sama di setiap sesi penyusuan. Jadi, perhatikan petunjuk bayi (cues)berbanding hanya menggalakkan dia menghabiskan susu ibu perahan.
Jika bayi ketara mengambil lebih daripada purata amaun, pertimbangkan kemungkinan bayi diberi terlalu banyak susu ibu perahan (over feeding) sepanjang dia tidak berada bersama puan. Sebagai contoh, cara pemberian susu perahan dengan menggunakan botol yang salah atau puting yang alirannya terlalu laju boleh menyebabkan masalah over feeding.
Jika susu ibu perahan berlebihan, bolehlah mencampurkannya ke dalam bubur nasi atau makanan yang diberikan kepadanya. Bagi mengatasi masalah bengkak payudara pula, anda boleh memerah susu sekadar untuk melegakan bengkak payudara sahaja. Ini kerana apabila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, ia akan berupaya untuk meregulasikan penghasilan susu secara semulajadi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak tidur sekejap-kejap buatkan ibu bapa jadi stres. Alasannya takut anak merengek dan lesu. Situasi ini yang paling membuatkan ibu bapa jadi risau bila dibandingkan dengan bayi lain yang boleh tidur berjam-jam lamanya. Ibu bapa perlu tahu setiap bayi berbeza dan kita tak boleh nak samakan tabiat anak masing-masing.
Untuk ibu bapa lebih memahami tabiat anak yang jenis tidur sekejap-kejap atau dalam istilahnya tidur kucing, Konsultan Baby Language, Puan Uswatun Hasanah merungkaikan kekeliruan ini.
Bila saya sebut ‘cat sleeper’, ramai ibu bapa tak faham. Bila saya sebut ‘tidur ayam’ baru masing-masing ber ‘Oooo’. Lain sikit terma Melayu dan English rupanya. Orang yang jenis tidur sekejap-sekejap kita panggil cat sleeper ye tuan-puan. Nak tau kenapa? Ha, tengok fakta.
Kucing boleh tidur 16-20 jam sehari!. Mesti ramai tak percaya kan? Sebabnya payah benar kita nak tengok kucing tidur tergolek tak ingat apa macam kita, betul tak?
Tentulah kerana tidur kucing tak sama macam tidur manusia. Namun hakikatnya, inilah sebabnya kita menggelar orang yang tidur sekejap-sekejap atau sekejap-sekejap tapi kerap sebagai ‘cat sleeper’ atau tidur kucing.
Bayi pun ada yang cat sleeper ye. Maksudnya, bayi-bayi yang memang jenis tak tidur sekaligus 2 hingga 3 jam macam rakan-rakan lain. Mereka tidur maksimum 45 hingga 90 minit setiap sesi tapi lebih kerap. Memang mereka semula jadi begitu!
Sebab itu saya SELALU sebut pada ibu bapa, berapa jam atau berapa lama anak tidur itu soal kedua, kerana setiap individu berbeza. Petanda UTAMA yang ibu bapa boleh guna untuk ukur sama ada anak anda cukup tidur (well rested) ialah: adakah anak kelihatan segar, gembira dan puas setiap kali selepas tidur?
Jika Ya, maka anak anda memang telah dapat cukup rehat yang dia perlukan walau ia cuma 50 hingga 60 minit. Jika anak anda telah tidur hampir 2 jam sekalipun tetapi bangun masih merengek, nampak lesu dan cerewet, maksudnya jumlah itu masih tak mencukupi untuk dia.
Jadi, tak perlu susah hati sangat jika anak anda tak tidur berjam-jam macam anak orang lain. Ingat, berapa puas anak anda kelihatan selepas bangun tidur itu kayu ukur nombor satu. Jumlah jam keseluruhan anak tidur jatuh nombor dua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu menyusu nak berdiet boleh tapi kena ikut langkah betul untuk maintain susu. Kenapa? Sebabnya anak masih memerlukan zat dari ibu. Jika terlalu mengamalkan diet yang drastik susu pun akan terus berkurangan
Berkongsi mengenai perkara ini, Penasihat Diet Mohd Khairul Azuan menyatakan ramai ibu yang bertanya sebelum ini, bolehkah mereka menurunkan berat badan semasa dalam tempoh penyusuan bayi.
Jawapannya, Boleh. Tapi ada beberapa syarat penting untuk mengekalkan kualiti susu untuk diberi kepada bayi yang masih memerlukan susu ibu.
Walaubagaimanapun, saranan di atas tidak dapat menggantikan saranan dari doktor dan dietitian kerana saranan di atas lebih bersifat umum.
Diet yang extreme semasa menyusu adalah sangat-sangat tidak digalakkan kerana menjejaskan ibu dan anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!