Nuget Ayam Tempura Homemade Crunchy. Lebih Puas Anak-Anak Makan!

Share

Ada isi ayam lebih tak tahu nak buat apa, boleh cuba buat nuget tempura. Cara ini boleh beri sedikit kelainan pada anak-anak yang susah nak makan.

Untuk yang ada anak-anak kecil memang akan seronok lah sebab biasanya anak-anak akan suka makan nuget tempura ni. Resepi yang dikongsikan oleh Nahar Efendy Noordin ini simple dan mudah yang boleh kita ikut.

Kalau ada isi ayam bahagian isi lebih mudah nak sediakan. Tapi kalau tidak ada bahagian isi, agak susah sikit lah sebab nak buat nuget tempura ni hanya gunakan ayam bahagian isi sahaja.

Resipi Nugget Ayam Tempura Homemade

Bahan-bahan:

Isi Ayam
½ biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
2 Biji Telur
Serbuk Hilal
Serbuk Maggi Cukup rasa
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
Sedikit air
Tepung Jagung
Tepung serbaguna

Cara penyediaannya:

1. Mula-mula sekali, kisar semua bahan di atas kecuali tepung serbaguna. Kisar sampai semua bahan hancur dan sebati. Kemudian, sapurkan minyak atau marjerin dalam loyang.

2. Masukkan bahan kisar, tuang ke dalam loyang. Kukus semalam lebih kurang 30 minit atau sehingga masak sempurna.

3. Dah siap kukus, angkat dan potongkan kepada potongan yang kecil. Terpulang kepada kita nak besar mana dan saiz berbentuk apa.

4. Sementara tu, bancuh tepung serbaguna dengan, sedikit air. Jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair.

5. Celupkan isi nugget tadi ke dalam tepung dan terus goreng dalam minyak yang panas.

6. Bila dah bertukar warna keperangan, boleh angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan dengan sos cili.

Kalau buat nuget tempura ni memang berebut dengan anak-anak. Makan dengan nasi panas pun layan tau. Ada yang nak tarik minat anak-anak boleh buat bentuk love, bentuk segi tiga atau ikut kreativiti masing-masing.

Senang dan simple jugak lah nak buat nuget ayam tempura ni. Nak buat untuk berkelah atau majlis makan-makan sesuai buat sendiri nuget tempura ni. Disebabkan isi nya sudah dikukus, jadi time goreng tak perlu lama. Sekadar rangupkan bahagian luar sahaja.

Kredit: Nahar Efendy Noordin ; myresipi

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

IKLAN