Penyanyi lagu Kerana Terluka itu telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.
Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20 tahun.
Sumber: Astro Gempak & ig Nourul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini tular video reaksi Bonda Rozita yang juga ibu mertua kepada Datin Sri Shahida teruja menyambut kelahiran cucunya Yusoff Al Qardawi sampai terlupa hendak memakai kasut.
Kegembiraan di wajah nenek yang masih sihat dan bergaya ini jelas terpancar sewaktu dia mencium dan memangku cucunya.
Bahkan ramai juga netizen memuji layanan yang diberikan oleh Rozita terhadap menantunya Shahida. Makanan berpantang Shahida yang dimasak oleh Rozita turut dipuji ramai kerana nampak menyelerakan.
Semalam, pengasas Sendayu Tinggi ini berkongsi resipi rendang ayam kampung berpantang yang disediakan untuk menantunya.
Ayam kampung (rebus)
Buah keras
Bawang putih
Serai
Bawang besar
Lada hitam
Kunyit
Ketumbar putih
Garam dan ati ayam (kalau nak letak)
Asam jawa
Cara memasak:
Blend kesemua bahan. Masuk dalam rebusan ayam dan masakkan di atas api sehingga kering (ayam kampung sangat bagus dan organik).
Menurut Rozita lagi menu ini bagus untuk ibu lepas bersalin kerana mempunyai beberapa kebaikan seperti asam jawa membantu luka sembuh dan elakkan masalah gila meroyan dan pening kepala semasa dalam pantang selain daripada membantu proses menurunkan berat badan secara sihat dan menyegarkan badan lepas bersalin.
Bila sebut tentang gigi, klinik pergigian, doktor gigi bukan sahaja kanak-kanak yang terasa takut malah orang dewasa turut terasa ngilu dan sakit. Walaubagaimanapun, Rawatan pergigian sangat diperlukan untuk memastikan gigi sentiasa bersih, gusi sentiasa sihat.
Gambar Hiasan
Disini, peranan ibu bapa sangat penting untuk memastikan anak-anak mendapat rawatan pergigian dengan betul. Doktor pergigian berkongsi cara untuk memujuk anak-anak yang takut ataupun trauma untuk ke klinik gigi.
Tip untuk memujuk anak ke klinik gigi;
“Doktor, cuba doktor bagitau kat saya, macam mana saya nak pujuk anak saya pegi klinik gigi. Dia fobia sangat masa kat sekolah kena tampal”
Memang bukan senang nak pujuk anak-anak kecil pegi klinik gigi kalau dia dah ada pengalaman ngeri masa kecil
Kalau benda dah lepas memang tak patah balik, memang tak boleh nak padam bad memori anak-anak yang memang baru kenal dunia
Sooo, apa nak buat kat anak-anak yang dah terfobia dan tertrauma dengan pengalaman yang ngeri di klinik gigi?
1. Sebagai mak bapa kita kena tanya diri kita sendiri apa yang buat kita takut nak
masuk klinik gigi. Sebab anak-anak adalah bayang-bayang mak bapa
– Kalau mak abah sendiri takut macam mana nak motivate anak untuk tak takut pegi klinik
– Mak abah kena tunjuk yang mak abah sendiri suka pegi klinik gigi
2. Mak abah kena set appointment untuk diri sendiri dulu. Buat appointment call
depan anak, biar anak dengar mak abah dia nak check gigi
– Jangan sebut pun pasal nak cek gigi anak-anak, just bagitahu, “mama nak pegi klinik gigi, nak cek gigi dah lama mama tak cek”
3. Seminggu sebelum pegi klinik gigi ajak anak-anak tengok you tube atau video
pasal gigi. Cari youtube yang mesra kanak-kanak
– Just bagi anak-anak tengok & jangan sebut pun pasal nak bawa anak cek gigi sekali
– Buat role model kat rumah, mak abah jadi patient anak-anak jadi doktor gigi
– Ingat jangan sebut pun nak bawa anak pegi klinik gigi untuk cek gigi
4. Sehari sebelum ke klinik gigi, tunjuk rasa EXCITED nak pegi klinik gigi. Just
bagitau, “Adik tau tak, ayah suka jumpa doktor gigi, sebab nak kasi gigi ayah
sihat, kuat bersih supaya nampak ensem”
– Ingat jangan sebut pun perkataan “jom pegi sekali,pastu cek gigi sekali ok”
– Biarkan anak sendiri yang rasa nak buat dental check secara suka rela masa di klinik
5. Di klinik, bawa anak masuk klinik dan bilik rawatan. Bagitau doktor siap-siap
nak buat check up sahaja untuk expose anak pada klinik gigi
– Biar anak tengok mak ayah yang EXTRA EXCITED atas dental chair
– Tanya soalan pada doktor gigi macam mana nak bersihkan gigi cara yang betul, biar anak dengar
6. Tunggu reaksi anak selepas pemeriksaan gigi sama ada anak nak cek gigi atau
refuse
-Katakan anak nampak takut dan banyak diam, better biarkan anak jangan paksa,next time
– Kalau anak nampak teruja dan nampak positif, boleh tanya perlahan-lahan sama ada anak nak buat check up macam ayah
– Jangan sebut perkataan, “ala tak sakit,tadi ayah okey je”
Penjualan ubat sapu tanpa melabelkan isi kandungan dan cara penggunaannya, dikhuatiri mengundang pelbagai risiko jika ia mengandungi racun berjadual.
