Sekitar April lalu pelakon Julia Ziegler berkongsi tentang kehamilan keduanya dan semalam pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu telah selamat melahirkan seorang anak lelaki.
Berita tentang kelahiran keduanya itu dikongsi oleh Pelakon Jangan Tegur melalui Insta Story di akaun Instagram miliknya.
Menurut Julia, bayi lelakinya itu telah dilahirkan dengan berat 3.58kg. Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler meluahkan rasa syukur dengan kelahiran anak keduanya itu.
“Alhamdulillah, our baby boy (3.58kg) was safely delivered at 4.35pm on 07.07.2020,” kongsi Julia.
Ads
Sebelum berkongsi berita tersebut, Julia dilihat memuat naik sekeping gambar di Instagram yang mana dia sedang berada di dalam wad di hospital.
Bius epidural adalah antara kaedah yang popular untuk melegakan kesakitan semasa bersalin. Statistik menunjukkan lebih daripada 50% wanita bersalin di hospital menggunakan bius epidural.
Memahami jenis epidural, bagaimana ia diberikan, manfaat dan risiko epidural akan membantu anda dalam membuat keputusan semasa bersalin, sama ada mahu atau tidak menggunakan epidural atau tidak.
Apakah bius epidural?
Bius epidural adalah bius yang menghalang kesakitan di bahagian tertentu badan. Epidurals menghalang isyarat sakit bahagian perut semasa bersalin dari sampai ke otak, dengan cara menghalang isyarat tersebut di tulang belakang.
Bagaimanakah epidural diberikan?
Epidural diberikan di bahagian belakang pinggang. Ia boleh diberikan dalam posisi duduk dan membongkok ke depan atau dalam posisi baring.
Kawasan belakang pinggang akan dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan. Kemudian suntikan “local anesthesia” akan diberikan di tempat epidural akan dicucuk supaya tidak menyebabkan kesakitan semasa jarum dimasukkan. Selepas kawasan tersebut kebas, barulah jarum halus untuk bius epidural akan dimasukkan sehingga keluar cecair air tulang belakang. Ini menunjukkan jarum berada pada lokasi yang tepat.
Selepas itu, satu tiub yang kecil akan dimasukkan melalui jarum ke dalam ruang epidural. Selepas itu, jarum dengan berhati-hati akan dikeluarkan, meninggalkan kateter di dalam sebagai laluan untuk memasukkan ubat bius ke epidural.
Apakah kebaikan bius epidural?
Apakah risiko bius epidural?
1. Epidural boleh menyebabkan tekanan darah anda untuk tiba-tiba turun
2. Anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk akibat dari epidural. Sakit kepala ini mungkin berpanjangan walaupun selepas bersalin dan berlarutan. Namun amat sedikit mereka yang mengalami simptom seperti ini.
3. Anda mungkin mengalami kesan sampingan seperti menggigil, deringan dalam telinga, sakit belakang, kesakitan di mana jarum dimasukkan, loya, atau sukar membuang air kecil.
4. Untuk beberapa jam selepas kelahiran, bahagian bawah tubuh anda mungkin berasa kebas dan memerlukan anda untuk berjalan dengan bantuan.
5. Risiko proses bersalin mungkin berpanjangan sehingga menyebabkan perlunya bantuan untuk melahirkan anak seperti forceps dan vacuum. Jika baby tidak turun-turun juga mungkin akan membawa kepada ceasearean.
Jadi, fahami kebaikan dan risiko epidural akan membantu anda membuat keputusan terbaik semasa bersalin nanti.
Perhatian untuk para ayah yang menghisap rokok! Bayi yang kerap terdedah pada asap rokok lebih mudah mendapat masalah jangkitan telinga ya.
“Mia ni asyik merengek je lepas tu gosok-gosok telinga dia. Mata dah nampak merah. Tak boleh jadi ni. Kena bawak jumpa doktor,” ujar Mira yang risau melihat keadaan bayinya yang baru berusia lima bulan kerap menggaru telinga.
Jangkitan telinga adalah salah satu penyakit yang biasa dialami bayi berusia antara empat hingga enam bulan.
Jangkitan ini menyerang bahagian telinga tengah (sekitar gegendang telinga) Gangguan pada telinga boleh mengganggu pendengaran anak. Kenal pasti apa tanda bayi anda mengalami jangkitan telinga
• Lendir pekat dari hidung
• Demam tinggi
• Keluar kotoran kekuningan di sudut mata
• Rongga telinga nampak bengkak dan merah
• Anak mudah mengamuk dan resah
• Kerap menarik-narik atau mengorek telinga
• Keluar cairan kekuningan atau putih dari telinga
Apakah punca anak mengalami jangkitan telinga?
1. Anak biasa minum susu dari botol dengan kedudukan berbaring atau hingga tertidur. Posisi ini membuatkan susu boleh mengalir hingga Eustachian tube dan bahagian tengah telinga. Gangguan pada telinga boleh mengganggu pendengaran anak.
2. Menghisap puting kosong terutama pada waktu siang. Menurut beberapa pakar, gerakan menghisap yang berterusan akan menarik cecair dari hidung dan kerongkong ke bahagian tengah telinga. Puting juga berisiko membawa bakteria. Jadi, sebaiknya hentikan anak dari menghisap puting.
3. Kajian menunjukkan anak yang kerap terdedah pada asap rokok lebih mudah mengalami jangkitan telinga. Ini kerana asap rokok mengganggu Eustachian tube dan melemahkan serabut yang dipanggil cilia yang berfungsi mengeluarkan bakteria semasa proses bernafas. Bila cilia tidak bekerja dengan sempurna, bakteria dan kuman tersangkut dalam saluran pernafasan.
