Setiap ibu bapa pasti mengimpikan untuk memiliki anak yang sihat dan sempurna dalaman serta luarannya. Disebabkan itu, isu berat badan akan sangat dititikberatkan. Ibu bapa semestinya tidak mahu anak mereka terlalu gemuk atau obesiti kerana ia akan mendatang pelbagai jenis komplikasi kesihatan yang lain. Selain itu, ibu bapa juga tidak mahu anak mereka terlalu kurus kerana ia turut menjejaskan kesihatan anak mereka.
Berat badan yang normal dan ideal bagi seorang kanak-kanak adalah berbeza mengikut BMI, jantina dan pelbagai lagi kondisi yang lain. Oleh itu, ibu bapa seharusnya bawa anak berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kepastian mengenai berat badan yang normal dan ideal untuk anak anda.
Apakah punca anak anda terlalu kurus?
Menurut perkongsian Hello Doktor, turun naik berat badan bagi kanak-kanak adalah normal. Namun jika perubahan ini berlaku secara mendadak, ia merupakan suatu perkara yang perlu dirisaukan.
Kanak-kanak akan mengalami kehilangan berat badan sekiranya mereka tidak mengamalkan tabiat pemakanan sihat, mempunyai kadar metabolisma yang rendah atau menghidapi suatu jenis penyakit. Ini seterusnya akan memberi impak yang sangat membimbangkan kepada kesihatan dan tumbesaran mereka.
Selain itu, ada juga kondisi kesihatan lain yang boleh menyumbang kepada masalah anak anda terlalu kurus. Berikut merupakan kondisi kesihatan tersebut:
-Dehidrasi
-Kemurungan
-Tekanan
-Kanser
-Masalah usus
-Jangkitan cacing
-Bulimia atau aneroksia
-Cirit-birit dan muntah-muntah
-Demam, selesema dan batuk
-Sakit tekak
-Sakit pada bahagian dada atau telinga
-Senaman yang berlebihan
-Kurang membuang air kecil
-Kerap mengantuk atau sukar tidur
Ads
Bagaimanakah mengatasi masalah ini?
Sebagai ibu bapa, anda perlu memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan anak anda yang terlalu kurus untuk tidak putus asa dan berpuas hati dengan berat badan yang mereka punyai ketika ini. Paling penting, anda perlu terapkan semangat kepada anak anda agar mereka makan dengan lebih banyak dan bijak. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diiikuti untuk mengatasi masalah ini:
1. Makan secara konsisten
Majoriti kanak-kanak akan makan mengikut kemahuan dan bukan keperluan mereka. Ini merupakan salah satu faktor anak anda terlalu kurus. Anda sebagai ibu bapa seharusnya membuat jadual pemakanan yang teratur dan pastikan mereka mematuhinya. Jangan sesekali biarkan anak anda terlewat waktu makan kerana ia boleh menyebabkan anak anda kehilangan nutrisi-nutrisi yang penting untuk tumbesaran.
2. Makan dalam kuantiti yang lebih besar
Kanak-kanak sangat gemar untuk makan dalam kuantiti yang kecil kemudian tidak menghabiskan makanannya. Ini juga merupakan faktor anak anda terlalu kurus. Anda perlu menggalakkan mereka makan dalam kuantiti, bahagian atau saiz makanan yang lebih besar di dalam satu pinggan sajian. Jika mereka meminta untuk menambah makanan lagi, jangan teragak-agak untuk memberikannya kepada mereka.
3. Makan makanan yang berkalori tinggi
Kalori merupakan pemangkin kepada pertambahan berat badan yang bagus dan cepat. Baca label yang terdapat pada makanan untuk mengetahuinya. Selain itu, anda juga boleh mengikuti panduan berikut untuk menambahkan kalori pada jenis makanan ini:
4. Minum minuman yang berkalori tinggi
Selain makanan, minuman yang berkalori tinggi juga dapat membantu anak anda menambahkan berat badan mereka. Antara contoh minuman yang berkalori tinggi adalah jus buah-buahan dan susu rendah lemak.
5. Makan makanan yang berlemak
Walaupun berbunyi agak klise, makanan yang berlemak tinggi adalah makanan yang terbaik untuk menambahkan berat badan anak anda. Antara contoh makanan berlemak sihat adalah kekacang, avokado, mentega kacang dan minyak zaitun.
