Pelakon, Ozlynn menerusi akaun instagramnya berkongsi video gelagat suaminya, Johan Raja Lawak menjaga anak bongsu mereka, Moleiq.
Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 180k dalam masa 4 jam. Dengan kepsyen yang panjang, Ozlynn menceritakan gelagat suami dan anaknya.
Kadang org laki ni sweet.. kdg boleh buat kita naik hantu kan.. masa bila kita naik hantu?? Bila dorg jaga anak… wehhhh ko g toilet kejap je pon ko boleh dgr anak ko merangkak ke mengutip ke.. dr dlm bilik air tu la suara ko pekik “ apa tu???” Xkan berjawap ye.. sb masa nih dorg baru sedar anak dorg dh ke laut kali kedua pekikan ko tinggi sikit “ eyyy, nape tuh??! ..
Masa nih baru dorg reply.. dlm keadaan kelam kabut.. “xde apa syg”.. tp masa tu ko dh dgr suara anak ko melalak… eh korg paham x maksud aku.. haaa masa tu kalau tgh berak pon taik separuh kuar pon ko boleh putus mood nak berak tau!! (Saja ckp psl taik.. share pasal lauk korg ckp lapar lak) kdg kan bila aku duk sensorg.. tergelak aku.. mak2 nih kdg dh mcm org giler.. ada masa marah naik hantu, x smp 5 mnt sedih.. kang ptg sikit happy.. masok dinner sentap… nk tdo majuk.. bahahahaha wehhh kita nih sehari memcm karakter masok kan… yg pasti karakter tarzan menjadi fav setiap ibu bahahahah jgn deny… so
Ads
Berbalik pd kes aku nih.. aku tinggalkan kejap je pi buang air… haaa kalau ngah meneran mau satu bilik penoh bedak… nasib syg kat dobok dua org nih.. haihhhhhh… papa.. papa.. nasib la ko part tdokan anak ko hebat.. ( elehhhh sb ko pon kuat membutakan pa!) video nih panjang lg.. nnt aku share kt youtube channel aku
Rata-rata tertarik dengan keletah comel Moleiq. Ramai netizen yang memuji kecomelannya dan senyuman Moleiq yang tidak lekang di bibir.
Hati ibu bapa mana yang tak sedih saat diuji dengan kehilangan anak. Walaupun sukar untuk melupakan tapi janji Allah itu pasti. Ini yang berlaku kepada pasangan suami isteri apabila bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 9, Putrajaya.
Dalam laporan media sebelum ini, menyatakan bayi yang berusia empat bulan itu dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan demam dan selesema.
Bagaimanapun, ibu kepada bayi tersebut Sofiarti Oktarina menceritakan hal sebenar bagi memperbetulkan keadaan. Ini kerana ramai pihak menuding jari dengan pelbagai kecaman sedangkan semua yang berlaku ini sudah ketentuan Allah.
Alhamdulillah urusan anak syurga ibu dipermudahkan
Muhammad Rauf Iman Bin Ahmad Rabbani, anak syurga ibu abah.
Bismillahirohmanirrahim. Alhamdulillah urusan Rauf dah selesai, syukur Allah permudahkan semuanya dengan menghadirkan insan2 yang banyak membantu dari awal sampai akhir. Terima kasih tak terhingga buat semua yang ada di sisi kami sekeluarga. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.
Saya memohon beribu kemaafan kepada yang personal message saya samada melalui whatsapp, facebook dan instagram, kerana tidak mampu saya nak membalas satu persatu.
Terima kasih saya ucapkan di atas doa kalian semua, semoga Allah merahmati kalian.
Kepada yang memberi pendapat serta ‘kecaman’ di social media, saya maafkan anda semua dengan hati yang lapang. Andai diizinkan biarlah saya seorang sahaja yang menanggung peritnya kehilangan seorang anak yang sangat dicintai. Kerana peritnya tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Semoga anda semua tak akan lalui apa yang saya lalui sekarang.
Arwah tak demam, sihat dan aktif
Di kesempatan ini saya ingin menjelaskan sekali lagi bahawa, arwah tak demam semasa dihantar ke pengasuh (seperti mana yang ditulis dan disebutkan dalam Berita), bayi saya sihat dan aktif seperti biasa cuma ada selesema sedikit sahaja. Dua hari sebelum, saya ada bawa bayi ke klinik dan setelah diperiksa, doktor memberitahu bahawa bayi saya okay sahaja, tak ada yang merisaukan.
