Rumah yang kecil agak terhad untuk meletakkan perabot besar. Jadi bagi menampakkan ruang nampak lebih luas, perlulah kreatif. Seperti juga dalam bilik, penggunaan perabot yang minimal akan menjadikan ruang lebih luas dan selesa.
Begitu juga bagi bilik yang memang dikhususkan untuk meletakkan pakaian sahaja, susunan mestilah tersusun agar nampak kemas.
Seperti perkongsian Niarsly Hazwan, idea open wardrobe bajet bawah RM250 dalam bilik yang bersaiz kecil sangat sesuai bagi yang masih belum ada idea.
Open Wardrobe Bajet Under RM250
Saya sakit mata tengok baju bersusun banyak macam ni. Jadi kita letak curtain kat open wardrobe supaya mata tak sakit. Semua pakai barang IKEA kecuali hanger ja.
List barang ada pada gambar di bawah:
Ads
Disebabkan saiz bilik memang comel sangat jadi tak ada tempat nak letak open wardrobe ni. Memang tempatnya paling sesuai tepi pintu juga. Kalau ubah area lain tak ada tempat untuk solat.
Bajet tak tinggi plus boleh isi banyak baju berbanding letak almari. Actually saya nak tambah lagi part atas sekali tu nak letak hanging rack tapi tunggu next budget pulak la.
Ads
Lepas tu nak letak box kat lantai tu untuk simpan barang-barang jarang guna. Tunggu nantilah dah complete semua saya update lagi.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.
Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar ayah kepada tiga cahaya mata dan suami kepada dua isteri, bukanlah mudah buat Ashraf Muslim.
Namun atas semangat kasih sayang dan dikelilingi oleh insan-insan yang sangat memahami membuatkannya semakin matang. Dengan anak-anak yang semakin membesar membuatkan Ashraf perlu sentiasa berlaku adil demi menjaga hati semua kesayangannya.
Walaupun sebelum ini ada cabaran yang terpaksa dilalui oleh Ashraf tapi dia dah berjaya buktikan bahawa masih ada ruang yang lebih baik boleh dilakukan jika kita sentiasa ikhlas dan yakin pada-Nya.
Kini, isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi sedang hamil anak ketiga. Nampak gayanya makin bertambah ahli keluarga Ashraf dengan kehadiran anak keempat bersama dua isterinya.
Menerusi Instagram Ashraf beliau ternyata cukup bahagia dan mendoakan yang terbaik untuk keluarganya.
“InsyaAllah bilangan @ashrafslegacy akan bertambah. Doakan yang terbaik untuk keluarga AM yer”.
#sarahashraf #adamashraf #anasashraf Next….
Rata-rata peminat Ashraf juga kagum dan respect dengan kedua-dua isteri Ashraf kerana sentiasa akrab dan saling memahami serta menyokong antara satu sama lain.
“Keluarga yang buat semua orang senyum bila tengok family ni. I like ur family. May allah bless ur family”
“Dr.dayana ur such a great wife..ikhlasnya hati mu..tak semua wanita kat luar sane sanggup bermadu kasih and the best part ..both of u like a bff..salute!! Good husband @ashrafmuslim”
“Alhamdulillah..In Shaa Allah bahagia selamanyer”..
Mahu beri yang terbaik untuk anak-anak
Pujian juga harus diberi kepada kedua-kedua isteri Ashraf iaitu Dr Noor Dayana Lokman dan Sakinah kerana masing-masing sentiasa rapat dan berkongsi pendapat dalam membesarkan anak-anak mereka.
Selaku ketua keluarga, Ashraf sentiasa mengharapkan anak-anak membesar dengan sempurna dengan dua orang ibu yang penyayang.
Rasa sangat bertuah dan cukup berterima kasih kerana mama dan ibu kerana tak pernah mengeluh menjaga permata hati kita.
Ashraf mengakui walaupun kadang-kadang rasa nak bersilat uruskan anak-anak, tapi itulah yang mengajarnya untuk menjadi seorang ayah yang hebat. Anak-anaklah sumber inspirasi dalam meneruskan hidup.