Buah-buahan adalah kuncinya
Selain itu, ibu bapa juga perlu tahu bahawa pengambilan beberapa jenis buah-buahan juga mungkin boleh buat anak anda menjadi lebih gemuk. Wah, apakah buah-buahan berikut? Berikut adalah jawapannya:
Ads
#1. Buah ara
Buah ini boleh dikategorikan sebagai sumber serat dan kalium yang baik. Percaya atau tidak, ia sebenarnya mengandungi jumlah gula yang agak serupa dengan gula-gula biasa. Ia mengandungi sekitar 27 gram setiap satu. Jadi, ia sudah pasti merupakan antara buah-buahan yang boleh mungkin meningkatkan berat badan anak anda. Cuma pastikan mereka tidak ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak, ya?
#2. Pisang
Buah ini sangat sesuai diambil semasa sarapan pagi. Ia bukan sahaja akan dapat menghilangkan rasa lapar, namun ia juga mengandungi sehingga 180 kalori. Dalam pada itu, ia juga mengandungi kadar serat, kalium dan vitamin C yang tinggi, menjadikan ia buah yang boleh meningkatkan berat badan anda. Jadi, anda sudah boleh minta anak anda ambil buah ini atau jika mereka kurang gemarkannya, boleh jadikannya minuman atau smoothie.
#3. Mangga
Buah ini adalah antara buah-buahan yang boleh meningkatkan berat badan anak anda ekoran jumlah vitamin C dan seratnya yang sangat banyak. Namun, ia juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ya, ia mungkin berita baik bagi individu yang ingin menaikkan berat badan mereka, namun, ia mungkin akan mengakibatkan masalah lain pula seperti diabetes. Jadi, anda mungkin boleh ambilnya sebagai pencuci mulut dan dalam jumlah yang sederhana.
#4. Avokado
Buah ini adalah alternatif kepada krim berat atau mana-mana produk tenusu yang sudah pasti boleh meningkatkan berat badan anak anda. Namun, jika anda tidak mahu berat badan anak anda naik terlalu banyak, beri mereka buah ini dalam jumlah yang sederhana sahaja. Ini kerana ia mempunyai lemak mono tepu dan kalori yang sangat tinggi. Jadi, sila berjaga-jaga ya?
#5. Ceri
Buah ini walaupun kecil sahaja, ia mengandungi pelbagai manfaat seperti kalium yang mampu membuang sodium berlebihan di dalam badan sekali gus mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Namun, pengambilannya yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah, sama seperti buah-buahan yang lain. Jadi, sama juga seperti buah yang lain, minta anak anda ambil dalam jumlah yang sederhana sahaja okay?
Namun, segala jenis makanan dan buah-buahan yang dinyatakan ini adalah cadangan semata-mata. Ia mungkin boleh atau tidak mampu meningkatkan berat badan anda. Sebaiknya dapatkan pandangan pakar nutrisi atau pakar pediatrik untuk merealisasikan hasrat anda itu.
Kesimpulannya, anak terlalu kurus mungkin akan membuat anda berasa gagal sebagai ibu bapa. Namun, anda tidak seharusnya berasa begini dan cuba beri mereka makanan yang diperkatakan dalam artikel. Sebaiknya, dapatkan pandangan pakar terlebih dahulu okay?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama MUA Bellaz memang tak asing lagi dikalangan pengikut di Instagram. Setiap kali MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini berkongsi make up tutorial pasti ribuan pengikut akan menonton video tersebut.
Umum mengetahui bahawa MUA Bellaz sedang menantikan zuriat keduanya dan semalam wanita kacukan Turki-Melayu itu berkongsi di Instagram miliknya bahawa dia kini sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang dipanggil dengan nama ‘Baby Y’.
Bellaz berkongsi berita tersebut di Instagram miliknya dengan kapsyen yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya.
“Berkat malam arafah harini..
“Saya selamat melahirkan seorang khalifah Allah swt…. Terima kasih yg mendoakan bellaz Dan baby..
Sementara itu, suaminya Anuar Ahmad juga tidak ketinggalan turut berkongsi sekeping gambar bersama bayi mereka yang baru dan turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.
