Siapa yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat anak kita. Lebih-lebih lagi mengenai pembelajaran mereka. Farah Lee, personaliti media sosial dan usahawan yang mempunyai jenama pakaiannya sendiri tidak terkecuali dari memberikan yang terbaik buat puteri tunggalnya, Maream Esabel.
Melalui instagram miliknya, Farah dilihat sering berkongsi mengenai dunia anak-anak kecil, tidak terkecuali pembelajaran anak-anak kecil kita yang menjadi pilihannya semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Khas Kanak-Kanak di Leeds, United Kingdom.
Melalui satu entri di Instagram miliknya, Farah Lee turut berkongsi mengenai pembelajaran anak-anak yang selayaknya diberikan lebih baik tanpa berkira wang ringgit.
“Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.
“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka,” katanya berkongsi.
Ads
Kata Farah lagi, walau sibuk macam mana sekali pun, jika kekurangan waktu, gantikan sesuatu yang terbaik buat anak-anak. Lebih-lebih pada ibu bapa yang sudah berpisah.
Anak-anak adalah amanah yang sudah dipertanggungjawabkan kepada kita. Maka kita berusahalah untuk memberikan yang sebaiknya. Begitu kongsi Farah.
Ads
“Nak-nak ayah-ayah yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai, anak duduk dengan bekas isteri.
“Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya. Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak-anak untuk kita.
“Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin,” katanya berkongsi agar tidak berkira dengan anak-anak.
Baru sebentar tadi kita dikejutkan dengan berita kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia disebabkan tercekik biji rambutan. Salam Takziah buat ahli keluarga mangsa.
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik.
Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.
Sebentar tadi kita baru dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai akibat tercekik gula-gula jenis jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar.
Memetik laporan Berita Harian, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam kanak-kanak tersebut meminta gula-gula jenis jeli sebelum terkcekik dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Labuan.
Sebagai ibu bapa, ada beberapa langkah yang perlu kita ketahui apabila berhadapan dengan detik cemas. Ikuti artikel penuh ini.
Apakah tanda-tanda seseorang itu tercekik? Kanak-kanak mungkin akan mengalami:
-Sesak nafas secara tiba-tiba.
-Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
-Menggenggam kerongkong.
-Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
-Bernafas dengan cepat.
-Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas.
-Pengsan.
-Berhenti bernafas.
Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami:
-Batuk yang berterusan.
-Termengah-mengah.
-Tiada apa-apa tanda.
-Komplikasi
-Jangkitan pada paru-paru seperti radang paru-paru.
-Kerosakan otak akibat kekurangan oksigen.
-Kematian akibat radang/ bengkak paru-paru yang teruk atau kekurangan oksigen ke otak.
Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda tercekik? Langkah-langkah jika anak anda tercekik:
LAKUKAN:
-Tunggu sehingga mangsa batuk.
-Minta bantuan.
-Buka mulut anak anda perlahan-lahan – keluarkan objek jika jelas kelihatan.
Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.
JANGAN: -Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
-Mendongakkan kepala mangsa.
-Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar.
BAGI KANAK-KANAK DEWASA
-Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
-Posisikan badan anda di belakang mereka.
-Lakukan Heimlich manouvre.
-Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR).
Langkah-langkah pencegahan:
-Jangan benarkan anak anda makan ketika bermain.
-Sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan.
-Pastikan lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas dari objek-objek yang kecil seperti butang, guli, duit syiling, pin dan manik-manik.
-Elakkan makanan yang mudah tercekik bagi kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-gula dan bertih jagung.
-Elakkan memberi alat permainan yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil kepada kanak-kanak.
-Pelajari bantuan kecemasan dan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak anda tercekik.
Sumber: PORTAL MyHEALTH, KKM, PHM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di tengah lautan ucapan Hari Bapa yang membanjiri media sosial hari ini, salah satu yang paling mencuri perhatian datang daripada Noor Nabila menerusi laman Instagram Jebat Jayden. Beliau menitipkan penghargaan kepada bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad, lelaki yang kekal memainkan peranan besar sebagai ayah kepada anak mereka.
Dear baba…
Thank u for being an amazing father to our son…
For showing up with ur heart,time and presence.
U hv given him something so valuable… love, consistency, and pride in who his father is.
Perpisahan tidak menghalang Noor Nabila daripada menghargai peranan besar yang dimainkan oleh Sharnaaz dalam kehidupan anak mereka. Beliau turut meluahkan rasa kagum terhadap komitmen Sharnaaz untuk menjadi bapa yang terbaik buat Jebat Jayden.
“Awak telah memberi sesuatu yang sangat berharga iaitu kasih sayang, konsisten dan membuatkan dia bangga tentang bapanya sendiri.”
“Terima kasih kerana tidak pernah menghilang. Kerana semakin matang. Membuat Jayden rasa seolah-olah dia masih mempunyai kedua-dua ibu bapanya… Sentiasa hadir. Sentiasa menyayanginya sepenuh hati.”
“Untuk itu, syukur untuk kita berdua yang semakin matang dan bukan hanya sebagai ibu bapa tetapi juga kawan,” kongsinya menerusi Instagram hari ini.
Walaupun hubungan sebagai suami isteri telah berakhir, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila terus membuktikan bahawa perpisahan bukan penghalang untuk membesarkan anak dengan penuh kasih sayang. Mereka memilih untuk kekal bekerjasama dalam membesarkan Jebat Jayden melalui pendekatan co-parenting yang matang dan harmoni.
Keutamaan mereka jelas, memastikan Jebat membesar dalam persekitaran yang stabil, penuh perhatian, dan masih merasai kehadiran kedua-dua ibu bapanya walaupun tidak lagi tinggal serumah.
