Kuih tepung boko ubi kayu yang dulunya antara hidangan popular kini mula menjadi kesukaan ramai. Cuma bila tengok kuih tradisional ini, ramai terfikir cara nak buatnya susah.
Jangan risau, bagi yang teringin nak rasa kuih boko ubi kayu ni, senang saja nak buat sendiri di rumah. Mesti tak menyesal pun sebab rasa kuih legend ni sememangnya sangat sedap.
Teksturnya yang lembut, rasa lemak-lemak santan dan manis dari gula merah tu cukup sedap. Anak-anak kecil pun boleh makan. Memang anda tak akan menyesal bila dah buat sekali. Serius ia pasti buat anda akan buat lagi berkali-kali selepas ini.
KUIH TEPUNG BOKO UBI KAYU
Ads
Bahan-bahan A
3 cawan ubi kayu parut
2 cawan gula merah /
2 cawan gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan
Cara-cara:
1) Masak bahan-bahan di atas hingga larut. Tapis dan sejukkan
2) Campurkan ubi parut dengan air gula tersebut dan gaul rata. Tuang ke dalam bekas ikut saiz yang kita nak atau loyang saiz 7inci
3) Panaskan kukusan terlebih dahulu dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Angkat dan ketepikan
Ads
LAPISAN ATAS
Bahan-bahan:
Ads
2 cawan santan pekat
1 cawan air
140g tepung beras
50g tepung gandum
11/2 sudu kecil garam
Cara-cara:
Satukan kesemua bahan di dalam periuk. Kacau sehingga semua bahan larut.
Masak dengan api kecil hingga berwap.. kemudian tuang atas ubi yang dah masak tadi.. Kukus dalam 20minit Iagi.. Dah masak sejukkan dulu baru makan.
Selepas hari raya ini, menu ringkas seperti ikan goreng dan bilis sememangnya yang dicari-cari. Tak mahu ayam dan daging, apa kata kita cuba resipi ringkas Ikan Talapia ini.
Nak buat macam mana? Resipi ringkas perkongsian superdaddy, Khairul Abdullah iaitu Ikan Talapia Goreng Sambal Bendi ini kena cuba. Sedap terlebih!
Ikan Talapia Sambal Bendi gittuhh. Ikan garing rangup bersambal ni memang feveret semua orang kan? Aku pulak jenis campak sayur sekali dalam tu. Sekali harung senang. Lauk dan sayur siap sekali. Nak buat pun mudah aihh.
Bahan-bahan nak kena ada:
1 ekor ikan talapia/siakap, letak garam kunyit.
5-8 bendi, dicelur dulu dan baru potong serong.
3 sudu cili kisar
3 ulas bawang putih dikisar
2 ulas bawang merah dikisar
½ biji bawang besar dikisar
½ biji bawang besar dipotong bulat
2 sudu gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa
Garam secukup rasa
1. Goreng ikan sampai garing dan ketepikan.
2. Tumis cili kisar dan semua bahan kisar sampai garing dan harum pastu masukkan pes asam jawa dan gula melaka.
3. Dah pecah minyak elok masukkan bawang dan bendi. Kacau sekejap jer terus tutup api. Tuangkan atas ikan tadi.
Orang kata, makanan terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri dan disediakan sendiri oleh ibu untuk anak.
Ini kerana penyediaannya lebih terjamin dari aspek kebersihan dan keperluan nutrisi.
Bagi anak yang berusia 2 tahun ke bawah, tak sesuai lagi diberikan makanan orang dewasa kerana sistem pencernaannya sedang dalam proses menerima makanan pejal dan yang penting tiada garam dan penambah rasa.
Ok untuk panduan semua ibu, ada beberapa resipi lauk simple untuk anak yang boleh dimasak kurang daripada 30 minit oleh Puan Adila Akhir
1. Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•Serbuk Kunyit
•Bawang Besar
•Halia
•Carrot
Cara-cara:
•Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan goreng hingga masak. Ketepikan.
•Goreng bawang besar, halia, dan carrot hingga sedikit layu.
•Masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi dan masak seketika.
•Angkat dan toskan.
2. Sup Ayam
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•4 Sekawan
•Bawang Putih
•Bawang Besar
•Halia
•Minyak
•Carrot
•Celery
•CBB
Cara-cara:
•Panaskan minyak. Tumis 4 sekawan hingga naik bau.
