Penyanyi rap, Ben Ladin selamat menimang cahaya mata sulungnya.
Ben Ladin atau nama sebenarnya Muhammad Benladen Munshi Shaihan, 24, berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram miliknya yang memaparkan gambar isteri bersama bayinya yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan Anna Shida.
Assalammualaikum, pewarisku tercinta , Alhamdulillah isteri saya Anna Syida telah selamat melahirkan bayi kami.
Terima kasih kepada anda yang telah banyak mendoakan.
Menerusi hantaran yang sama, penyanyi berusia 24 tahun turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat isterinya kerana telah melahirkan zuriat mereka.
Terima kasih kepada isteri tercinta kerana telah melahirkan hadiah yang paling bermakna ini.
Saya hargai segala pengorbanan awak selama ini.
Ia satu perjalanan yang panjang buat kita berdua dan semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kita.
Daddy dan mummy sekarang dah ada ‘Baby J’, semoga anak soleh ini sentiasa dalam lindungan Allah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah terhadap Ben dan isteri dan mendoakan agar zuriat mereka itu dapat membesar dengan sihat.
Ads
Sekadar info, Ben dan Anna telah mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.
Pada Mac lalu, Ben mengumumkan berita gembira mengenai kehamilan isterinya melalui hantaran di IG.
Baru-baru ini pelakon Saharul Ridzwan berkongsi dengan peminat di laman Instagramnya mengenai kelahiran bayi baharu mereka. Kini keluarga kecil mereka lengkap dengan sepasang cahaya mata yang comel-comel.
Isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir pula ada berkongsi tentang kehamilan anak kedua mereka di instagram miliknya. Selain itu, dia juga turut berkongsi momen indah saat dimaklumkan tentang jantina anak yang dilahirkan.
Mesra dengan panggilan Deena Emir, menurutnya kehamilan kali ini agak berbeza sehingga menyebabkan emosinya juga kurang stabil.
Deena memuat naik video momen yang mana pertama kali anaknya Ali bertemu adik yang baru dilahirkan. Walaupun kelihatan Ali tersenyum malu namun pastinya si kecil ini juga teruja seperti mummy dan babanya dengan kehadiran bayi tersebut.
Antara doa yang paling saya & suami harap dimakbulkan sepanjang Ramadhan haritu adalah hadirnya zuriat perempuan sebagai pelengkap hidup. Paling diminta, dan bila dahdapat rasa dia macam… Ya Allah Maha Baiknya Kamu, kabulkan hajat hambaMu yang hina ni pada waktu yang sangat diminta.
Ramai tak tahu yang sebenarnya from the early stage of pregnancy sampai la dalam labour room, kami suami isteri langsung tak tahu apa gender baby kali ni. Memang dari awal scan dah informed awal awal dekat doctor jangan mention apa jantina baby saja nak rasa surprise (walaupun dalam hati memang nak sangat baby girl). Pregnancy kali ni memang totally different dengan Ali dulu. Deena 2,3x admitted dalam hospital, demam panas almost 40c, alahan teruk ya amat, tak boleh bau masak masak ni, muntah sampai lembik nangis2 tak larat, emosi tak stabil (kesian Ali awal awal dulu selalu mummy marah marah dia im sorry baby) lepas tu suka makan manis2 sampai dapat GDM. Nasib baik just control my diet, tak perlu insulin. So baby kali ni agak besar sikit compared to abangnya.
Dalam satu lagi posting yang dibuat oleh Deena, menyambung perkongsiannya tentang kehamilan kali ini. Menurutnya saat diberitahu dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan, dia kata yang dapat digambarkan tentang perasaannya ketika itu. Betapa gembira dengan kurniaan Ilahi buat mereka sekeluarga.
Ternyata bukan Deena sahaja yang teruja, malah suaminya Saharul Ridzwan turut gembira sehingga melakukan sujud syukur dengan berita tersebut.
Tambahnya hilang segala kesakitan penat bersalin kerana kegembiraan tersebut. Deena juga turut mendoakan semoga anak-anaknya membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.
Continue… .
