Untuk menyambut ulang tahun ke-52 tahun Getha dalam mengeluarkan produk tidur bertaraf dunia yang menggunakan lateks Malaysia berkualiti tinggi, jenama ini melancarkan produk terbaharu genie by Getha. Produk ini memfokuskan untuk si manja mendapat tidur berkualiti dan selesa. Butik kelengkapan tidur jenama ini telah dibuka secara rasmi pada 19 November 2021 di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
Pada tahun-tahun awal pertumbuhan si manja, mereka memerlukan tidur yang lena dan berkualiti. Sekiranya anda merupakan mama papa baharu atau sedang mencari hadiah buat insan istimewa, singgahlah ke butik genie yang menawarkan rangkaian kelengkapan tidur!
Ada pelbagai produk kelengkapan tidur yang mempunyai tiga kategori; produk kelengkapan tidur, aksesori tidur dan barang mandian. Tilam untuk bayi, cot bayi, bantal, cadar, bedung selimut, losen, krim lampin dan banyak lagi. Sebut saja nak apa, semua ada!
Ads
Baby Dino, ikon Getha & butik mesra si manja
Kalau ada nampak dinosaur hijau yang sedap dibuat peluk di butik Getha, ia adalah Baby Dino! Dinosaur comel dengan telur yang retak dan daun di kepalanya ini menjadi lambang penggunaan lateks semula jadi untuk koleksi kelengkapan tidur keluaran jenama ini. Selain itu, butik ini juga sangat cantik dengan dekorasi mesra si manja. Ia dihiasi dengan tema awan, bulan dan bintang. Menarik!
Ads
Hanya yang berkualiti di Getha!
Jenama Getha menjanjikan hanya yang terbaik untuk setiap produk keluarannya. Si manja memerlukan perhatian dan penjagaan ekstra yang menjadi inspirasi kepada Getha untuk mengeluarkan produk kelengkapan tidur berkualiti:
Ads
*Premium – Menggunakan sutera asli yang dituai dari kepompong berkualiti dari China dan Jepun. Kelembutan serta sentuhan mewah fabrik ini pada kulit bayi membuatkan ia sangat menenangkan serta sesuai untuk kulit sensitif atau alergi.
*Natural – Penggunaan 100% lateks semula jadi yang menggunakan proses produksi Dunlop yang jimat tenaga untuk penghasilan material ini. Sudah pasti boleh rasa perbezaan lateks bermutu tinggi ini berbanding jenis lateks yang mempunyai sintetik yang menyakitkan mahupun lateks campuran.
*Day & Night Concept – Bayi yang tak cukup tidur akan meragam dan merengek selalu. Tambahan pula, bayi lebih banyak tidur dari berjaga. Konsep genie adalah ia direka untuk menggalakkan tidur yang berkualiti untuk si manja.
Wow, bila dah tahu rahsia ni bolehlah si manja tidur nyenyak! Bila cukup tidur, pertumbuhannya lebih baik dan pastinya dia tidak akan meragam lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
KPJ Damansara Specialist Hospital 2 telah berjaya mengadakan Antenatal Class baru-baru ini di Damansara, Kuala Lumpur.
Kelas ini diadakan untuk membantu ibu bapa muda membuat persiapan untuk menghadapi saat kelahiran, ketika di bilik bersalin dan ilmu tentang keibubapaan.
Ahli professional daripada pelbagai latar belakang seperti pakar Obstetric, General Paediatrics yang memberikan tunjuk ajar mengikut kemahiran untuk persedian awal keibubapaan.
Barisan doktor yang terlibat antaranya, Dr Noor Fidak Samsudin (Obstetrics & Gynaecology), Dr Soh Lay Sian (General Paediatrics), Dr Fadhli Suhaimi Abdul Sukur (Anaesthesiology & Critical Care), Professor Dr Sofiah Sulaiman (Guest Obstetrics & Gynaecology and Feto Maternal Medicine).
Selain itu, bakal ibu bapa ini juga turut diberi peluang untuk mencuba senaman Antenatal yang bimbing oleh fisioterapi terlatih. Mereka turut di bawa melawat sekitar hospital bagi merasai sendiri pengalaman berada di bilik-bilik bersalin.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Disaat kita menyediakan segala keperluan dan kehendak anak-anak kita, ada anak-anak lain yang dahagakan perhatian dan kasih sayang tanpa kita ketahui nasib mereka.
Anak-anak yatim yang kini menghuni Rumah Asnaf dan juga di rumah anak yatim antara yang amat memerlukan perhatian dan bantuan dari kita. Lebih-lebih lagi ketika pandemik melanda dunia ketika ini.
Menyedari akan kekurangan ini, pelakon Anzalna Nasir tampil berkongsi rezeki bersama anak-anak di penghuni Rumah Asnaf dan Anak Yatim Nur Qasih baru-baru ini.
