Sikap terlalu percaya kata-kata rakan, nyawa bayi dalam kandungan hampir melayang apabila bayi mengalami fetal stres.
Perkongsian daripada doktor ini boleh dijadikan batas sejauh mana boleh meneka keadaan bayi dalam kandungan. Ibu yang mengalami pergerakan bayi yang perlahan percaya ia berpunca daripada ruang rahim semakin sempit sepertimana pendapat rakannya.
Pergerakan bayi seharusnya perlu dititikberatkan, kepekaan ibu dan kepantasan bertindak boleh menyelamatkan nyawa si kecil.
Dalam kes tengah malam, selepas jam 12 seorang ibu mengadu bayi dalam kandungan kurang bergerak.
Ads
Bayi tersebut ialah dari kandungan terlebih hari (postmatang). Bayi kurang bergerak & ibu tiada tanda bersalin. Tapi graf CTG menunjukkan bayi sedang stres (fetal distress).
Bila rahim dibuka, air ketuban hijau tanda bayi buang air besar. Tali pusat melilit ketat pada leher sebanyak 3 kali. Apa jadi kalau ibu ini terlewat datang!
Ads
“Kawan kata bayi cukup bulan kurang bergerak sebab ruang sempit…”. Ini yang jadi bila lebih percaya kata kawan daripada nasihat profesional.
Terlalu lama menanti, pelakon dan penyanyi Marsha Milan dan suami nekad untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat sedikit masa lagi.
Melalui perkongsian Harian Metro, Marsha dan suami yang sudah pun tujuh tahun menanti mencapai kata sepakat demi untuk zuriat mereka yang dinantikan sekian lama.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan.
“Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.
“Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal.
“Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya,” katanya.
Akui Marsha lagi, dia sememangnya seorang yang berfikiran positif malah tidak tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling mengenai soal zuriat.
Malah dia tambah semangat dengan sokongan peminat yang selama ini mendoakan zuriat buat dirinya.
“Saya minta mereka doakan dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif. Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat,” katanya.
Terdahulu, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015.
Saat tahu diri hamil dan bakal melahirkan zuriat, semestinya harapan seorang ibu nak semuanya baik-baik. Sebolehnya persiapan rohani dan jasmani dilakukan untuk mempersiapkan diri menerima kehadiran orang baru.
Bukan sahaja isteri, sokongan suami juga sangat membantu untuk ibu tenang melalui tempoh kehamilan selama 40 minggu. Sudah tentu kita juga mahu anak yang lahir sihat sempurna tubuh badan dan tiada komplikasi.
Bagi mengharungi tempoh kehamilan ini, banyak yang boleh dilakukan dan salah satunya ialah dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Ada banyak pilihan surah yang boleh ibu amalkan dengan harapan anak yang lahir nanti sempurna, soleh/solehah dan bijaksana. Berikut perkongsian Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Ini adalah 15 Surah pilihan buat ibu hamil :
1. Surah Al-Fatihah
Buat penerang hati dan penguat daya ingatan.
2. Surah Maryam
Agar dipermudahkan ibu bersalin dan melahirkan anak yang sabar dan taat.
3. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
4. Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan akhlaknya.
5. Surah Al-Fatihah, 3 Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Falaq berserta Ayat Kursi.
Menjadi perisai kepada kandungan sentiasa dilindungi. (Amalkan setiap malam sebelum tidur).
6. Surah Yassin
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak terpelihara daripada godaan syaitan.
7. Surah Al-Hujurat
Doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan melahirkan anak bersifat berhati-hati.
8. Surah Luqman
Agar melahirkan anak yang cerdik akal dan terang hati.
9. Surah An-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.
10. Surah Al-Imran (Ayat 38)
Doa agat melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.
11. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)
Doa memohon rahmat Allah.
12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)
Doa memohon keampunan Allah.
13. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
Doa agar anak rajin mengerjakan solat.
14. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)
Doa agar anak patuh akan perintah Allah.
15. Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Setiap lantunan yang disebutkan oleh ibu pasti didengari oleh anak dalam kandungan.