10th June Deena ada final check up. Ambil CTG, doctor found out that contraction Deena agak strong & bukaan 1.5cm. Terus admitted. 11th June next day, suddenly contraction slow down, but baby still healthy jantung okay. Bukaan pulak maintain je 1.5cm. Actually due asal is 16th June 2020. So doctor kata its okay la boleh balik dulu, datang balik a day before due nanti. Esoknya pula ada bleeding sikit, tapi tak sakit. Tanya doctor, she said iftak sakit then tak apa, air ketuban pun tak pecah lagi. Banyakkan exercise, berjalan pusing taman. Kita pun pusing la taman 2 rounds, makan durian, minum air kelapa, makan nenas sikit Sekali on the next day morning 13th June, pecah air ketuban kat rumah pukul 9 pagi! Panic sangat eventhough penah lalui experience yang sama. Sampai hospital pukul 10 pagi, masuk labour room. Bukaan masih 1.5cm. Contraction rasa tapi on & off. But CTG shown that graph for baby tak cantik baby tak respond dengan baik bila contraction datang. By 12.50noon terpaksa induced. Pukul 3pm, contraction dah maximum. Bukaan dah 5cm. Tapi kepala baby tak nak turun ke pintu rahim. Doctor risau takut tali pusat terbelit dekat leher atau kaki baby. Pukul 4pm terpaksa emergency czer, for the first time Deena ambil epidural. Kena inject dekat belakang badan time contraction tengah paling maximum, Allahuakbar sakitnya 4.21pm lahirlah puteri mummy, weight 3.3kg, length 51cm. Dan takde terbelit apa pun, everything just fine. Alhamdulillah. .
The moment nurse bagitahu “baby girl”. Allahuakbar! Berderai laju air mata. One of the greatest feelings ever. Macam mimpi. Dalam operation room @saharulridzwan tak boleh masuk. Tunggu dekat luar je. Dalam hati Deena masa dah tahu gender baby, takde fikir apa dah. For sure baba dia insan paling happy sekali & tak sabar nak tengok reaction @saharulridzwan. Rupanya Baba dia terus sujud syukur Happynya rasa hilang semua sakit penat tadi. Tak apa la mummy sakit macam mana pun, asalkan anak mummy selamat & sihat. Moga jadi hambaNya yang soleh & solehah anak anak mummy. Aamiin ya Rabb️
Ibu-ibu semua pasti faham, selepas bersalin badan kita memang akan alami banyak perubahan. Perut menggeleber, berat susah turun, ‘mommy pouch’ melekat tak mahu hilang! Tapi jangan putus asa ya, sebab usaha pasti membuahkan hasil, macam yang dilalui oleh isteri kepada pelakon popular Nazrief Nazri ini.
Aizatul Aqma, isteri kesayangan Nazrief, berjaya turunkan 35 kilogram dan kembalikan bentuk badan asalnya selepas melahirkan anak sulung mereka, Noah. Apa yang lebih membanggakan, semuanya dilakukan tanpa sebarang jalan pintas atau produk pelik-pelik.
Menerusi satu perkongsian di TikTok dengan nama angellajoliey, Aizatul tampil berkongsi foto perubahan dirinya selepas bersalin. Kalau tengok, memang ramai kagum sebab Aizatul sekarang dah ramping dan langsing, macam model!
Namun, semua itu bukan berlaku dalam sekelip mata. Menurut Aizatul, dia mengambil masa hampir tiga tahun untuk tegangkan kembali kulit yang kendur dan mengurangkan ‘mommy pouch’ yang sering jadi cabaran utama ibu-ibu lepas bersalin.
“Saya percaya perubahan sebenar memerlukan masa. Saya bangga dengan setiap langkah yang saya ambil,” jelas Aizatul penuh yakin.
Stop chasing shortcuts for results that are meant to last a lifetime. I believe real changes takes time and i’m proud of every step🥹 I lost 35kg in 2 and a half years, took 3 years to tighten up saggy skin and the mommy pouch? Still here 😂
Ramai ibu-ibu yang tanya apa rahsia Aizatul, nak juga kembali sihat dan cantik macam dulu. Jawapannya mudah — konsisten dan sabar.