Sharnaaz mungkin dikenali ramai sebagai pelakon berbakat, selebriti lantang bersuara, figura penuh karisma. Tapi hari ini, kita menyaksikan satu sisi dirinya yang jauh lebih hebat sebagai seorang ayah.
Untuk rekod, Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017, namun perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada Julai 2020.
Daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, yang kini berusia enam tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan ibu bapa pasti pernah berkongsikan gambar anak di media sosial, betul tak? Tetapi tahukah anda kesan penggunaan media sosial itu boleh mengundang bahaya tidak terjangkau dek fikiran?
Kesan penggunaan media sosial akibat berkongsi gambar anak
Sebagai ibu bapa, pasti anda akan terfikir, “Tiada salahnya untuk berkongsikan gambar si manja di media sosial”. Tetapi adakah apa yang anda fikirkan itu tepat dan betul?
Atau mungkin gambar yang ingin dikongsikan itu tidak sesuai dan seharusnya tidak dijadikan tatapan umum?
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum menerima kesan penggunaan media sosial akibat berkongsikan gambar anak di Facebook, Instagram atau TikTok.
Boleh tarik perhatian pelbagai individu
Kanak-kanak merupakan antara individu mudah mendapat perhatian di media sosial. Dengan berkongsikan gambar comel si manja adalah cara yang boleh anda lakukan jika ingin menjadi tumpuan.
Tetapi seperkara penting yang sering dilupakan, anda mungkin meraih perhatian daripada pihak tidak sepatutnya seperti golongan pedofilia.
Menyiarkan terlalu banyak gambar anak ketika mereka dalam proses tumbesaran boleh menjadikannya sasaran untuk pemangsa.
Risikonya semakin bertambah jika anda secara tidak sengaja telah berkongsikan maklumat peribadi di atas talian.
Anak memerlukan privasi
Si kecil di bawah usia 5 tahun mungkin tidak kisah dengan apa yang anda kongsikan atas talian. Walau bagaimanapun, situasi itu pastinya akan berubah apabila anak semakin dewasa dan mula mengembangkan identiti mereka sendiri.
Keadaan boleh menjadi buruk apabila anak menyedari banyak perihal kehidupan awal mereka dikongsikan tanpa persetujuan.
Ibu bapa harus berhati-hati dalam setiap perkongsian di media sosial. Sebagai contoh, anda mungkin berasa comel untuk berkongsikan foto anak ketika mandi di Facebook tetapi apabila mereka meningkat dewasa, anak mungkin berasa malu mengenainya.
Anda juga harus mengelakkan daripada menggunakan anak untuk membuat kenyataan berkaitan politik, sosial atau keagamaan.
Kesan penggunaan media sosial akibat berkongsi gambar anak, boleh wujudkan tekanan
Sekiranya anak diperkenalkan dengan kewujudan internet sedari kecil, ia boleh memberikan kesan buruk pada usia remaja mereka.
Umumnya apabila anak semakin meningkat usia awal remaja, mereka lebih peka terhadap imej diri. Jadi anak mungkin berasa malu dengan gambar yang dikongsikan anda semasa mereka masih kecil.
Situasi tersebut boleh menjejaskan cara mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya. Malah membesar dengan mendapat perhatian di media sosial juga boleh menyebabkan anak mengalami tekanan untuk terus mengekalkannya.
Menjadi individu yang gemar mencari perhatian atau attention seeker adalah tabiat yang tidak sihat yang telah banyak menghancurkan kehidupan kanak-kanak dan juga belia.
Menjual data anak semasa ‘berkongsi’
Faktor lain yang perlu anda ambil kira adalah mengenai jumlah maklumat dikongsikan atas talian.
Apabila berkongsikan video dan gambar anak berkaitan tumbesaran mereka di internet, secara tidak langsung anda ‘menjual’ informasi kepada syarikat atas talian.
Syarikat ini mengumpul data dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudian menjualnya kepada pengiklan.
Pihak pengiklan inilah yang akan menggunakan maklumat untuk menyasarkan anda dengan iklan tertentu yang cenderung menyebabkan pembelian sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Contoh teladan kepada anak
Anda pastinya pernah atau akan mengingatkan anak tentang kesan penggunaan media sosial dan risikonya, selain mengajar mereka tentang keselamatan atas talian.
Namun, dalam masa sama anda sendiri mengabaikan nasihat tersebut dengan berkongsikan gambar anak-anak.
Apabila anak membesar dan kerap melihat perkongsian foto diri mereka di media sosial, secara tidak langsung akan menganggap ia adalah kebiasaan.
Ini bermakna anda sendiri telah mengajar anak untuk tiada privasi dan kawalan terhadap foto mereka.
Elak kesan penggunaan media sosial dengan 5 soalan ini
Anda mahu ‘berkongsikan’ anak dengan dunia. Namun malangnya anda harus sedar bahawa kehidupan anak yang sedang dipertaruhkan.
Sekiranya ingin berkongsikan foto anak dengan keluarga dan rakan, pastikan anda memahami tetapan privasi di media sosial terlebih dahulu.
Anda harus sedar bahawa setiap perkongsian gambar atau text di Facebook akan dikumpulkan data. Jadi, sebaiknya pilihlah medium yang tidak mempunyai akses kepada kandungan mesej anda.
Sebelum menggunakan media sosial untuk berkongsikan sebarang gambar anak, tanyakan 5 soalan ini kepada diri sendiri:
Perkara sama juga perlu anda fikirkan semasa mengambil gambar berkumpulan yang melibatkan kanak-kanak lain. Fikirkan sebelum berkongsi atau anda akan menyesal di kemudian hari!
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.