Biar pun nampak masih kecil, sebenarnya anak kecil kita sememangnya bijak malah sudah boleh membezakan antara yang baik dan buruk jika betul cara didikannnya.
Anak kepada selebriti media sosial, Farah Lee mempamerkan kebijakannya apabila sentiasa menjadi penasihat kepada ibunya dalam segala hal.
Melalui satu entri di instagram Farah semalam, Maream rupanya menjadi orang terdekat yang sering mengingatkan ibunya agar menjaga auratnya. Walaupun masih kecil namun Maream sentiasa mengingatkan ibunya.
Hal ini dikongsikan Farah selepas sentiasa dikecam oleh netizen gara-gara anak kecilnya itu masih tidak mengenakan tudung biarpun usianya kini sudah enam tahun.
Seronok mendengar cerita dari Farah, betapa bijaknya Maream.
“Maream, budak enam tahun yang masih belum bertudung itu, pantang melihat aku jengah sekejap ke balkoni tanpa tudung pasti dijeritnya, “Ommaaaa.. tudunggg”.
“Kadang aku pakai tudung berbaju lengan pendek (sebelum kenakan cardigan), datanglah budak ini sambil “Omma, I still can see your aurat (sambil tujukan pada lengan aku)”.
“Bila aku sekadar pakai tudung sarung tanpa anak tudung, pasti matanya fokus kepada anak rambut aku, “Omma, I can see your hair, I think you need your inner”.
“Jika aku keluar tanpa bertudung di hadapan lelaki mahram, dia akan terkejut lalu datang dan berbisik “Omma, kenapa tak pakai tudung.? Boleh ke kita tak pakai tudung depan uncle kita.?”
Ads
“Waktu kawan perempuan datang ke rumah, “Why aren’t you wearing your socks.?”
“Begitulah, my ‘aurat’-guard, ” kongsi Farah mengenai anak tunggalnya itu.
Bukan semua anak-anak kita yang sentiasa berpesan dan mengingatkan kita akan hal ini. Namun Maream menjadi penasihat tegarnya.
Kenakan Tudung Anak Bila Sampai Waktunya
Mengulas mengenai isu mengenakan tudung pada anak, bagi Farah dia punya cara tersendiri dalam mendidik anaknya dan isu mengenakan tudung pada anak sekecil itu biarlah ketika sampai waktunya, bukan dipaksa-paksa.
“Mendidik anak ke arah lebih baik adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Mengenakan tudung pada anak sememangnya perlu dididik pada anak kita kerana itulah sebaiknya namun begitu biarlah sampai masanya,” tulis Farah lagi.
Ads
Bagi Farah Lee, dia punya pendekatan sendiri dalam hal ini.
“Banyak kali aku dikecam, katanya anak umur Maream patut dah diajar untuk pakai tudung. Perlu didik dari kecil kata mereka, “kalau anak taknak, kena paksa”.
“Aku pula, pegang pada prinsip sedikit beda. Mengajar islam pada kanak-kanak ada turutannya, ikut Baginda;
1. Emosi 2. Kepercayaan 3. Akidah 4. Ibadah
” Cuma ramai kita, melompat terus ke empat; mengajar syariat tanpa anak itu faham asasnya, tanpa mengerti apa maksudnya, masih bingung kenapa dibuatnya.
” Buat kerana tidak faham, buat kerana paksaan, buat kerana ikutan — ia dibuat tapi biasanya tidak kekal. Mujahadah.? Haha. Konsep itu untuk kita, terlalu awal sama sekali untuk mereka,” kongsinya.
Ads
Kata Farah lagi, biarpun tidak mengenakan tudung namun anak kecilnya itu kini sudah malu untuk mengenakan baju tanpa lengan atau seluar singkat.
“Sekarang, ya budak enam tahun ini masih tidak bertudung, tapi perlahan-lahan semakin segan mengenakan baju tanpa lengan ataupun seluar singkat – tanpa pernah disuruh apatah dipaksa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @farahlee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mulai Januari 2019, KKM akan mengisytiharkan semua restoran sebagai kawasan larangan merokok. Ini merupakan berita gembira untuk semua yang terkesan akibat asap rokok ketika menjamu selera di kedai makan terutama ibu hamil dan bayi. Selain membahayakan kesihatan orang awam, bau asap rokok juga sangat menggangu!
(Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.)
Gambar Hiasan
SUNGAI PETANI – [DIKEMASKINI] Mulai 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, setakat ini, larangan itu hanya berkuat kuasa untuk restoran makanan yang berhawa dingin, bangunan kerajaan, taman awam, lif termasuk kenderaan awam.
“Mulai tahun depan, semua restoran sama ada tidak berhawa dingin dan tidak terkecuali gerai mahupun warung makanan di tepi jalan turut akan diisytiharkan kawasan larangan merokok.
“Larangan ini akan dikuatkuasakan mengikut sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 digubal di bawah Seksyen 36 Akta Makanan 1983,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan International Conference on Lifestyle Diseases anjuran Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (Universiti AIMST) dan AIMST Medical Student Alumni Association (AMSAA), di sini, hari ini.
