Nuget Ayam Stick Yang Lebih Sihat. Ranggup & Penuh Isi Ayam. Gerenti Sedap!

Share

Sebut je nuget, semua anak-anak suka makan. Namun jika pengambilan terlalu kerap tak berapa elok untuk kesihatan kerana kandungan bahan perasa dan pengawetnya tinggi.

Jadi sebagai alternatif untuk memenuhi keinginan anak, ibu boleh buat sendiri nuget yang berkhasiat untuk anak tanpa tanpa MSG, pengawet, dan kurang garam.

Dah banyak resipi nuget sihat ibu boleh cuba. Tetapi resepi chicken nugget stick yang dikongsikan oleh Puan Nurul Natasya Abidin ini sangat menarik dan nampak sedap.

RESEPI NUGGET AYAM STICK UNTUK ANAK

Ini antara bahan yang diperlukan menyediakan nuget ayam. Anak yang tak makan sayur pun akan menggemarinya.

BAHAN-BAHAN
Ayam bahagian dada – blend
Daun sup – cincang halus
Carrot – cincang halus
Tepung ubi – 2 sudu
Tepung gandum – 5 sudu
Garam secukup rasa
Lada sulah

CARA-CARA

Mula-mula, rebuskan atau kukus semua bahan. Kalau nak senang melekat pada batang aiskrim / chopstick / lidi, rebus bulat dulu kemudian baru cucuk.

Seterusnya bila dah elok dibentuk, bolehlah bekukan dalam freezer. Tujuan kita bekukan ni supaya testurnya lebih cantik, tak berderai dan kurang serap minyak bila digoreng.

Bila dah agak beku dalam freezer, bolehlah goreng dengan minyak panas macam kita goreng nugget biasa.

Masa nak goreng, gaul dengan telur dan salut dengan tepung untuk bagi rangup.

Saya gunakan 5 sudu tepung gandum + 3 sudu tepung jagung.

Bila dah goreng, hasilnya memang buat anak-anak tergoda. Cuma jika ada lidi senang untuk anak nak pegang tapi perlulah hati-hati untuk elakkan tercucuk ketika anak makan.

Yang penting, rasanya lagi juicy sebab guna bahan segar dan tiada tambahan perasa lain. Kalau anak susah makan nasi pun boleh buat macam ni. Sekurang-kurangnya dapat khasiat makanan sebenar.

Selamat mencuba!

Kredit: Puan Nurul Natasya Zainal Abidin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN