Biasa ibu yang bakal bersalin, bila bab mengemas beg pakaian untuk dibawa ke hospital mereka masih lagi keliru barang apa yang penting perlu untuk ibu dan bayi. Sebolehnya semua nak bawa kan?
Bagi ibu yang sedang menghitung hari untuk melahirkan bayi, sebenarnya tak perlu pun bawa beg besar ke hospital. Hanya bawa barang penting sahaja. Nak tahu apa yang perlu ada ketika dalam wad, berikut perkongsian jururawat, Shazwani Wahab.
Ini antara contoh sahaja. Sijil nikah boleh bawa sebagai persediaan jika diminta ketika proses pendaftaran.
Aku ni misi. So aku ni suka tau perhati kalau ibu-ibu mengandung bawak barang untuk admit ward. Ada yang bawak 1 beg je. Ada tu bawak beg macam nak pergi holiday. Kalau boleh 1 rumah tu dia nak bawa.
Sini Wani ada share apa benda penting dan yang perlu bawa. Tak perlulah dah nak bawa selugagge barang. Bawa 1 beg baby dan 1 beg kecil barang mak pun dah cukup.
Baju mak pun tak payah bawa 1 almari. Bawa baju masa nak balik je. Duduk wad pakai baju hospital. Cantik apa baju hospital.
Baju baby bawa je dalam 3 pasang. Lagipun sesetengah hospital ada sediakan baju untuk baby. Tak payah bawak sampai 10 pasang.
Ads
Benda sangat penting kena bawa masa daftar buku mengandung, IC dan sijil nikah atau kad nikah. Asingkan dalam 1 fail. Masuk terus dalam kereta. Senang citer.
Start 28 minggu pregnancy boleh dah packaging barang. Bawa je pergi mana-mana. Pergi kerja ke, gi holiday ke atau balik kampung.
Ads
Wani harap apa yang Wani share ni dapat manfaat untuk semua ibu. Tak payah dah nak pening tak tau nak bawa apa.
Selamat melahirkan insan tersayang dan dipermudahkan urusan.
“Dua-dua dah merasa”. Begitu kongsi Mua Bellaz menjawab pertanyaan pengikutnya di Insta Story mengenai kelahiran anak keempatnya kali ini.
Bellaz yang melahirkan tiga orang cahaya mata terdahulunya secara normal memilih untuk bersalin melalui kaedah pembedahan pada cahaya mata keempatnya kali ini.
Akui Bellaz melalui perkongsiannya menjawab persoalan pengikutnya di Instagram, melahirkan anak secara pembedahan ternyata amat berbeza.
“Bagi kami pengalaman Bellaz sendiri syukur alhamdulilah. Czer bagi Bellaz best sangat, enjoy dalam moments bersalin tu. Hari kedua dah boleh bangun jalan-jalan.
“Hari pertama lepas habis czer after 5-6 jam, kaki dah boleh angkat naik semua dan tak rasa sakit sangat. Bagi Bellaz Allah permudahkan semua alhamdulilah. Bestlah czer ni.
“Ni pengalaman Bellaz sendiri, dua-dua dah merasa. Dua-dua ada kekurangan dan kelebihan. Insyallah jangan takut tawakal pada Allah. Fikir baik-baik Insyallah semua dipermudahkan,” tulis Bellaz berkongsi.
Ujar ibu kepada empat cahaya mata ini lagi, dia kini sudah semakin pulih dari luka pembedahan malah sentiasa mengambil ubat-ubatan yang disarankan doktor untuk cepat pulih.
“Luka dah ok alhamdulilah, dah repeat scan dalam rahim macam mana, cuci semua alhamdulilah dah semakin baik.
“Tapi kena jaga lagi pemakanan dan sebagainya. Benda berat-berat pun tak boleh angkat lagi, boleh dukung baby je hehe,” kongsinya.
Dalam pada itu kata Bellaz dia juga berpantang dengan baik sambil dijaga oleh Confinement Lady terlatih disamping mengambil ubat serta pemakanan sihat untuk cepat pulih.
“Bellaz makan semua ubat doctor bagi, lepas tu makan makanan berpantang dari CL yang menjaga bellaz.
“Doc jugak ada bagi cream sapu dekat luka czer tu, hari-hari kena letak dan makan Vitamin C jugak tau, buah orange sangat-sangat membantu,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Bellaz selamat melahirkan anak keempatnya pada tanggal 29 Julai lalu melalui kaedah pembedahan.
Menyambut kelahiran bayi kembar atas bot satu pengalaman baru buat seorang Jururawat Kesihatan Kebidanan Nur Shaffriza Mohd Shaffril. Jika sebelum ini biasa buat pemeriksaan dan lawatan kepada ibu mengandung, melibatkan komuniti masyarakat Orang Asli, pengalaman kali ini cukup bermakna baginya.
Baru-baru ini, petugas kesihatan Klinik Pos Kemar itu tidak menyangka akan menyambut kelahiran sepasang bayi kembar Orang Asli di atas bot ambulans, ketika melalui Tasik Banding untuk membawa ibu mereka ke Hospital Gerik.
Selang lima minit bayi keluar
Nur Shaffriza berkata, wanita berusia 31 tahun itu pada mulanya dikesan mengalami sakit bersalin ketika mereka membuat lawatan ke rumahnya, sebelum dibawa ke Klinik Pos Kemar untuk pemeriksaan dan menaiki bot ambulans dari jeti untuk ke hospital.
“Tiba-tiba wanita itu ingin meneran lalu saya memeriksa bahagian kelahirannya dan mendapati kepala bayi sudah kelihatan, jadi saya meminta wanita itu menarik nafas dan teran sambil saya memberi sokongan. Tidak sampai seminit, bayi pertama keluar pada pukul 11.20 pagi dan bayi kedua pula keluar kira-kira lima minit kemudian.
“Peralatan untuk bersalin memang kami sudah sediakan, jadi Alhamdulillah kami dapat kawal rasa cemas itu dengan baik sehingga berakhirnya proses bersalin,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya kelahiran pasangan bayi lelaki itu merupakan pengalaman yang amat berharga baginya, kerana ia merupakan pertama kali terjadi sepanjang 16 tahun perkhidmatannya sebagai jururawat kesihatan.
Sementara itu, pemandu Mohd Hisham Shamsuddin yang turut menyaksikan detik-detik bersejarah itu berkata, beliau membawa pasukan anggota kesihatan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan, Jururawat Masyarakat dan Penolong Perawatan Kesihatan bersama wanita itu, menaiki ambulans dari klinik ke Jeti Kemar pada 10.30 pagi.
“Kemudian saya menaiki bot bersama mereka untuk pergi ke Jeti Trojen di mana ambulans dari Hospital Gerik sudah menunggu kami, namun secara tiba-tiba wanita itu bersalin sebelum tiba di jeti yang mengambil masa perjalanan kira-kira 45 minit.
“Saya tidak pernah melalui insiden seperti ini sepanjang empat tahun saya berkhidmat di Klinik Pos Kemar dan ia sangat indah bagi saya,” katanya.
Bayi ibu stabil
Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerusi laman Facebook rasminya pada Rabu berkata hasil tindakan pantas anggota kesihatan, ibu dengan usia kandungan 35 minggu itu selamat melahirkan bayi kembar dengan berat 2.4 kilogram (kg) dan 1.3kg, dan mereka telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi menjalani rawatan susulan.
Pos Kemar merupakan kawasan perkampungan Orang Asli di Gerik dan penduduknya menggunakan bot sebagai pengangkutan utama untuk keluar dan masuk, manakala perjalanan dari penempatan itu ke Hospital Gerik mengambil masa selama kira-kira dua jam menggunakan laluan air dan darat.
Kredit: Bernama
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila anak memasuki alam prasekolah, pastinya masalah kesihatan kanak-kanak merupakan antara perkara yang mendatangkan kerisauan ibu bapa. Buat mereka yang bergelar ibu bapa, sudah tentu penting untuk memastikan anak membesar dengan sihat dan gembira.
Namun, seiring peningkatan usia dan anak semakin terdedah kepada persekitaran luar, pastinya risiko untuk mereka dijangkiti pelbagai penyakit juga meningkat.
Tetapi apakah masalah kesihatan umum yang cenderung dialami kanak-kanak terutamanya, apabila sudah memasuki alam prasekolah?
Masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah lazim dialami
Kanak-kanak prasekolah memerlukan tubuh dan sistem imun yang kuat kerana mereka terdedah kepada kanak-kanak lain, individu dewasa dan persekitaran yang mungkin tercemar.
Ini sekali gus akan meningkatkan risiko untuk mereka jatuh sakit.
Berikut adalah jenis masalah kesihatan kanak-kanak yang cenderung berlaku:
Selesema
Kanak-kanak sememangnya lebih mudah dijangkiti selesema. Ia disebabkan oleh sistem daya tahan tubuh mereka yang belum berkembang sepenuhnya.
Gejala selesema seringkali disertai oleh keadaan hidung berair, batuk, sakit tekak dan keletihan.
Jangkitan telinga Seperti masalah pernafasan lain contohnya selesema, batuk dan sakit tekak, anak prasekolah juga mudah mengalami jangkitan telinga atau otitis media.
Umumnya, keadaan ini terjadi apabila telinga tengah mengalami keradangan akibat penumpukan cairan di belakang gegendang telinga.
Ia cenderung berlaku selepas sakit tekak, selesema atau jangkitan saluran pernafasan saluran atas.
Gastroenteritis akut
Keadaan ini berpunca daripada jangkitan usus yang menyebabkan cirit-birit. Biasanya ia disertai dengan simptom seperti sakit perut, mual dan muntah.
Anak prasekolah yang mengalami jangkitan ini boleh dirawat di rumah dengan memberinya banyak minum air.
Gastroenteritis akan menjangkiti apabila anak menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus.
Hindarinya dengan mengajar anak amalan mencuci tangan yang betul.
Konjunktivitis
Merupakan jangkitan pada ‘konjunktiva’ – selaput lutsinar yang menutupi bahagian putih mata.
Jangkitan yang berlaku menyebabkan mata tampak berwarna merah atau merah jambu.
Sebab itu, masalah kesihatan kanak-kanak ini turut dikenali sebagai pink eye.
Selalunya, keadaan ini terjadi kesan daripada reaksi alahan.
Ia mudah berjangkit, terutamanya jika anak tersentuh cecair tercemar daripada mata, hidung atau mulut.
Asma
Penyakit ini menjadikan paru-paru dan saluran udara membengkak, sekali gus menyukarkan pernafasan.
Ia boleh tercetus oleh alergen, jangkitan saluran pernafasan atas atau perubahan musim.
Gejalanya boleh berkisar daripada batuk ringan hingga sesak nafas teruk atau berdehit ketika bernafas.
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
HFMD disebabkan oleh virus coxsackie dan kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak kecil.
Jika anak prasekolah dijangkiti penyakit ini, mereka akan mengalami luka pada mulut dan ruam pada tangan serta kaki.
Masalah ini tidak berbahaya dan biasanya akan hilang dalam tempoh beberapa hari.
Beguk
Merupakan jangkitan pada kelenjar parotid, iaitu kelenjar yang terdapat di sekitar rahang – berfungsi untuk pengeluaran air liur.
Antara simptom biasa beguk adalah pipi bengkak yang berlaku disebabkan pembengkakan pada kelenjar parotid.
Beguk adalah penyakit mudah berjangkit yang disebarkan melalui bersin atau batuk.
Selain bengkak, anak juga mungkin akan mengalami demam sebagai antara gejalanya.
Walaupun masalah kesihatan kanak-kanak ini cenderung terjadi, namun ia tidak mengakibatkan simptom yang teruk.
Campak
Antara penyakit berjangkit yang senang merebak. Ciri-cirinya, tubuh anak akan ditumbuhi ruam berbintik yang kelihatan di bawah kulit.
Jangkitan akan bermula pada wajah sebelum merebak ke seluruh bahagian tubuh.
Masalah kesihatan ini berisiko membawa maut tetapi dapat dielakkan dengan pengambilan vaksinasi.
Rujuk pakar pediatrik anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vaksin kanak-kanak.
Coretan meruntun jiwa suami Cikgu Jamaliah yang meninggal dunia dalam kemalangan, serta janji untuk menjaga tiga anak lelaki mereka menyentuh hati ramai.