Apa yang penting jagalah amanah Allah ini seperti mana nabi kita Muhammad saw menjaga dan mendidik anak-anaknya. InsyaAllah akan dapat kebahagiaan tak terkira nanti.
Sumber: Instagram Ashraf Muslim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada ibu bapa semakin jarang memeluk anak apabila mereka memulakan zaman persekolahan. Tapi tahukah anda terdapat banyak manfaat pelukan buat anak dan juga ibu bapa itu sendiri?
Ketahui manfaat pelukan
Ingat lagi ketika anak masih kecil, betapa bahagianya rasa setiap kali memeluk si manja? Indah bukan momen itu.
Tetapi kenapa kini anda jarang memeluk mereka?
Sedangkan terdapat banyak faedah saintifik yang boleh terjadi hasil daripada pelukan hangat penuh kasih sayang itu, khususnya dalam perkembangan emosi, kognitif dan fizikal anak.
Ayuh kita bongkar apakah kebaikan pelukan kepada anak.
1. Memeluk anak menjadikan mereka lebih pintar
Anak memerlukan banyak rangsangan deria semasa otak berkembang dan membesar. Kajian melibatkan bayi di rumah anak yatim menunjukkan mereka mengalami kecacatan kognitif yang teruk.
Tetapi apabila mereka dipegang hanya selama 20 minit sehari untuk tempoh 10 minggu, mereka memperoleh markah lebih tinggi dalam penilaian perkembangan otak. Bayi baru lahir meneroka dunia melalui sentuhan – sentuhan fizikal seperti pelukan dan sentuhan kulit, yang penting untuk perkembangan.
Daripada 5 deria, sentuhan adalah yang pertama berkembang. Jadi manfaat pelukan (antara sentuhan yang sering diberikan), dapat memberikan rangsangan yang diperlukan otak untuk pertumbuhan dan perkembangan normal.
2. Memeluk anak dapat menyihatkan mereka
Anak bukan sekadar memerlukan nutrien mencukupi untuk tumbesaran, tetapi sentuhan fizikal juga adalah penting untuk pertumbuhan.
Tanpa sentuhan, ia boleh menyumbang kepada keadaan yang dikenali sebagai kegagalan untuk berkembang.
Namun sebaik sahaja sentuhan kasih sayang diberikan, proses tumbesaran anak yang tidak sihat boleh berubah kepada sihat dengan cepat – itulah antara manfaat pelukan.
Berdasarkan sains, pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin – hormon yang dikaitkan dengan rasa percaya, selamat dan kasih sayang. Apabila hormon itu dihasilkan, ia merangsang hormon pertumbuhan tertentu dalam tubuh.
3. Pelukan menghentikan tantrum
Memeluk anak bukan sahaja baik untuk perkembangan otak dan pertumbuhan fizikal mereka, tetapi ia juga menyokong perkembangan emosi.
Tiada apa dapat menenangkan seorang kanak-kanak lebih cepat daripada pelukan hangat individu yang menyayangi mereka.
Selain itu, pelukan juga cara paling berkesan untuk menghentikan tantrum. Apabila anak kecil mengalami tantrum emosi, mereka melepaskannya sebagai tindak balas kepada sesuatu dalam persekitaran – mereka bukannya degil atau cuba merosakkan hari anda.
Mereka cuma hilang kawalan emosi dan tidak belajar bagaimana mengawalnya. Manfaat pelukan dalam detik-detik ini akan menenangkan, mengajar mereka bahawa anda tetap ada bersama untuk menyokong semasa keadaan sukar dan membantu menghindari daripada berlakunya emotional breakdown.
4. Memeluk anak menjadikan mereka lebih tabah
Semasa dalam kesusahan dan tekanan, adrenalin dan kortisol dirembeskan ke dalam tubuh dan otak. Oleh sebab anak tidak belajar cara mengawal emosi, tekanan berlarutan dalam tubuh boleh mencapai tahap toksik.
Jika ia berlaku, hormon tekanan ini boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak dari segi mental dan fizikal.