Maka surah-surah ini bukan sahaja menjadi gelombang tetapi turut memberi aura dan tenaga yang akan membesarkan anak agar lebih sihat dan penuh budi pekertinya.
Tidak dapat digambarkan kehilangan bayi dalam kandungan akibat kesilapan diri sendiri. Tujuan asal berurut untuk melegakan sakit-sakit badan lain pula jadinya apabila tukang urut mula sentuh perut.
Perkongsian daripada jururawat Bel Nawhen ini menimbulkan rasa sebak. Atas dasar percayakan tukang urut ibu muda akhirnya kehilangan anak sulung dalam kandungan sekelip mata.
Tukang urut berkenaan mendakwa bayi dalam kandungan ibu ini songsang dan telah diurut untuk memperbetulkan kedudukan. Episod kehilangan dimulai dengan rasa senggugut dan seterusnya pendarahan. Akhirnya bayi dalam kandungan tidak lagi bernyawa, pergi atas sebab kesilapan yang tidak dapat diperbetulkan lagi.
Mendapat mesej peribadi dari individu ini, saya turut merasa sebak di dalam dada. Betapa naifnya ibu muda ini.
Rakan saya yang pakar dalam perbidanan pun tidak boleh terus mengatakan bayi tidak berada dalam kedudukan betul mahupun songsang tanpa pengesahan dari ultrabunyi (ultrasound) dan dari penilaian doktor, inikan pula orang yang mengaku pandai mengurut kerana saya amat yakin tukang urut tidak semua mempunyai asas perbidanan serta berdaftar dengan lembaga bidan.
Berurut di bahagian abdomen boleh meransang pengecutan rahim dan menyebabkan keguguran.
Jadi, waspada apabila anda merasa kesakitan yang teramat sejurus selepas berurut. Urutan untuk melegakan ketegangan, mengurangkan stress dan mengurangkan lenguh-lenguh waktu hamil amat membantu, tetapi bila tidak ada keperluan, tidak kena tempat, tidak dilakukan oleh mereka yang berkepakaran, penyakit jadinya.
Dalam istilah perubatan, prosedur memusingkan bayi ini dipanggil ECV (External Cephalic Version) yang dilakukan oleh doktor perbidanan yang terlatih dibawah pengawasan mesin ultrabunyi.
Selain itu, CTG (Cardiotocography) juga akan diselia bagi melihat sebarang kemungkinan kepada kegagalan proses supaya pembedahan kecemasan boleh dilakukan.
Jangan tak tahu, dewan bedah juga sudah diminta dalam mode bersedia sewaktu ECV dilakukan kerana jika procedure gagal dan mengalami komplikasi, ibu akan ditolak untuk pembedahan.
ECV biasanya dilakukan semasa 36minggu kehamilan (mengikut jumlah kehamilan). Kejayaan pemusingan bayi songsang melalui teknik ECV ini adalah dalam lingkungan 50%.
TIDAK semua kehamilan songsang boleh dipusing-pusing. ECV tidak boleh dilakukan jika; 1) Kehamilan yang memerlukan pembedahan dilakukan seperti Placenta Previa type III dan IV. 2) Ibu mengalami perdarahan semasa hamil. 3) Air ketuban sudah pecah. 4) Kandungan kembar. ECV yang tidak diselia boleh menyebabkan; 1) Placenta Abruptio (Uri lekang dari dinding rahim). 2) Tali pusat menjerut/mengelilingi leher bayi (Cord Round Neck). 3) Uterine rupture (rahim pecah/luka). 4) Fetomaternal bleeding (masalah pendarahan ketika hamil).
Kerana itu, anda perlu dapatkan nasihat doktor dan jangan sewenang-wenang percaya kata-kata orang hanya atas alasan mereka lebih berpengalaman kerana mata kasar dan deria rasa tidak boleh scan kehamilan anda.
Memang dahulu ada mak bidan yang cukup mahir bab kehamilan tetapi mereka tetap menyerahkan kepada doktor dan hospital yang mempunyai peralatan lengkap jika komplikasi berlaku.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...