Hadir sama, Naib Canselor Universiti AIMST Profesor Emeritus Dr Harcharan Singh Sidhu.
Menurutnya, individu yang gagal mematuhi peraturan di zon larangan merokok boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
“Pemilik premis makanan turut berdepan tindakan penguatkuasaan yang membawa denda RM2,500 sekiranya mematuhi peraturan seperti termaktub dalam larangan merokok,” katanya.
Dr Boon Chye berkata, walaupun larangan tidak mendapat persetujuan semua pihak terutama pemilik perniagaan yang mendakwa akan menjejaskan perniagaan mereka, namun budaya merokok yang dibiarkan berleluasa akan meningkatkan kos rawatan perubatan.
“Untuk jangka masa panjang, larangan merokok akan memberi impak yang positif terutamanya menerusi larangan ini, kita dapat menghormati hak individu tidak merokok supaya ketika menikmati makanan dengan persekitaran tanpa asap rokok.
“Dengan larangan ini, pihak KKM yakin lebih ramai orang boleh memilih mana-mana restoran atau gerai mahupun warung untuk menikmati makanan dengan keadaan yang selesa,” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya tiada larangan untuk menjual rokok di premis makanan sekiranya pengusaha terbabit memiliki lesen
“Merokok dan menjual rokok adalah dua perkara yang berbeza,” katanya.
Sementara itu, Dr Boon Chye berkata, KKM masih belum mendapat keputusan muktamad mengenai punca kematian mangsa keracunan dikaitkan dengan laksa yang dipercayai dibeli di Baling.
“KKM sedang membuat siasatan mengenai punca dan apakah jenis racun yang mencemari makanan berkenaan,” katanya.
Semalam usia si comel selebriti Junior, Lara Alana iaitu anak kepada Scha Al Yahya dan Awal Ashaari genap 6 tahun.
Ibunya Scha Al Yahya berkongsi dedikasi teristimewa buat permata hatinya itu di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Scha menitipkan ucapan yan cukup istimewa buat Lara bersama rangkuman foto yang mengimbau kenangan sepanjang enam tahun usia Lara Alana.
“Happiest 6th Birthday to the girl who stole my heart. I love you today , tomorrow and always my precious daughter @laraalanaa
1. Lara di kenduri doa selamat untuk Daddy
2. Lara first time di Perth
3. Lara with Papa @asyraf.izwan first time ke One Utama
4. Lara Watch Hunger Stop with Mommy
5. Lara first cover shoot dgn @mediahiburanofficial
6. Lara surprise Mommy shoot di Istanbul
7. Lara di Tokyo untuk @yakultmalaysia
8. Lara di @johnsonsbabymy event tengah sakit perut 🤢
9. Lara di Madinah
10. Lara first birthday celebration
Scha dan Awal melangsungkan perkahwinan pada 4 Julai 2012. Pasangan selebriti ini dikurniakan seorang cahaya mata yang juga cukup popular iaitu Lara Alana pada 22 Julai 2014.
Sumber: Instagram Scha Al Yahya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Daun sup, daun bawang atau daun ketumbar ni penyedap dalam masakan. Bila buat sup atau tomyam mesti nak kena tabur sikit bagi naikkan aroma menu itu. Cuma jika nak beli sikit-sikit agak susah sebab kebanyakan kedai dah siap-siap ikat atau letak dalam plastik.
Cuma yang jadi masalahnya bila digunakan sikit, lebihan itu akan disimpan dalam peti. Tak sampai seminggu dah layu dan terpaksa buang. Macam mana cara simpan daun sup dan sayuran lain supaya tahan segar lebih lama?
Ramai yang berkongsi tip letakkan air dalam bekas dan simpan daun sup itu di bahagian sejuk beku. Tak kurang juga yang ajar untuk bungkus dalam kain atau kertas.
Tapi kali ini, caranya lagi mudah iaitu hanya letak dalam bekas kering je dan terus simpan dalam peti sejuk.
Seperti perkongsian Puan Noor Dila melalui MATJHN OFFICIAL, akhirnya masalah daun sup yang cepat rosak dapat diatasi dengan melakukan cara paling ringkas ini.
Saya nak ucap terima kasih pada yang kongsi tip simpan daun sup dalam bekas kering dan letak dalam peti ais tu.
Saya dah buat memang menjadi, daun sup ni saya beli dah dekat 2minggu dah, tapi masih elok lagi macam baru.
Saya ikut macam sis tu buat, sebelum ni saya ikut petua rendam dalam air letak dalam freezer tapi bila keluarkan dah rosak. Kali ni memang tak mengecewakan lah. Terima kasih sis yang kongsikan petua ini. Memang puas hati!
Jadi pada ibu-ibu yang nak cuba, boleh tengok keberkesanannya. Sesetengah orang akan lapik tisu dapur untuk serap wap air dalam bekas tersebut.
Macam cili api, boleh buang dulu tangkainya dan letak dalam bekas. Sebelum tu lapik tisu dapur. Ada juga yang letak beberapa biji bawang putih dalam bekas cili itu, InsyaAllah tahan lama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.