MBO Cinemas dan Me Books Asia telah melancar buku cerita bertemakan Adiwira yang bertajuk “Unleash The Superhero In You”. Buku ini mengisarkan tentang watak Alison dan bagaimana sesuatu perkara itu tidak mencerminkan keadaan yang sebenar. Sepanjang kehidupannya, dia cuba melakukan perubahan besar dengan membantu orang di sekelilingnya.

Sebagaimana yang kadang-kadang terjadi dalam kalangan ahli keluarga dan teman-teman, ianya lebih mudah untuk melihat dan mengkritik sahaja, tidak membabitkan diri dan tidak peduli terhadap nasib orang lain. Tidak sekadar mengharapkan sesuatu keajaiban, kita perlu membenarkan orang seperti Alison untuk menjadi sumber inspirasi bagi menyerlahkan adiwira di dalam diri kita demi membina dunia yang lebih baik. Kisah ini ditulis dengan niat untuk memberi inspirasi dan memupuk nilai murni dalam kalangan kanak-kanak.

Kerjasama yang pertama seumpamanya ini membawakan penceritaan istimewa untuk kanak-kanak. Kolaborasi antara MBO Cinemas dan Me Books Asia untuk menerbitkan siri buku cerita tersebut turut berupaya mengeratkan lagi hubungan keluarga dan menggalakkan masa berkualiti antara ibu bapa dan anak-anak mereka.

MBO Cinemas dan Me Books Asia berganding tenaga bagi menyampaikan mesej bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan, kehandalannya yang tersendiri dan mereka juga memiliki sifat-sifat seorang adiwira.  Pada masa sama, ia turut memberi penekanan terhadap keajaiban sesuatu penceritaan yang tidak hanya terhad kepada lembaran buku melalui penyediaan kemudahan mesra kanak-kanak di Kecil Halls MBO Cinemas.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran MBO Cinemas, Jamie Tiong berkata, “Menjadi pawagam pertama di Malaysia yang mempunyai panggung khas mesra kanak-kanak yang dilengkapi dengan kawasan permainan dan tempat duduk berbaring untuk keluarga yang selesa, sememangnya amat bermakna bagi kami. Kami menyasarkan untuk terus menginovasikan perkhidmatan kami dan peluang kerjasama dengan Me Books Asia ini membolehkan kami melangkaui konsep pawagam konvensional. Kecil Halls telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan saya gembira untuk membawakan pengalaman unik ini kepada lebih ramai keluarga di seluruh negara.”

“Bersama-sama dengan MBO Cinemas, kami berusaha untuk menggalakkan keluarga di Malaysia agar memupuk nilai kekeluargaan yang murni. Buku cerita ini dikarang khusus untuk kanak-kanak dan dilengkapi dengan audio dalam aplikasi Me Books Plus. Ia disampaikan oleh artis suara latar profesional dengan memberi penekanan terhadap sebutan dan intonasi terbaik bagi merangsang daya imaginasi dan pertuturan kanak-kanak. Menerusi kerjasama ini, kami berharap untuk memberikan buku ini secara percuma kepada semua ahli MBO STARCLUB pada masa akan datang. Kami gembira kerana dapat berganding bahu dengan MBO Cinemas dalam usaha memupuk generasi pencerita akan datang.” – Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Me Books Asia, Hao Jin.

Buku cerita ini akan dijual dengan harga RM50 senaskah semasa Kempen Derma Darah tahunan MBO Cinemas pada 24 dan 25 Ogos di Starling Mall. Untuk menjadikan pengalaman penceritaan lebih menarik, buku audio interaktif juga boleh didapati dalam aplikasi Me Books Plus.

Hasil daripada jualan buku cerita pertama berjudul, “Unleash The Superhero In You” akan disumbangkan kepada Yayasan Pendidikan Little Yellow Flower yang akan memberikan manfaat kepada kanak-kanak kurang bernasib baik yang tidak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

Kerjasama ini juga akan menyumbangkan lebih 1,000 naskah buku cerita berkenaan kepada perpustakaan di lima buah negeri sempena kempen #MalaysiaMembaca yang dilancarkan oleh kerajaan menerusi rancangan Dekad Membaca Kebangsaan. Perpustakaan yang terlibat ialah Perpustakaan Negara Malaysia serta empat lagi perpustakaan di Selangor, Perak, Johor dan Sarawak.

Buku cerita berkenaan boleh didapati di lokasi-lokasi seperti MBO Cinemas Starling Mall pada 24 dan 25 Ogos 2019 & Me Books Nooks berlokasi di Sunway Citrine Hub Johor, CzipLee Bangsar Kuala Lumpur, CzipLee Mid Valley SouthKey Johor. Bagi anda yang gemar membeli secara atas talian anda boleh layari Me Books Store: https://www.store.mebooks.asia/ dan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku cerita tersebut, sila kunjungi: https://www.mebooks.asia/ .