“Alhamdulillah….syukur padamu Ya Allah…terima kasih pada semua yg mendoakan…Lahirlah seorang imamku…
“Sekali ni xkena cakaran dah..kita suruh dia pegang besi,” selorohnya dalam kapsyen yang ditulis.
Masalah ovarian cyst (cyst pada ovari) kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakan daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka mengalaminya. Ovarian cyst boleh menjadi tumor dan bukan tumor.
Ovarian cyst adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/ air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.
Persoalannya adakah cyst boleh mengecut? Ternyata ada beberapa cara untuk mengecutkan cyst ovarian yang mungkin diluar pengetahuan kita. Malah, ianya boleh diamalkan dalam kehidupan seharian tanpa perlu melibatkan kos rawatan yang tinggi.
Berdasarkan pengalaman dari Hariza Azmi dia ada memberikan tip makanan yang perlu dielakkan untuk memastikan cyst tidak berulang kembali.
Beberaoa tahun sebelum inui pernah menjalani pembedahan membuang cyst. Lepas 1 tahun cyst tumbuh balik. So buat checkup 6 bulan sekali. Tuppp aku stop pergi checkup, kononnya sihat la teww.
Tapi lepas buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan Dr macam kita sembang ngan kawan.
Okey girls. Dengar ni nasihat aku ni. Kalau sayangkan rahim tu. Sila baca dan hadam.
1. Jangan makan apa-apa suplemen termasuk pil putih, pil kecut jerawat dan whatever jenis suppliment. NEVER girls ! Dalam badan kita dah ada estrogen. (rasanya mcm aku dgr estrogen ). Makan lagi suppliment menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat cyst ni asal dia dari hormon.
2. Jangan minum soya. Nasib baik aku bukan peminat soya.
3. Kurangkan makan ayam.
4. Banyakkan makan ikan & sayur . Ikan Parang tak boleh makan.
5. Amalkan pemakanan yang sihat
6. NO FAST FOOD
7. NO makanan dalam Tin ( tuna, sardin etc )
8. NO STRESS
Please checkup at least 6 bulan sekali. Jangan ko berani nak bagi alasan, ala malu la. Kalau kena dengan Dr laki macam mana. Jawab aku ” Abah kau ! Malu konon “.
Dah memang reality Dr O&G ni banyak lelaki, terima je la. Ak dari dulu Dr laki yang check. Ko ingat tak malu?? Tapi nak buat macam mana. Hakak redho jela. Nasib tadi Dr perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik. Hatta ada kkm sekalipon. Mudah sungguh orang kita percaya ngan kkm tu. Ntah betul ke tidak heheh. Ingat girls. Jangan menyesal.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saat melahirkan adalah waktu paling genting dalam hidup seorang wanita bergelar ibu. Banyak yang dipertaruhkan termasuk nyawa sendiri. Bukan mudah untuk melahirkan anak, ada yang diuji dengan kesukaran ketika mahu melahirkan. Begitu besar pengorbanan seorang isteri dan ibu.
Berkongsi detik kelahirannya yang ditemani suami, Instafamous yang juga ahli perniagaan, syima_eima memberitahu betapa dia menghargai kehadiran suami menemani sepanjang proses bersalin.
Turut menitipkan pesanan, kata Syima lagi untuk para suami yang menemani isteri mereka ketika bersalin peganglah tangannya. Jangan dilepaskan kerana genggaman tangan suami memberi kekuatan kepada isteri untuk melahirkan bayi.
Untuk si isteri pula, janganlah sesekali membazir tenaga dengan mengeluarkan bunyi. Simpa tenaga sebaik mungkin untuk proses melahirkan anak.
Melihat pada video yang dikongsikan ini, jelas sekali wajah Syima sedang menahan sakit kontraksi. Dengan kehadiran suami, sedikit sebanyak memberi semangat kepadanya.
Tahniah kepada Syima dan suami kerana dikurniakan seorang bayi yang sangat comel pada awal bulan Disember tempoh hari!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Legakan Pernafasan Si Manja dengan Teknik Percussion
Masalah pernafasan seperti batuk berkahak atau selesema sering berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kecil. Disebabkan sistem pernafasan...