•Tumis bawang putih, bawang besar, dan halia yang dihiris halus.
•Masukkan isi ayam dan biarkan hingga ayam keluar air.
•Masukkan air, CBB, dan kentang.
•Masukkan carrot dan celery bila kentang hampir empuk.
•Biarkan hingga sup mendidih.
3. Kari Ikan
Bahan-bahan:
•Ikan
•Halba Campur
•Bawang besar
•Bawang Putih
•Daun Kari
•Serbuk Kari Ikan
•Asam Jawa
Cara-cara:
•Panaskan minyak dan tumis halba campur.
•Masukkan bawang putih, bawang besar, dan daun kari hingga kekuningan.
•Masukkan serbuk kari ikan bersama sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
•Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
•Masukkan ikan hingga masak.
•Masukkan kacang bendi dan tomato jika suka.
4. Ikan Masak Asam
Bahan-bahan:
•Ikan
•Bawang Besar
•Bawang Putih
•Halia
•Serai
•Asam Jawa
Cara-cara:
•Goreng ikan hingga masak. Ketepikan.
•Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan serai yang telah dihiris.
•Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
•Masukkan ikan yang telah digoreng.
5. Sup Ikan
Bahan-bahan:
•Ikan
•Bawang Putih (dihiris)
•Bawang Besar (dihiris)
•Serai (diketuk)
•Asam Keping
Cara-cara:
•Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar, dan serai hingga wangi.
•Masukkan air dan asam keping. Biarkan mendidih.
•Masukkan ikan dan biarkan masak.
6. Udang Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
•Udang
•Serbuk Kunyit
•Bawang Besar
•Bawang Putih
•Halia
Cara-cara:
•Lumurkan udang dengan serbuk kunyit dan goreng. Ketepikan.
•Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia hingga garing.
•Masukkan semula udang yang telah digoreng tadi dan masak seketika.
•Angkat dan toskan.
7. Kari Ayam
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•4 sekawan
•Bawang Putih
•Bawang Besar
•Halia
•Daun Kari
•Serbuk Kari Ayam
•Serbuk Kurma
•Kentang
•CBB
Cara-cara:
•Panaskan minyak, tumis 4 sekawan.
•Masukkan bawang putih, bawang besar, halia, dan daun kari hingga wangi.
•Masukkan serbuk kari ayam dan serbuk kurma bersama sedikit air. Masukkan CBB.
•Masukkan ayam dan biarkan hingga naik minyak.
•Masukkan air dan kentang.
•Biarkan hingga ayam masak dan kentang empuk.
8. Begedil Ayam (frozen)
Bahan-bahan:
•Kentang (potong sederhana nipis)
•Isi Ayam (dicincang)
•Bawang Besar (dicincang)
•Daun Sup
•Telur
Cara-cara:
•Goreng kentang sampai masak dan toskan.
•Lenyek atau tumbuk kentang sampai lumat. Ketepikan.
•Tumis bawang besar dan masukkan isi ayam sehingga masak.
•Satukan ayam dengan kentang goreng yang telah ditumbuk/dilenyek dan daun sup.
•Masukkan kuning telur ke dalam adunan dan sebatikan.
•Bentukkan begedil.
•Celup begedil ke dalam putih telur dan goreng separuh masak.
•Toskan minyak dan simpan dalam freezer.
P/S: Bila nak makan, defrost begedil dan goreng sampai masak.
9. Ayam Masak Lemak
Bahan-bahan:
•Isi Ayam)
•Bawang Besar (dicincang atau ditumbuk
•Halia (diketuk)
•Serbuk Kunyit / Kunyit Hidup (ditumbuk)
•Ubi kentang
•Serai (diketuk)
•Asam Keping
•Santan
Cara-cara:
•Tumis bawang besar dengan sedikit minyak je (untuk bagi bawang sedikit layu).
•Masukkan air, serai, halia, asam keping, serbuk kunyit, isi ayam, dan ubi kentang. Masak hingga ayam masak dan kentang empuk.
•Masukkan santan dan biarkan mendidih.
P/S: Jika gunakan kunyit hidup, tumbuk sekali dengan bawang besar.
