Memang lelaki dan wanita berbeza. Namun tahukah anda betapa bezanya lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita bukan sahaja berbeza dari aspek fizikal semata-mata. Mereka juga berbeza dari aspek emosi dan cara pergaulan.
Satu kajian dibuat apabila 46,032 otak lelaki dan perempuan di scan. Ada beza otak lelaki dan perempuan. Dari gaya fikir, emosi dan perbuatan.
Antaranya, otak lelaki lebih kepada visual dan koordinasi. Otak perempuan aktif semua bahagian. Pusat fokus, buat keputusan, emosi dan mood.
Dalam perkahwinan. Jangan jadikan pasangan macam kita. Jangan harap mereka jadi acuan kita. Kita saling melengkapi dengan perbezaan.
Ads
Kita berbeza. Banyak faktor luaran dan dalaman. Terima seadanya. Baiki memperbaiki.
Ads
Contoh masa parking kereta. Perempuan buka pintu kereta. Nak tengok kereta dah masuk kotak parking ke belum. Siap minta tolong orang turun dan ketuk belakang kereta lagi. Atau kena ada juga ada orang cakap. Ok lagi sikit lagi sikit. Oppp. Cun.
Ads
Otak lelaki nak parking bontot punya lah senang. Pusing stereng kiri sikit kanan sikit. Kereta terpacak duduk dalam kotak parking. Senang je.
Kehebatan seorang isteri dalam menyelesaikan segala tugasan rumah memang tak boleh dinafikan lagi ya! Dalam pada si isteri memasak di dapur, dia masih sempat ambil pakaian kotor untuk dibasuh. Betapa lajunya otak wanita berhubung.
Pada kaum lelaki meh belajar sesame..
Isteri kita HEBAT..boleh jadi macam2, bermula dengan…
1- Jadi jam loceng utk kejut suami kerja 2- Jadi dobi siapkan baju 3-Jadi kantin buatkan sarapan 4-Jadi joki tgu depan pintu nak salam
*Pastu korang ingat dia rilek? Dia kena ulang balik dari Para 1 sampai 4 tu…Cuma untuk Anak pulak..Sambil sambung dengan no berikutnya…👇
5- Jadi makcik Van hantar anak sekolah 6- Dia pulak teruskan kerja dekat pejabat.. 7-Balik kerja jadi bibik ngemas rumah. 8- Jadi Chef pulak masak makan malam 9-Lepas siap dia lari belakang rumah pulak basuh baju. 10- Anak dah balik sekolah Yes nasi dah masak☺️Eh nak minta suap pulak😏 11-Lepas maghrib jadi cikgu tuisyen 12- Tiba masa nak tdo jadi housekeeping plak tukor cador.. 13- Anak dah tdo barulah dia dapat baring dan akhirnya melepaskan lelah seharian👏👏👏
Hebat X Isteri?🤩 Korang ingat dah selesai? Kul 2 pagi anak bangun “Nak Cucu”.. katanya..😋 Yang lelaki automatik xdengor dan buat2 tdo😴😴😴
14- Isteri bangun buat susu pulak..
Itulah antara 14 point yg aku jumpa..Yang suami janganlah sangkal salah satu point ni..Sebab kalau korang Sangkal sekalipun,Korang x mungkin Betul😝 Tu belum lagi aku sebut pasal KITA yg jadi punca point.15..
15. Baru je Isteri nak tdo selepas buat susu anak, dgn x semena mena,ada suara garau memanggil…Ayangg..😊( So bila Isteri akan habis kerja?) Kerja xhabis dik😂
*gambar sekadar hiasan😁
Sumber: Ig ajakshiro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya ubi kentang yang disimpan terlalu lama bertukar kepada warna hijau dan tumbuh tunas. Bagaimanapun kerana tak mahu membazir, ada sesetengah orang tetap menggunakannya untuk memasak..
Biasanya kebanyakan kita akan memotong bahagian hijau atau tunas tersebut. Namun sebenarnya, ubi kentang yang bertunas sebaiknya dibuang sahaja. Berikut tip penyimpanan untuk melambatkan kentang bertunas seperti yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra.
TIPS PENYIMPANAN KENTANG
Tempoh hari saya ada post tentang baki kentang yang dah 2 bulan tapi masih elok dan hanya sebiji 2 sahaja baru nak bertunas. Sebelum-sebelum ini, tak sampai 2 minggu pun semuanya dah bertunas.
Sekarang memang dah jarang sangat alami masalah kentang bertunas awal. Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan share sikit tip kentang.
Kentang ini kalau betul cara simpan, boleh bertahan hingga 4 bulan walaupun hanya simpan di dapur.
1. Jangan simpan kentang bersama bawang merah atau bawang putih kerana bawang ini akan menghasilkan gas yang cepatkan kentang bertunas.
2. Kentang perlukan pengudaraan yang cukup. Sebaiknya simpan kentang dalam bakul atau jaringan supaya cukup aliran udara.
3. Jangan simpan kentang bersebelahan dapur gas atau tempat memasak kerana suhu panas akan cepatkan kentang bertunas. Wap-wap terhasil pula akan menyebabkan kelembapan udara tinggi dan menjadikan kentang mudah berkulat dan busuk.
4. Penting untuk pastikan kentang disimpan ditempat yang kering tapi tak terlalu terang atau kena cahaya matahari atau lampu secara direct. Jika kentang mula bertunas dan berwarna kehijauan, itu tandanya kentang terdedah pada cahaya lampu.
