Memang lelaki dan wanita berbeza. Namun tahukah anda betapa bezanya lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita bukan sahaja berbeza dari aspek fizikal semata-mata. Mereka juga berbeza dari aspek emosi dan cara pergaulan.
Satu kajian dibuat apabila 46,032 otak lelaki dan perempuan di scan. Ada beza otak lelaki dan perempuan. Dari gaya fikir, emosi dan perbuatan.
Antaranya, otak lelaki lebih kepada visual dan koordinasi. Otak perempuan aktif semua bahagian. Pusat fokus, buat keputusan, emosi dan mood.
Dalam perkahwinan. Jangan jadikan pasangan macam kita. Jangan harap mereka jadi acuan kita. Kita saling melengkapi dengan perbezaan.
Ads
Kita berbeza. Banyak faktor luaran dan dalaman. Terima seadanya. Baiki memperbaiki.
Ads
Contoh masa parking kereta. Perempuan buka pintu kereta. Nak tengok kereta dah masuk kotak parking ke belum. Siap minta tolong orang turun dan ketuk belakang kereta lagi. Atau kena ada juga ada orang cakap. Ok lagi sikit lagi sikit. Oppp. Cun.
Ads
Otak lelaki nak parking bontot punya lah senang. Pusing stereng kiri sikit kanan sikit. Kereta terpacak duduk dalam kotak parking. Senang je.
Ratu cantik Moscow yang juga merupakan bekas isteri Sultan Muhammad V, Rihana Petra berkongsi cara mendidik anak sulungnya, Tengku Ismail Leon agar tidak tantrum jika tidak dapat apa yang dihajati.
Pastinya ia bukan perkara yang mudah lebih-lebih lagi melibatkan emosi anak kecil.
“Beli! Beli! Beli! Apakah yang perlu anda lakukan jika kanak-kanak meminta anda membeli mainan di kedai? Jawapan pertama – jangan bawa anak-anak ke sana, pergi sendiri, ambil sesuatu dan bawa pulang”
“Semalam Leon meminta saya untuk mendapatkannya robot Miko untuknya apabila kami pergi ke Hamleys. Dia sangat teruja untuk membawanya pulang, membongkarnya, kami menghidupkannya dan… Leon menjadi takut dan mula bersembunyi daripadanya. Fikiran pertama saya ialah, saya tidak sepatutnya membelinya.”
“Sebelum pergi ke kedai mainan saya selalu menentukan terlebih dahulu sama ada saya sudah bersedia untuk membeli mainan sekarang, kerana sudah banyak. Setelah ditentukan, saya memberitahu Leon bahawa dia boleh memilih, sebagai contoh, hanya satu mainan. Atau dua, tetapi berguna, yang mendidik. Tetapi pada hari yang lain dua mainan telah dibeli dan inilah robot… Dan Leo mula merayu saya untuk membelinya. Dan saya mula ragu-ragu sama ada ia berbaloi untuk membeli semua yang dia minta dan sama ada dia akan bermain, walaupun robot itu mendidik. Tetapi saya fikir setiap ibu sudah biasa dengan keraguan sedemikian.”
“Bolehkah saya katakan tidak? Ya, dengan tenang. Leon tidak pernah mengamuk di kedai, kami menyelesaikan semua isu dengan bercakap. Dan saya akan mengesyorkan strategi yang sama kepada anda – anda harus sentiasa bersetuju terlebih dahulu dengan anak anda jenis mainan yang akan anda beli dan juga menjelaskan bahawa anda melakukannya tidak lebih daripada contohnya sekali setiap dua atau tiga minggu. Dan jika mainan yang anda beli segera rosak atau dalam masa 2 minit disimpan di dalam rak, anda juga harus menjelaskan bahawa anda tidak akan membeli yang baru kerana dia perlu menghargai apa yang dia ada.”
Tambahnya lagi, untuk mengelakkan anaknya tantrum dia menggunakan kaedah berunding dan berbincang sejak anaknya masih kecil.
“Untuk mengelakkan tantrum, jelaskan bahawa hari ini anda akan membeli-belah untuk pakaian atau barangan runcit dan anda akan membeli mainan lain kali. Bercakap dan jangan menjerit, cuba berunding. Maka perjalanan membeli-belah anda akan berjalan lancar”
Warga maya turut berkongsi pengalaman sama namun kaedah memujuk anak berbeza mengikut situasi.
Tiga tahun lepas, sahabat saya Adhwa’ Nadirah Jamaludin ada berkongsi tentang ciri-ciri mak ayah derhaka.
Terperanjat saya.
Biasa dengar kisah anak derhaka. Tak sangka pula ada istilah ibu bapa derhaka.
Sebagaimana anak derhaka merujuk kepada mereka yang tidak jalankan tanggungjawab dengan baik kat ibu ayah, ibu ayah derhaka juga adalah mereka yang tak jalankan amanah Allah kepada anak-anak mereka.
Nauzubillah… Semoga checklist ini jadi muhasabah buat diri saya dan semua supaya kita hindarkan ciri-ciri ni ada dalam diri kita. 😖
Tapi demi mencari rezeki untuk keluarga kadangkala ayah terpaksa korbankan masa untuk dihabiskan bersama anak tersayang.