10. Egg Drop Soup
Bahan-bahan:
•Telur
•Bawang Putih
•Tepung Jagung
•CBB
•Sayur Sawi
Cara-cara:
•Panaskan minyak. Tumis bawang putih.
•Masukkan air bancuhan tepung jagung.
•Masukkan CBB.
•Masukkan batang sayur sawi hingga lembut atau hingga air mendidih.
•Masukkan daun sayur sawi dan tunggu seketika.
•Masukkan telur yang dicampur sedikit tepung jagung perlahan sambil dikacau mengikut arah lawan jam.
•Biarkan seketika.
11. Tomyam Ayam & Sayur
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•Bawang Putih
•Bawang Besar
•Homemade Tomato Paste
•CBB
•Broccoli
•Carrot
Cara-cara:
•Panaskan minyak.
•Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
•Masukkan isi ayam, tomato paste, CBB, dan sedikit air. Tunggu hingga mendidih.
•Masukkan broccoli dan carrot. Biarkan sehingga ayam masak, dan sayur lembut.
12. Kurma Ayam
Bahan-bahan:
•Isi Ayam
•4 Sekawan
•Bawang Putih (dicincang)
•Bawang Besar (dicincang)
•Halia (diketuk)
•Daun Kari
•Serbuk Kurma
•Kentang
•Carrot
•CBB
•Natural Yogurt Farm Fresh / Santan Segar
Cara-cara:
•Panaskan minyak.
•Tumis 4 sekawan hingga naik bau.
•Masukkan bawang putih, bawang besar, halia, dan daun kari hingga wangi dan sedikit keperangan.
•Masukkan sedikit serbuk kurma dan air hingga mendidih
•Masukkan ayam, kentang, carrot, CBB, yogurt/santan, dan air. Reneh hingga ayam masak dan kentang lembut.
Bayi berusia enam bulan sudah sepatutnya diperkenalkan dengan makanan pejal. Sebaiknya ibu masak sendiri makanan bayi daripada bahan yang berkhasiat. Selain menyihatkan kebersihan dan keselamatan makanan lebih terjamin.
Tentu pada peringkat permulaan, ibu pening kepala apa bahan yang patut diperkenalkan terlebih dahulu. Memang ada banyak cadangan bahan makanan yang patut diperkenalkan tetapi senarai makanan berikut adalah yang paling berkhasiat dan mesti diberi kepada bayi dalam bentuk puri.
Kentang
Bagi bayi berusia enam bulan yang baharu mengenal makanan pertama, ibu boleh beri puri kentang. Tekstur kentang yang lembut membantu anak mudah memakannya. Kentang juga kaya dengan karbohidrat, vitamin C dan B kompleks yang membantu penyerapan karbohidrat. Kentang mudah dihadam dan ini dapat mengelakkan bayi menghadapi masalah penghadaman.
Ubi keledek
Ubi juga boleh menjadi makanan pertama bayi kerana mengandungi khasiat yang diperlukan badan seperti vitamin A, beta karoten dan potasium yang tinggi. Bahkan ia juga kaya dengan vitamin E, kalsium, serat yang baik untuk proses penghadaman. Rasanya yang lemak manis juga pasti digemari oleh si comel anda.
Jagung
Jagung juga terkenal sebagai bahan makanan kaya dengan karbohidrat. Ibu boleh membuat bubur jagung manis atau dikisar sebagai puri. Jagung juga mengandungi kalsium dan fosfor yang penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi, kaya vitamin A dan B1 yang diperlukan oleh badan. Maka sumber vitamin A yang baik untuk kesihatan mata bayi bukan hanya diperoleh daripada lobak merah sahaja.
Pisang
Keenakan lemak manis pisang pasti digemari oleh bayi. Pisang kaya dengan kalium dan vitamin B. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam pisang lebih baik dibandingkan dengan buah dan sayur lain. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mengandungi empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat dan lima kali lebih banyak vitamin A dan zat besi.
Labu
Labu disarankan diberi sebagai makanan pejal pertama bayi kerana ia kaya dengan serat baik untuk penghadaman dan memiliki tekstur yang lembut. Ia mengandungi banyak khasiat seperti vitamin A, B, C, beta karoten, kalsium, zat besi, folat dan protein.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.