
Penyanyi rap, Ben Ladin selamat menimang cahaya mata sulungnya.
Ben Ladin atau nama sebenarnya Muhammad Benladen Munshi Shaihan, 24, berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram miliknya yang memaparkan gambar isteri bersama bayinya yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan Anna Shida.
Assalammualaikum, pewarisku tercinta , Alhamdulillah isteri saya Anna Syida telah selamat melahirkan bayi kami.
Terima kasih kepada anda yang telah banyak mendoakan.
Menerusi hantaran yang sama, penyanyi berusia 24 tahun turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat isterinya kerana telah melahirkan zuriat mereka.
Terima kasih kepada isteri tercinta kerana telah melahirkan hadiah yang paling bermakna ini.
Saya hargai segala pengorbanan awak selama ini.
Ia satu perjalanan yang panjang buat kita berdua dan semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kita.
Daddy dan mummy sekarang dah ada ‘Baby J’, semoga anak soleh ini sentiasa dalam lindungan Allah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah terhadap Ben dan isteri dan mendoakan agar zuriat mereka itu dapat membesar dengan sihat.
Sekadar info, Ben dan Anna telah mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.
Pada Mac lalu, Ben mengumumkan berita gembira mengenai kehamilan isterinya melalui hantaran di IG.
Sumber: IG Ben Ladin