Penghidap sakit kulit seperti ekzema boleh terdedah dengan kesan sampingan seperti kulit menipis, katarak, glaukoma mata dan lain-lain lagi jika ia mengandungi kandungan steroid yang tinggi.
UBAT SAPU TANPA LABEL UMPAMA MERACUN DIRI!
Pakar Dermatologi dari Persatuan Dermatologi Malaysia, Dr Kartini Farah Rahim, ketika mendedahkan perkara itu berkata, ramai pesakit ekzema yang datang ke kliniknya mendapat simptom kesan sampingan yang sama akibat penggunaan ubat tanpa label.
Katanya, kebanyakan klinik swasta mahu merahsiakan kandungan ubat yang diberi khususnya kepada pesakit yang mengalami masalah kronik.
“Perkara ini tidak boleh diterima kerana pesakit berhak mengetahui bahan yang digunakan dan jika ada racun berjadual, mereka boleh mengambil langkah berhati-hati.
“Trend ini makin menjadi-jadi mungkin kerana persaingan hebat, menyebabkan kebanyakan klinik swasta mencampurkan steroid bagi menghasilkan tindak balas cepat seperti mengurangkan ruam kulit tanpa mengambil kira kesan sampingan yang
lain,”
Dr Kartini berkata, kebanyakan klinik mahu pesakit mengambil ubat dari klinik mereka sahaja dan tidak membelinya di farmasi luar.
“Mereka juga bimbang pesakit tidak mahu membeli ubat berkenaan sekiranya dimaklumkan ada racun berjadual.
“Biasanya pihak berkenaan mencampurkan steroid berpotensi tinggi, antibiotik, antifungal ke dalam ubat sapu krim pelembap yang biasa,” katanya.
Doktor minta rahsia nama ubat Sementara itu, seorang ibu kepada bayi yang menghidap ekzema bimbang kesan mengantuk apabila diberi ubat yang hanya dilabel gatal tanpa mengetahui nama dan kandungan sebenar ubat berkenaan.
Norashikin Azeman, 27, berkata ubat itu diberikan oleh doktor pakar di sebuah klinik swasta di Klang.
“Doktor itu memberi ubat sapu Steroid H-cort, cecair pembersih dan ubat makan yang dilabel gatal.
“Saya dimaklumkan oleh pakar kesihatan lain, bayinya yang berusia empat bulan ketika itu tidak sesuai diberi ubat makan sedemikian.
“Bayi saya tiba-tiba mengantuk dan sejak itu saya menghentikan penggunaan ubat itu kerana bimbang kesan lebih serius,” katanya
Seorang lagi ibu kepada penghidap ekzema, Suhazlin Shahrul Anuar, 30, tampil menceritakan pengalamannya dua tahun lalu apabila doktor sebuah klinik swasta di Johor mengarahkan kakitangannya supaya tidak mendedahkan nama ubat yang diberikan kepada pesakit.
“Doktor berkenaan melarang saya membeli ubat untuk anak saya di luar dan jika ada kesan sampingan akibat penggunaan ubat tanpa label yang diberinya, saya perlu datang semula ke klinik untuk rawatan kali kedua.
“Bagaimanapun, saya perlu tahu nama ubat dan dos yang diberi, terutama jika mengandungi steroid kerana penggunaannya berbeza daripada ubat tanpa steroid,” katanya.
Katanya, keadaan amat terdesak kerana klinik lain tutup menyebabkan dia terpaksa menggunakan ubat tanpa label itu untuk anaknya yang ketika itu berusia empat bulan.
Buat aduan
Dia bagaimanapun hanya menggunakan ubat tanpa label itu dalam kuantiti sedikit selama dua hari kerana bimbang kesan sampingan sebelum mendapat bekalan ubat di klinik lain.
Suhazlin menjelaskan bahawa penghidap ekzema sangat sensitif kepada steroid kerana penggunaan yang salah akan menyebabkan kesan sampingan yang teruk.
“Antara kesan sampingan penggunaan steroid adalah pesakit akan imun dengan ubat sehingga tidak memberi kesan pada masa akan datang, menyebabkan penggunaan seterusnya memerlukan dos lebih tinggi
“Ia turut menipiskan kulit, terutama dalam kalangan bayi dan mudah terkoyak ketika digaru, kerapuhan tulang dan kerosakan buah pinggang,” katanya
Kejadian itu sudah diambil tindakan oleh Kementerian Kesihatan selepas dia mengemukakan aduan.
Sumber: BH
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.