Ia juga boleh membawa kesan negatif semasa dewasa seperti peningkatan risiko penyakit fizikal serta kemurungan dan keadaan buruk yang lain.
Pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin, menurunkan tahap hormon tekanan, menahan kesan negatif ini dan membantu anak mengembangkan daya tahan.
5. Memeluk anak eratkan hubungan dengan ibu bapa
Semestinya pelukan akan mewujudkan ikatan lebih kuat antara anak dengan anda. Pelukan akan meningkatkan kepercayaan, mengurangkan ketakutan dan mengeratkan hubungan – ia manfaat bersama. Memberi dan menerima kasih sayang fizikal ini baik untuk diri anda dan juga anak.
Ikatan ini perlu dipupuk sepanjang masa, walaupun ketika anak sudah membesar, keperluan untuk sentuhan kasih sayang ini tidak akan pernah terhapus.
6. Menguatkan harga diri
Manfaat pelukan kepada anak membantu meyakinkan bahawa diri mereka disayangi. Ia mengembangkan rasa keyakinan diri dan minda positif dalam diri anak.
Gabungan ini akan kekal bersama anak dari zaman kanak-kanak hingga dewasa kelak. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa peluk anak bagi meningkatkan keyakinan mereka.
7. Mengajar mengembangkan empati
Apabila anda peluk anak, wujud rasa kehadiran kalian berdua ketika itu – ia menghubungkan perasaan anda dan anak pada tahap emosi dan fisiologi.
Pelukan ini akan mengajar anak nilai empati – ia berlaku apabila mereka mengembangkan pemahaman tentang perasaan anda.
Pelukan itu juga mengajar anak bahawa rasa sayang adalah 2 hala dan dia boleh mempamerkan kasih sayangnya kepada individu lain. Pendek kata, pelukan adalah pengajaran berkesan untuk menunjukkan anak erti mengasihi.
Memeluk anak dengan keinginan hati mereka
Walaupun individu yang ingin kita peluk adalah anak sendiri, tetapi sebaiknya pelukan tersebut haruslah kerana mereka ingin dipeluk – bukan atas rasa keterpaksaan.
Jika ia berlaku atas rasa terpaksa, manfaat pelukan yang dikongsikan di atas mungkin tidak dapat dirasai sepenuhnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki setiap orang tak sama. Jika dapat hidup senang, alhamdulillah. Jika cara hidup keluarga kita bersederhana tetap kena bersyukur. Asalkan seisi keluarga bahagia dan segala keperluan cukup.
Anak-anak bahagia, sihat sempurna pun dah satu nikmat yang tiada tandingannya. Jangan sesekali nak bandingkan hidup kita dengan orang lain. Bila hati kita dapat terima semua ini, pastinya kebahagiaan itu milik bersama.
Seperti perkongsian Puan Norziela Ziela dalam group Kami Suri Rumah, caranya menabung duit yang ada cukup memberi inspirasi kepada orang lain. Walaupun tiada pendapatan sendiri, namun sikap berdisiplin menabung akhirnya membuahkan hasil yang tidak disangka.
Lebihan duit, simpan konsisten
Hasil tabungan hampir setahun. Ni jelah cara saya menyimpan duit selain di bank. Memang agak lama menyimpan. Saya juga dah ajar anak-anak dari kecil supaya menabung.
Anak-anak saya semua suka menabung. Ni semua saya dapat dari baki ke pasar, duit beli barang dapur dan paling saya suka kalau terjumpa duit di mesin basuh.
Asingkan duit dalam tabung
Cara saya senang je. Kalau duit syiling masuk je dalam 1 tabung. Contohnya:
RM1 satu tabung RM5+10+20+50 satu tabung (50 tu selalu suami bagi buat belanja tapi saya simpan)
Total hampir RM1000 lebih. Syiling saya tak kira lagi. Tengah termenung nak kira.
P/S: Saya hanya suri rumah tak ada bisnes apa-apa. Sumber kewangan saya memang dari suami saya 100%.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.