Kata Anzalna, dia berasa cukup teruja apabila berpeluang untuk menyumbang barangan seperti pakaian baru dan juga permainan buat anak-anak yatim di pusat kebajikan tersebut.
Menerusi Instagramnya, Anzalna turut memuat naik video ketika menziarah anak-anak yatim di pusat itu.
” Berkongsi rezeki.
” Kami beli di atas permintaan mereka. Hopefully they are happy.
” Thanks @nadia for doing this with me,” kongsinya.
Seronok melihat anak-anak gembira menerima baju dan mainan yang diminta mereka. Tidak hanya membeli bahkan Anzalna sendiri turun padang untuk memberi bantuan ini tanda keprihatinannya pada anak-anak yang memerlukan ini.
Usaha murni ibu kepada Mohamad Eidrees ini sememangnya patut dipuji malah diteladani oleh individu berkemampuan lain.
Dalam pada itu, perkongsian video Anzalna itu menerima lebih 214 000 tanda suka daripada seluruh pengikutnya.
Rata-rata memuji tindakan Anzalna itu dan turut berkongsi kesedihan melihat wajah-wajah gembira ketika kanak-kanak ini menerima hadiah mereka.
Terdahulu, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki pada 21 Februari 2016. Mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang dilahirkan pada 31 Mei 2019.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @anzalnanasir88
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika membeli-belah, pernahkah ibu bapa terfikir untuk melibatkan anak-anak sewaktu membuat pilihan barangan dan sebagainya? Seharusnya setiap ibu dan bapa melatih anak-anak berbelanja ketika kecil supaya mereka lebih peka untuk membeli secara bijak. Anda boleh mula mengajar mereka dengan perkara asas seperti membeli barangan runcit.
Untuk memastikan proses pembelajaran berjaya, dedahkan mereka dengan beberapa check list yang harus diikuti sewaktu membeli-belah. Paling penting, perhatikan tarikh luput produk untuk mendidik mereka memilih produk yang berkualiti dan masih boleh digunakan, ajarkan anak-anak untuk membuat perbandingan harga serta sediakan senarai barangan yang mahu dibeli. Selain itu, pastikan juga sebelum keluar berbelanja, ingatkan anak-anak untuk mendapatkan barangan yang diperlukan sahaja dan makan terlebih dahulu. Bukan apa, khuatir mereka tiada tenaga untuk mencari barang pula nanti!
Sebagai inisiatif untuk menyokong proses pembelajaran berbelanja secara bijak dalam kalangan kanak-kanak, pasar raya terkenal Tesco telah melancarkan sebuah program tanggungjawab sosial korporat bersama Yayasan PINTAR yang dikenali sebagai ‘Junior Smart Shoppers’.
PINTAR adalah sebuah organisasi bukan kerajaan di Malaysia yang bertujuan untuk membina pembangunan kemanusiaan sejak usia kecil. Usaha ini dilakukan menerusi program sekolah angkat PINTAR dengan kolaborasi pihak swasta.
Program Junior Smart Shoppers bertujuan untuk mendidik pelajar sekolah rendah dari barisan sekolah angkat TESCO-PINTAR untuk menjadi pengguna bijak dengan memperkenalkan mereka tabiat berbelanja yang baik.
Melalui program Junior Smart Shoppers, para pelajar dari sekolah angkat TESCO dibawa untuk menyertai lawatan ke pasaraya Tesco sambil belajar tentang kepentingan membuat perbandingan harga serta meneliti kualiti produk yang mahu dibeli.
Mereka juga akan diajar untuk memilih barangan keperluan dari kehendak, terutamanya ketika membeli makanan. Ilmu ini penting buat kanak-kanak kerana mereka cenderung memilih makanan ringan yang lebih murah tetapi tidak memberi kebaikan kepada mereka berbanding membeli makanan sihat.
Program Junior Smart Shoppers ini ditubuhkan sejak 15 November 2018 yang melibatkan 500 orang pelajar dari 11 buah sekolah. Kini jumlahnya sudah mencecah sehingga ribuan pelajar.
Tesco mula berkoloborasi dengan PINTAR untuk program sekolah angkat sejak 2016 dengan jumlah 59 buah sekolah. Sepanjang tahun ini sehingga bulan Ogos 2019, terdapat 63 buah sekolah angkat yang ditaja oleh TESCO di mana 57,000 orang pelajar telah menerima kelebihan dari Tesco.
Kriteria untuk sebuah sekolah angkat adalah purata lulus peperiksaan UPSR/PMR dan SPM di bawah 65 peratus, terletak di kawasan pedalaman dan pendapatan keluarga di bawah RM1,500 setiap bulan. Setiap sekolah angkat akan dikenal pasti oleh PINTAR.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.