Tak perlu bergantung pada produk kurus atau diet ekstrem yang boleh memudaratkan diri. Aizatul buktikan, dengan pemakanan sihat, rutin senaman yang konsisten dan paling penting, tidak putus asa, semua ibu boleh capai impian bentuk badan idaman.
Kalau tengok ruangan komen di TikTok, memang penuh dengan pujian dan ucapan tahniah. Ramai netizen terkejut dengan perubahan Aizatul, siap ada yang kata dia dah macam model catwalk!
Selain itu, ramai golongan ibu turut minta petua dan motivasi untuk terus kuat dalam perjalanan menguruskan badan selepas bersalin.
Pa&Ma yakin, kisah Aizatul ini boleh jadi sumber inspirasi buat semua ibu di luar sana. Tak perlu kejar jalan pintas, utamakan kesihatan, sayang diri sendiri dan nikmati setiap proses perubahan itu.
Sesetengah wanita selepas bersalin akan dinasihatkan oleh orang tuanya untuk makan haruan bagi mempercepatkan penyembuhan luka. Sama ada dibuat sup atau dibakar, menu ketika berpantang akan diselitkan dengan lauk haruan.
Baik bersalin secara normal atau pembedahan, orang dahulu menasihatkan ibu selepas bersalin untuk makan haruan kerana kandungan protein di dalamnya lebih tinggi berbanding ikan-ikan lain.
Ada sesetengah ibu berpantang yang menolak untuk makan haruan sering ditakutkan dengan luka terbuka atau bernanah sekiranya tidak makan ikan ini. Bagi menjawab persoalan ini, ikuti penerangan Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya.
“Batu belah batu bertangkup, telanlah aku, mamahlah aku. Aku kempunan ikan haruan !”
Memang terdapat kajian yang mengatakan kandungan protein dalam ikan haruan lebih tinggi dari ikan-ikan lain. Juga ada kajian menunjukkan ikan haruan ada kelebihan dalam membunuh kuman dan bakteria.
Sebab tu orang dulu-dulu mesti amalkan ikan haruan ini lebih lebih lagi masa berpantang, tak kisah la bersalin secara normal ataupun caesar.
Ramai pm saya tanya boleh makan ikan haruan ke idok? Kalau nakkan sumber protein yang tinggi dalam ikan haruan tu, banyak lagi makanan-makanan yang kaya dengan protein. Kalau takutkan jangkitan kuman berlaku, maka mengambil keputusan utk makan ikan haruan disebabkan kelebihannya membunuh kuman – korang tk perlu risau.
Ni bukan zaman tok undan dah. Kalau dulu dulu bidan kampung pakai kain batik atas kepala, tak pakai sarung tangan pun kadang-kadang, potong tali pusat guna gunting atau pisau biasa (harap bukan pisau kita guna untuk masak).
Jangan lupa ada sebesen air panas – saya rasa ni untuk tujuan basmi kuman, tapi tak cukup. Keadaan ini menyebabkan senangnya nk dapat jangkitan kuman masa bersalin dan berpantang tu sendiri.
Zaman sekarang, SEMUA alat yg digunakan untuk bersalin sudah bebas kuman (sterilized) dan segala prosedur dijalan menggunakan aseptic technique untuk memastikan jangkitan kuman dapat diminimakan. Kalau ada tanda-tanda jangkitan kuman, doktor dah mulakan antibiotik siap-siap. Begitu prihatinnya doktor dalam membasmi kuman dan mengelakkan jangkitan terjadi.
Jangan meroyan kalau tak makan ikan haruan. Tak mati pun.”
Diharapkan dengan penjelasan dari Dr Izzat ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada para ibu tentang luka bersalin dan kaitannya dengan ikan haruan. Jika elok, tidak salah diamalkan tetapi tidak perlulah terlalu taksub dan mengharapkan itu sahaja sudah cukup untuk menyembuhkan luka. Paling penting, anda harus menitikberatkan soal kebersihan dan jagalah luka dengan baik seperti yang disarankan oleh doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...