Memesan Ayam Goreng Kyochon di rumah pastinya tidak sama seperti menikmati ayam goreng rangup di restoran berkenaan. Terasa tidak puas makan. Ubah kelainan dan cabar diri untuk menyediakan sendiri Ayam Goreng Kyochon ini yang rupanya cukup mudah hendak dimasak.
Nak tahu macam mana caranya? Jom cuba resipi ringkas tapi padu yang dikongsikan oleh Oh Carol ini di facebooknya. Cukup sedap! Anak-anak pasti makan hingga menjilat jari!
Anak dara teringin nak makan ayam goreng ala-ala KyoChon. Nak bawak pergi MyTown, ibu tak confident dengan pandemic yang masih berleluasa. Ajar jer dia buat sendiri. Buat kudap-kudapan petang katanya. Siapa teringin, sila buat ye.
Bahan-bahan:
9 ketul kepak ayam
1/2 sudu kecil garam
Lada sulah secukup rasa
Tepung beras
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos:
4 sudu makan madu
2 sudu cili flakes
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
Sedikit bijan -disangai
Bersihkan bahagian kepak ayam. Saya potong 3 bahagian ikut ruasnya. Beli 9 ketui je.
Taburkan setengah sudu garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati guna tangan jer.
Ads
Taburkan tepung beras. Gaul sampai bersalut. Tak perlu letak air. Tepuk-tepuk manja bagi bersalut gitew. Janji semua bahagian kena.
Goreng. Make sure minyak panas. Sebaiknya, deep fry. Sebab tu saya guna periuk.
Dah siap goreng. Makan macam ni pun dah sedap. Nak ayam rangup, goreng 2 kali. Orang Korea selalu buat macam ni.
Cara buat bahan sos
Ads
Ni untuk salutan sos. 1 cup air. Bila air dah merenih, masukkan anggaran 4 sudu makan madu.
Cendol antara kudapan petang yang menjadi kegemaran ramai seisi keluarga. Biasanya cendol boleh didapati di gerai-gerai tepi jalan. Tapi kalau nak makan puas-puas mestilah kena buat sendiri. Jom cuba buat sendiri cendol menggunakan resepi mudah ini.
RESEPI MUDAH CENDOL PUAS MAKAN SENDIRI
Lunch semalam gi kedai nak kasi mask kat kakak. Tak sangka dapat resepi cendol dari pekerja dia. Jadi terus buat petangnya tu jadi arini Shida share resepi kat korang. 😘
Bahan-bahan:
1.5 kg Cendol segera
1tin susu sejat
1tin santan pekat
Secubit garam
Gula melaka /Gula merah
Ais
Cara-cara:
1. Nak lebih umph pakai santan kelapa parut yang diblend sampai jadi halus dan ditapis perah ambil santannya. Tapi Shida pakai santan kotak je la.
2.Ambil 1 tin susu sejat campur dengan santan pekat tadi anggaran 1tin. (Nisbah1:1)
3.Kacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.
4.Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5.Untuk penyediaan isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap ditambah ais.
Senang je rupanya. Tapiii rasa dia mengancam betul. Buat petang tadi one shot habis terus. Anak-anak semua cakap sedap.❤️
Pening mama papa dibuatnya bila si kecil mula bosan dan tolak nasi. Mesti mama papa akan risau kalau-kalau si kecil tak cukup nutrisi.
Sebenarnya mama papa boleh olah resepi makanan untuk tarik selera makan si manja. Yang penting mereka tetap dapat nutrisi secukupnya. Jom ikuti perkongsian ibu ini dalam mengolah menu makanan untuk si kecilnya.
Minum petang anak-anak harini ummi rajin sikit buat potato oat stick. Nasi dia kurang dah sekarang. Bagi dia carbo lain. Mak-mak jangan putus asa tau kalau baby tengah reject makanan 💪.
Bila si kecil dan masuk fasa makan ni, mummy kena rajin lah sikit masak macam-macam nak bagi anak berselera untuk makan kan? Tapi tak semestinya anak perlu makan plain sahaja, mummy boleh perasakan makanan anak dengan perasa semulajadi menggunakan ayam, ikan bilis, tomato dan sebagainya.
𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐁𝐘
Seperti perkongsian ibu ini, dia berkongsi cara membuat sebuk bilis untuk bayi.
Sini nak share cara buat serbuk bilis homemade, mudah je.
Yang perlu ada:
(1) Blender with miller (blender kering)
(2) Ikan bilis
(3) Air untuk rendam
(4) Bekas kedap udara
Cara-caranya:-
(1) First, kopek ikan bilis, buang kepala dan segala tulang.
(2) Rendam dalam air semalaman dan tukar air dalam 2-3 kali untuk buang masin ikan bilis tu.
(3) Esoknya, tapis ikan bilis dan biarkan kering.
(4) Sangai ikan bilis dalam kuali. Sangai ni tanpa minyak ya.
>> Proses ni agak makan masa, kena selalu kacau dan terbalikkan supaya ikan bilis tu masak rata.
(5) Angkat bila dah nampak rangup
(6) Biarkan ikan bilis tu sejuk kejap baru blend
>> Jangan blend masa masih panas, nanti bila nak simpan ikan bilis tu mudah rosak bila masih berwap
(7) Lepas dah blend akan dapat serbuk halus.
(Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk. InshaAllah boleh tahan dalam 2 minggu hingga 3 bulan!
Kredit : Simply Noorul
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!