“Assalamualaikum dan selamat pagi wahai yang baik hati yang sentiasa mendoakan kami.
“Alhamdulillah #isabelladepp selamat dilahirkan jam 11.12 malam tadi melalui pembedahan. .
“Berat 3.02 kilogram saja. Mak dia yang berat,” tulisnya menerusi entri di Instagram pagi tadi.
Ads
Memanjatkan rasa syukur atas kelahiran anak keempatnya itu, Nourul turut mengucapkan terima kasih atas doa ramai.
“Just to share the news with all who always supporting me and always pray for me and my family. May Allah bless all of you.
“Thank you for the love and joy that you have shown me.
Ads
“La ni kami nak rest. Nak tidoq. Dok belek Isabella sampai pukui 2.30am.
“Alhamdulillah diatas satu lagi pemberian Allah yang sangat indah buat kami sekeluarga,” tambahnya.
Ads
Nourul juga bakal berkongsi foto Isabella apabila tiba masa yang bersesuaian kelak.
Penyanyi lagu Kerana Terluka itu telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.
Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20 tahun.
Sumber: Astro Gempak & ig Nourul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selamat menimang cahaya mata kedua pada 25 Julai lalu, pasangan selebriti Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa kini berkongsi nama pilihan buat buah hati mereka.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan Nadzmi turut memuat naik video kelahiran anak keduanya itu yang mengundang sebak wargamaya.
Paling beruntung kerana Nadzmi menyambut sendiri anak keduanya, Arwa Uthman Affan sambil dibantu oleh doktor di sisinya. Amat menyentuh hati.
Dalam pada itu, Nadzmi dan Ardell yang memilih nama Arwa Uthman Affan turut berkongsi makna yang cukup baik dan bermakna buat anak kecil itu.
“Assalamualaikum. Arwa Uthman Affan.
Arwa : Puas, Segar, Menyenangkan, Nama Ibu Khalifah Uthman Uthman : Sahabat Rasulullah SAW, Khalifah Ketiga yang Dermawan Affan : Bijak, Cerdas, Nama Ayah Khalifah Uthman
Malah Nadzmi juga turut meluahkan rasa syukurnya kerana dapat menyambut sendiri anak keduanya. Nadzmi juga meluahkan ucapan penghargaan buat Ardell yang bertarung nyawa sepanjang kelahiran itu.
“Alhamdulillah genap 7 hari. Terima kasih Allah atas izin dan kurniaMu. Pengalaman dan rezeki luar biasa dari Allah dapat sambut sendiri anak kedua ini.
“Alhamdulillah secara normal. Ardell hebat. Terima kasih buat Dr Khamsiah dan @andorrahospitalofficial atas memori berharga ini.
“Kepada isteri @ardellaryana terima kasih atas anugerah ini. Wahai Isteriku, saya ada bersama awak dalam berjihad bertarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita. Tak terbalas pengorbanan awak.
“Terima kasih kerana menjadi seorang yang faham diri saya. I love you so much sayang and welcome baby kesayangan semoga menjadi anak yang soleh, taat pada agama dan ibubapa.
“Pengalaman yang tak dapat saya ungkapkan dengan kata kata dan saya takkan dapat lupakan sampai bila bila. Terima kasih atas doa dia baik kalian semua,” tulisnya lagi.
Video detik kelahiran yang begitu menyentuh hati itu mendapat sebanyak 35,000 tanda suka dari pengikut pasangan ini.
Sekitar April lalu pelakon Julia Ziegler berkongsi tentang kehamilan keduanya dan semalam pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu telah selamat melahirkan seorang anak lelaki.
Berita tentang kelahiran keduanya itu dikongsi oleh Pelakon Jangan Tegur melalui Insta Story di akaun Instagram miliknya.
Menurut Julia, bayi lelakinya itu telah dilahirkan dengan berat 3.58kg. Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler meluahkan rasa syukur dengan kelahiran anak keduanya itu.
“Alhamdulillah, our baby boy (3.58kg) was safely delivered at 4.35pm on 07.07.2020,” kongsi Julia.
Sebelum berkongsi berita tersebut, Julia dilihat memuat naik sekeping gambar di Instagram yang mana dia sedang berada di dalam wad di hospital.
Selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi telah selamat melahirkan bayi keempatnya secara pembedahan pagi semalam. Menerusi instagramnya, Oki memaklumkan khabar gembira itu kepada seluruh pengikutnya.
Sungguh pun begitu, kesihatan bayi keempat yang diberikan nama indah, Sulaiman Ali Abdullah itu tidak memberangsangkan kerana mengalami sedikit masalah pernafasan. Bayi Sulaiman kini masih dirawat di NICU (Unit Rawatan Intensif Neonatal).
“Alhamdulillah telah lahir putra ke-4 kami, Sulaiman Ali Abdullah pagi tadi (semalam), Isnin, 16 November 2020 pukul 5.46am.
“Berbanding kakak-kakaknya yang cenderung besar, Sulaiman tergolong agak kecil iaitu lahir dengan berat 2.9 kilogram (kg).
“Alhamdulillah proses persalinan berjalan sangat baik, saya sangat sihat, semua berjalan lancar,” katanya berkongsi.
Biar pun masih belum berkesempatan bertemu dengan bayinya disebabkan masalah itu, namun Oki tetap cekal. Sehingga ke hari ini yang sudah memasuki hari ketiga, bayi Sulaiman masih berada di NICU bagi meneruskan rawatan sehingga pulih.
Kata Oki, dia sebolehnya tidak mahu menangis mengenangkan anaknya. Namun sokongan suami yang tanpa henti meredakannya, keluarga serta teman-teman membuatkan dia semakin kuat sambil mendoakan agar bayi keempatnya itu segera dibenarkan keluar hospital.
“Qadarullah, Sulaiman memiliki masalah masalah adaptasi pernapasan atau secara perubatan disebut dengan Transient Tachypneu of the Newborn (TTN).
“Sampai saat ini saya belum bertemu Sulaiman, kerana Sulaiman dirawat di NICU dengan menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi satu entri terkini, Oki memaklumkan perkembangannya dan bayi Sulaiman yang masih lagi berada di NICU.
“Saya dan Sulaiman masih di sini. TTN nya sudah membaik, namun ternyata harus ada pemeriksaan lanjutan. Kemarin dokter anak mendatangi saya dan menyampaikan bahwa Sulaiman harus diobservasi oleh 6 dokter. Sampai hari ini.. selalu berdebar dada ini saat ada dokter yang mengumumkan hasil pemeriksaannya.
“Walaupun tak ingin menangis, nyatanya saya masih terus menangis sementara suami menenangkan dan berkata, “ Kemarin Allah sudah memberikan begitu banyak kebahagiaan, kita jalani skenario Allah ini,” katanya lagi.
Oki juga turut memohon para pengikutnya agar mendoakan kesejahteraan bayi keempatnya itu. Semoga bayi Sulaiman semakin menampakkan perkembangan yang positif. Doakan yang baik-baik sahaja buat Oki dan bayinya.
Terdahulu, Oki Setiana Dewi berkahwin dengan suaminya, Ory Vitrio Abdullah pada tahun 2014.
Hasil perkahwinan itu, mereka kini dikurniakan empat orang cahaya mata, dua orang cahaya mata perempuan iaitu Maryam Nusaibah, 5, dan Khadeejah Fatimah, 4 serta dua orang anak lelaki, Ibrahim Muhammad Abdullah, 3 tahun dan Sulaiman Ali Abdullah.