Kami maafkan anda semua!
DALAM REPORT POLIS PUN TIDAK ADA STATEMENT DARI PENGASUH YANG MENYATAKAN BAYI SAYA DEMAM ATAU SELESEMA, BAHKAN PENGASUH MELAPORKAN BAYI DIHANTAR DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT SAHAJA.
Hal-hal kecil seperti ini boleh membuatkan berlakunya salah faham antara saya dan pengasuh, apa lagi bila anda (netizen) melemparkan kata-kata yang tak sepatutnya pun diucapkan kepada kami insan yang sedang ditimpa musibah, yang seharusnya kami dapat hanya doa dan kekuatan dari anda semua. Sekali lagi, saya maafkan anda semua.
Antara saya dan pengasuh tiada dendam atau apa, pengasuh memang sayang anak-anak saya seperti anak sendiri.
Terima kasih jadi anak ibu, abah
Buat anak syurga ibu, ibu sentiasa mendoakan dan merindui Rauf. Ibu redho ibu redho ibu redho. Rauf dah bahagia di syurga sana, ibu tahu Rauf tengah tengok ibu sambil tersenyum riang kan. Terima kasih sebab jadi anak ibu selama 3 bulan 2 minggu (+ 9 bulan dalam perut ibu).
Walaupun tak lama tapi Rauf dah bagi ibu perasaan sayang yang sangat istimewa, perasaan sayang yang mendamaikan hati, yang buat kan hati ibu tenang bila tengok dan peluk cium Rauf. Terima kasih sebab Rauf jadi anak yang sangat baik, yang jarang sangat meragam, yang senang sangat dijaga. Ibu abah kakak abang sayang sangat dengan Rauf, Rauf sangat istimewa di hati kami sayang.
Tunggulah ibu abah di syurga
Rauf tunggulah ibu abah di pintu syurga, nanti tarik lah kami masuk ke sana sama-sama ok. Ibu nak peluk cium Rauf puas-puas. Masa tu kita tak kan terpisah lagi sayang.
Ya Allah.. Semoga dengan ujian ini, kami lebih dekat kepadaMu, jangan biarkan kami lalai ya Allah, kuatkan hati kami, bantulah kami untuk terus istiqomah agar nanti, kami juga dapat merasai nikmatnya syurgaMu ya Allah.
Allahuakbar. Assalamualaikum Muhammad Rauf Iman Bin Ahmad Rabbani. Damailah kamu di sana nak. (24.09.2020 – 08.01.2021).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan nak menyangkal kewujudannya sebab mana-mana tempat pun ada. Kita berkongsi bumi yang sama. Namun bila pergi ke tempat-tempat tertentu ada baiknya sentiasa beringat. Lagi-lagi yang ada anak kecil. Sebolehnya minta jauhlah.
Seperti pengalaman ibu ini, Puan Ema Roshaida yang membawa dua anaknya berusia 2 tahun 4 bulan dan bayi berusia 9 bulan ke tempat rekreasi keluarga, tak disangka-sangka ada makhluk yang memerhatikan mereka mandi.
Syukur juga sebab tak kacau dan hanya memerhati sahaja. Malah kedua-dua anak pun berada dalam keadaan baik selepas itu walaupun ketika awal-awal sampai si kakak ajak balik ke rumah dan tak mahu turun kereta.
Nak share pengalaman petang 14 Oktober kira-kira jam 1 petang. Kejadian ini berlaku pada kami sekeluarga. Tapi itulah mana-mana tempat pun ada. Cuma mungkin boleh jadi peringatan bersama dan sentiasa hati-hati jika ke sesuatu tempat.
Tak plan pun nak datang berkelah dekat Sungai C******, anak yang kecil ni seronok sangatlah cakap nak mandi sungai..nak mandi sungai. Tapi sampai je kat tempt ni terus berubah air muka dan cakap Mia tak nak turun mandi. Mia takut..Jomlah balik.