5. Jika tempat simpanan kentang anda agak terang dan kena cahaya yang banyak, boleh juga tutup sedikit lapisan atas kentang dengan kain guni atau kain muslin. Tujuannya supaya cahaya tak kena secara langsung pada kentang tapi dalam masa yang sama kentang masih dapat pengudaraan yang baik.
6. Sesekali periksa keadaan kentang dan gunakan kentang yang mula bertunas dulu.
Peringatan jangan simpan kentang mentah dalam peti sejuk
Sesetengah orang gemar simpan kentang mentah dalam peti sejuk untuk panjangkan hayat kentang. Tapi sebenarnya bila kentang disimpan dalam peti sejuk (terutama dalam tempoh yang lama), suhu sejuk akan tukarkan kandungan kanji dalam kentang kepada gula. Akibatnya:
– Rasa kentang akan jadi lebih manis.
– Kentang akan berwarna kehitaman semasa dimasak akibat gula dalam kentang dikaramelkan.
– Kentang yang disimpan dalam peti sejuk mempunyai kandungan gula yang tinggi, jadinya cara ini sangat tak digalakkan bagi mereka yang perlu kawal pengambilan gula terutama yang mengalami masalah diabetes, ibu-ibu mengandung yang mengalami GDM.
– Kandungan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan kandungan toksin akrilamida lebih tinggi (bila kentang dimasak dengan suhu tinggi).
Saya simpan kentang dalam bakul dan anyam sendiri sahaja penutup dari tali hemp dengan bahagian tepi (atas) dibiarkan kosong . Boleh cover sikit kentang dengan kain guni atau kain muslin tapi pastikan tak mengganggu pengudaraan.
Kehidupan untuk bergelar ibu dan bapa sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Anugerah anak yang ingin dimiliki merupakan satu penyeri atau sumber kebahagian rumah tangga setiap pasangan. Tetapi adakah apa yang akan berlaku selepas kurniaan cahaya mata akan menjadi sama seperti jangkaan anda? Adakah segalanya akan berubah? Atau masih sama seperti sebelum anak-anak dilahirkan? Ikuti artikel ini bagi mengetahui perkara-perkara yang mungkin anda tidak jangkakan berlaku atau berubah setelah anak-anak ini dilahirkan.
Anda akan lebih menghargai ibu bapa anda sendiri
Jika dahulu semasa anda kecil, anda mungkin tidak terlalu menganggap segala perkara yang dilakukan oleh ibu dan bapa anda sebagai sesuatu yang hebat. Mungkin anda hanya menganggap ia sebagai perkara harian yang dilakukan oleh ibu dan bapa anda seperti memasak sarapan, mencuci pakaian, dan menghantar anda ke sekolah. Selepas anda memiliki anak dan melalui perkara yang sama seperti yang telah dilalui oleh ibu bapa anda, pandangan anda pasti berubah. Anda akan lebih menghargai segala jerih dan usaha ibu dan bapa anda dalam membesarkan anda.
Kehidupan sosial anda terjejas
Apabila bayi anda telah dilahirkan, segala keutamaan akan diberikan kepada si kecil anda terlebih dahulu. Kehidupan sosial anda akan menjadi satu perkara paling akhir yang hendak difikirkan. Ini kerana anda hanya akan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama anak anda hampir setiap jam dan minit. Anda hanya boleh merancang untuk meneruskan kehidupan sosial anda apabila anak anda tidur.
Mula kurang tidur
Jika dahulu anda kekurangan tidur disebabkan oleh masa yang dihabiskan dengan menonton bola sepak lewat malam atau bermain permainan video sepanjang malam. Kini, anda tahu bahawa tangisan bayi atau anak kecil anda akan menjadi punca utama anda tidak boleh melelapkan mata dan terpaksa berjaga sehingga mereka tidur kembali. Anda akan tahu betapa seriusnya kesan akibat daripada kekurangan tidur yang anda alami. Satu kajian mendapati bahawa, ibu baharu mempunyai tahap keletihan yang siginifikan walaupun setelah 18 minggu setelah melahirkan anak.
Sukarnya menjaga barang-barang yang cantik
Inilah tempoh dimana anda akan mula berpisah dengan segala hobi dan koleksi anda. Segala figura anime yang dibeli dengan harga ratusan ringgit hanya akan menjadi mainan dan gigitan anak anda. Dinding putih rumah anda akan mula menjadi kanvas seni luahan bakat lukisan anak anda. Koleksi pakaian anda akan mula tidak dihiraukan dan hanya akan menjadi pakaian harian anda di rumah atau mungkin anda tidak lagi memakainya.
Perancangan hanya tinggal perancangan
Anda mungkin menghabiskan masa berbulan-bulan merancang berkenaan apakah jenis atau kaedah keibubapaan yang anda ingin terap dan gunakan. Walau bagaimanapun, segalanya mungkin tidak mengikut seperti yang dirancangkan memandangkan anda hanya akan “go with the flow” atau tidak menjangkakan sebarang perkara yang mungkin terjadi. Apa yang penting, anda perlu kekal fleksibel dalam membesarkan anak anda kerana anda tidak mengetahui karakter sebenar si kecil anda.
Sekarang anda mungkin telah mendapat sedikit idea bagaimana sesuatu perkara boleh berubah secara drastik yang anda juga mungkin tidak sedari sejak kehadiran si kecil dalam kehidupan anda. Banyak lagi perkara-perkara lain yang mungkin akan berubah bergantung kepada kesediaan anda dan karakter anak anda. Ingatlah, si kecil anda mampu mengubah kehidupan anda 360 darjah.