4. Alergen di udara, salah satunya adalah dari haiwan peliharaan yang biasa membawa kotoran seperti kulit kering yang menggelupas dari badan atau bulunya yang merupakan allergen. Jadi, jangan biarkan haiwan peliharaan masuk ke bilik tidur anak atau membiarkan anak memeluk atau mencium haiwan peliharaan tersebut.
Jangkitan telinga boleh mengganggu keselesaan bayi yang akan kerap merengak, meragam dan enggan bersosial. Seterusnya ia boleh menyebabkan perkembangan mereka terganggu. Kesan sebarang petanda dan rawat segera masalah jangkitan yang dihadapi oleh si manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita yang pertama kali hamil dan bakal bersalin sudah pasti tidak dapat membayangkan rasa sebenar sakit bersalin. Kebanyakan wanita yang sudah ada pengalaman melahirkan anak secara normal, rata-ratanya menyatakan sakit menahan kontraksi sebelum tiba masa mengeluarkan bayi.
Selain wanita itu sendiri bersedia daripada segi mental, suaminya juga perlu mengetahui serba sedikit informasi tentang kontraksi yang bakal dialami oleh si isteri. Dengan yang demikian, dapatlah sang suami memainkan peranan membantu isteRi melegakan dan mengurangkan kesakitan yang dialami.
Sakit faraj
Bila memasuki fasa aktif proses kelahiran, serviks akan meregang secara semula jadi. Ketika ini, faraj akan mengalami tekanan kesan gesaan kepala bayi yang cuba melalui saluran peranakan.
Apabila kontraksi semakin kuat dan menjadi kerap, kesakitan semakin dapat dirasai. Dalam keadaan ini suami perlu tenangkan isteri dengan meminta dia mempraktikkan latihan pernafsan yang betul.
Tarik nafas dalam-dalam dengan keadaan mulut tertutup dan hembuskan nafas sambil menyebut fuh dalam hela yang panjang.
Sakit pinggang
Dalam kes tertentu, kedudukan bayi dalam posisi posterior boleh menyebabkan isteri mengalami sakit belakang yang teruk. Sakit itu boleh dirasai sejak daripada awal. Di peringkat awal, kesakitan masih boleh ditahan, tapi semakin lama sakitnya sukar dikawal.
Lenguh kaki
Bila pinggang sakit, secara tidak langsung kaki pun terasa lenguh. Lebih-lebih lagi jika kantung ketuban sudah pecah. Ketika ini, urutan suami sedikit sebanyak akan membantu menstabilkan emosi isteri untuk menghadapi rasa sakit yang dialami.
Sembelit
Disebabkan gesaan kepala bayi yang melalui saluran peranakan, secara tanpa sengaja ia turut memberi tekanan kepada usus. Lalu, membuatkan perut anda terasa memulas seolah-olah mahu membuang air besar.
Apabila rasa tidak selesa, mungkin ada yang kerap ke tandas. Pastikan isteri ada peneman kerana ia adalah salah satu tanda hampir bersalin.
Seram sejuk
Kontraksi bersalin bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Rasa sakit yang dialami boleh menyebabkan isteri menggigil dan berpeluh. Tambahan pula, kesakitan itu tidak dapat dijangka tempohnya. Ada yang cepat bukaan rahimnya dan dapat segera mengeluarkan bayi. Ada juga yang terpaksa menahan sakit berjam-jam sebelum bayi dilahirkan.
SUAMI PERLU BANTU!
Benar, suami tidak dapat memindahkan rasa sakit kontraksi kepada dirinya namun ada beberapa perkara yang boleh diuat bagi membantu si isteri merasa sedikit tenang. Pa&Ma senaraikan beberapa perkara yang boleh anda buat, untuk sekurang-kurangnya mengurangkan rasa sakit kontraksi:
1. Sebagai peneman, anda perlu TENANG. Sewaktu sakit, isteri cenderung untuk terlalu berfikir. Jadi sebagai suami, anda harus berlagak tenang dan pujuk mereka untuk terus bertahan mengharungi sakit kontraksi.
2. Urutlah mana-mana bahagian tubuh isteri seperti pinggang, bahu atau di mana sahaja yang isteri rasa tidak selesa. Selain itu, anda juga boleh menggunakan tuam panas untuk melegakan kelenguhan yang isteri alami. Elakkan bahagian abdomen dan perut ketika menuam ya!
3. Galakkan isteri untuk bernafas secara beritma dan dalam. Pernafasan begini dapat membantu mengurangkan rasa kontraksi yang dialaminya.
4. Selain memegang tangannya, anda boleh bantu isteri untuk bertenang dengan membelai ubun-ubun atau memeluk si isteri. Selain memberi kelegaan, cara ini dapat merembeskan hormon endorfin dan oksitoksin yang membuatkan ibu gembira dan bersedia untuk melalui proses kelahiran.
5. Berbual dengan isteri dan cuba untuk penuhi permintaannya. Biasanya, pada waktu ini isteri akan selalu dahaga dan minta air masak untuk diminum. Pastikan juga anda bersedia dengan stok snek sihat untuk membekalkan tenaga kepada isteri.
6. Anda boleh bacakan ayat-ayat Al-Quran atau berzekir bersamanya. Proses ini umpama meditasi yang bukan sahaja memberi ketenangan tetapi membuatkan si isteri terlupa yang dia sedang mengalami kontraksi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...