Merengek-rengek tak nak turun mandi, puas ibu pujuk, akhirnya Mia cakap oklah ibu ada kan. Bila dah turun mandi pun tak excited macam selalu, mandi kejap je lepastu ajak balik lagi.
Kita orang pun berkemas-kemas dan gerak balik. Dalam kereta belek-belek gambar yang diambil, Ya Allah meremang bulu roma bila tengok gambar ni. Nasib tengok dalam kereta. Kalau tengok kat situ mahu juga menggelupur lari. Alhamdullilah Mia dan Mira baik-baik je sepanjang balik rumah.
Moga perkongsian ini Puan Ema Roshaida boleh buatkan ibu bapa sentiasa berhati-hati dan sebolehnya niatkan yang elok-elok sepanjang bawa anak pergi jalan ke mana-mana tempat. Nak gembira tak salah tapi tetap kena beringat.
Lagi satu jika pergi tempat-tempat berkelah ni, kebersihan kena jaga. Janganlah buang sampah dan meninggalkan lampin bayi merata-rata tempat. Sebaiknya kumpullah dulu dan bawa balik untuk buang dalam tong sampah.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pakar pediatrik Dr Musa Mohd Nordin menyuarakan kebimbangan susulan peningkatan kes penyakit influenza di Malaysia.
Kes Meningkat 2 Kali Ganda
Beliau yang juga pakar perunding di hospital KPJ Damansara berkata, kes penyakit Influenza sehingga kini merekodkan kenaikan dua kali ganda pada tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya.
Terdapat sejumlah 2076 kes direkodkan pada 2019 berbanding tahun sebelumnya dengan 1222 kes, kata Dr Musa yang mengetuai unit kawalan penyakit berjangkit di hospital itu.
Katil Dipenuhi Pesakit Selesema
Dr Musa berkata hospital swasta lain turut merekodkan peningkatan sama influenza.
“Katil kami dipenuhi oleh pesakit yang mengalami selesema yang perlu diasingkan bagi mengelakkan jangkitan.
“Saya mempunyai empat orang dari satu keluarga (semua positif selesema) yang telah mendaftar keluar dari empat hospital sebelum diperiksa oleh saya – saya akhirnya perlu siapkan empat bilik untuk merawat seluruh keluarga ini.
Kes Meningkat, Bekalan Ubat Berkurang
“Jadi ada kenaikan kadar selsema di negara ini,”
Peningkatan kes influenza menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan pada tahap kritikal terhadap ubat antivirus Oseltamivir.
Ubat tersebut – yang lebih dikenali sebagai Tamiflu – digunakan dalam rawatan kepada pesakit yang dijangkiti virus influenza.
“Kami sudah sampai ke 100 kotak yang terakhir manakala (hospital) lain ada yang kurang daripada ini. Bekalan tidak dijangka ada sehingga akhir Januari atau Februari,” katanya.
Dr Musa berkata isu ini dibangkitkannya bukan untuk menimbulkan panik tetapi untuk menggalakkan vaksinasi influenza.
Terutama bagi kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak berumur bawah lima tahun atau warga emas berusia 65 tahun ke atas, wanita hamil, kakitangan penjagaan kesihatan, mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti asma dan diabetes serta pelancong.
Kumpulan berisiko tinggi digalakkan untuk mengambil vaksin influenza setiap tahun.
Influenza boleh sebabkan kematian
Jangkitan virus influenza mungkin kelihatan seperti selesema biasa namun ia sebenarnya lebih parah.
Virus berkenaan akan memberi kesan kepada sistem pernafasan dan boleh menyebabkan kematian, terutama di kalangan kanak-kanak yang mempunyai sistem ketahanan badan (imun) yang belum matang.
Bayi berumur di bawah enam bulan pula terlalu muda untuk vaksin influenza.
Virus ini boleh tersebar melalui jangkitan batuk dan bersin. Virus influenza boleh hidup di luar badan selama berjam-jam atau berhari-hari.
Antara gejalanya adalah demam mencecah suhu 38 darjah Celcius, kesukaran bernafas, batuk kering, hidung tersumbat, sakit tekak, keletihan, sakit sendi, sakit kepala, cirit-birit, konjunktivitis, muntah-muntah dan sawan (di kalangan bayi).
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.