Tapi ia bukan alasan ayah tak boleh rapatkan hubungan dengan anak. Dalam keterbatasan waktu, ayah kena ada cara tersendiri untuk memastikan anak-anak tetap ‘merasai’ keberadaan ayah dalam hidup mereka.
Situasi tersebut dilalui sendiri oleh ahli perniagaan Andy Sulaiman yang menyedari masa kerjanya menyukarkan untuk dia sentiasa ada di sisi anak.
Namun cara sempoi yang diamalkan olenya untuk terus bonding dengan anak boleh dicontohi oleh ayah-ayah lain.
PAPA BUSY SANGAT KE?
Aku bukan lah seorang bapa yang baik. Yang ada setiap waktu dan ketika bersama anak-anak.
Kehidupan aku banyak ‘hidup’ di waktu malam. Perniagaan yang menjadi kerja utama aku sekarang, operasinya bermula petang dan berakhir di tengah malam.
Jadi, waktu dengan anak-anak amat lah terbatas. Aku pulang ke rumah, mereka sudah lena. Kadang, hanya sempat bertemu di waktu pagi, sebelum mereka ke sekolah.
Mereka pulang dari sekolah, aku sudah bersiap mahu keluar. Anak aku pulang dari sekolah jam 3 petang. Aku, kebanyakannya jam 4 atau 5 mula keluar rumah.
Jadi bagaimana? Baik anak, baik kita sendiri pun merasai ‘jarak’ ini tercipta dengan sendirinya.
Apa yang perlu dilakukan supaya anak-anak merasa kita masih ada bersama mereka?
Ada beberapa cara, yang mungkin membantu :
1) Semestinya lah kau ambil cuti beberapa hari jika perlu. Luangkan masa bersama mereka. (Aku kadang-kadang cuti pun sibuk hal lain juga. Huhu).
2) Kalau bercuti dan kalau berkemampuan, bawa mereka bercuti ke mana-mana sahaja dan luangkan masa sepenuhnya.
3) Baik, no 2 tu kalau mampu lah. Kalau tak mampu, duduk rehat saja di rumah dan cipta aktiviti-aktiviti menyeronokkan bersama mereka di rumah.
Contoh, menonton movie bersama mereka di rumah. Jika masih kecil, tonton kartun bersama.
4) No 1, 2 dan 3 berkisar tentang kau ambil cuti dan luang masa bersama mereka. Kalau tak dapat cuti? Haha nombor 4 ni tak penting. Aku andaikan sebagai iklan : Brojak Udang Galah Bakar Madu ada di Johor Bahru. Sekian.
Ok, kini kembali.
5) Ok,kalau tak dapat cuti, masa mana elok kau cilok sebagai tanda kau masih ada masa untuk mereka?
Jawapan, waktu mereka ke sekolah. Kalau mereka menaiki bas ke sekolah, sesekali kau kata “Hari ni tak payah naik bas. Papa hantar pergi sekolah”.
Atau kalau tugas hantar ke sekolah ni tugas wife, kasi wife rehat sesekali. Biar kita hantar. Dalam kereta tu berbual lah apa sahaja.
6) Tak dapat hantar dia ke sekolah sebab penat atau mengantuk, waktu anak-anak bangun bersiap ke sekolah, tahan mata tu sebentar.
Tidur selepas mereka ke sekolah. Masa mereka bersiap tu gunakan sebaik mungkin. Berkualiti.
7)Tanya isteri, ada apa-apa tak yang anak perlukan? Yang masih belum anak-anak dapatkan. Usahakan dan dapatkan apa yang mereka nak tu. Esoknya kalau sempat, beri sendiri ke tangan anak. Atau, pass pada isteri dan minta isteri bagitahu itu dari kita. Sekurangnya anak-anak rasa kita masih ambil peka kemahuan mereka.
8 )Di tempat kerja, jika boleh whatsapp atau call isteri, gunakan peluang ini. Tanyakan tentang anak-anak.
Apa yang mereka sedang lakukan. Sudah makan atau belum. Jika sudah sepatutnya waktu tidur mereka, tanya sudah tidur atau belum. Bab ini, isteri pula akan rasa bahawa walaupun kita sibuk, kita masih ambil tahu tentang anak-anak.
9) Anak-anak terutama yang masih kecil, mereka tak mintak pun kau bawa ke pusat membeli belah atau tempat mahal-mahal. Cukup sekadar kau bawa ke kedai runcit berhampiran rumah pun mereka dah suka.
Sebelum keluar menjalankan tugas, bawa mereka ke kedai runcit. Lepaskan mereka biar mereka ambil apa mereka nak. Berapa ringgit sangatlah, bukan setiap hari pun. Janji mereka happy.
10) Belikan hadiah. Ini sebagai pengganti diri kita yang selalu sibuk. Memang lah hadiah, harta benda tak boleh banding dengan perhatian.
Sekurang-kurangnya hadiah itu sebagai sesuatu yang menggembirakan di saat mereka mula rasa kita lupakan mereka. Hadiah itu simbolik kepada tanda ingatan kita kepada mereka.
Kita busy demi keluarga, keluarga tetap ter-utama.