Anak dianggap penyeri dalam rumah tangga. Semestinya bagi pasangan yang berkahwin mengharapkan kehadiran si kecil sebagai pelengkap hidup suami isteri. Namun rezeki anak semuanya ketentuan ilahi.

Apa yang penting, usaha dan tawakal itu kunci segala-galanya. Mungkin bagi sesetengah pasangan, kahwin beberapa bulan dah hamil, namun ada yang bertahun-tahun menunggu pun masih belum ada rezeki sehingga tak mahu berharap lagi.

@raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku#masyaallahtabarakallah❤️🥰 #pejuanggarisdua ♬ original sound – Elita Kurnia

10 tahun menanti cahaya mata

Bagaimanapun, dalam satu perkongsian di TikTok, kisah pasangan dari Indonesia ini menunggu selama 10 tahun kehadiran cahaya mata akhirnya tercapai. Apa yang mengejutkan adalah wanita berkenaan dikatakan tidak tahu pun dirinya sedang hamil 9 bulan ketika itu.

Pagi Baru Tahu Hamil, Malam Bersalin. 10 Tahun Tunggu, Tak Sangka Dapat Baby!

Wanita yang dikenali sebagai Riri itu berkata, mulanya dia dah pasrah belum ada rezeki menimang cahaya mata walaupun dah 10 tahun kahwin. Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka, pagi buat ujian kehamilan, malamnya dah melahirkan anak.

Pagi Baru Tahu Hamil, Malam Bersalin. 10 Tahun Tunggu, Tak Sangka Dapat Baby!

IKLAN

Macam tak logik tapi hakikatnya memang sangat mengejutkan si ibu ini. Ia dianggap anugerah terindah yang tak disangka sama sekali, seperti bermimpi!

@bidanzulfa Sebuah kisah akhir tahun 2021 #bidanzulfa #kisahpejuanggarisdua #pejuanggarisdua #bidanjakartaselatan ♬ i love you baby – Emilee

Petang sakit kontraksi, malam bayi selamat dilahirkan

Dalam pada itu di TikTok Bidan Zulfa, dia berkongsi bahawa Riri sempat membeli ujian kehamilan pada waktu pagi dan tidak menyangka yang dia disahkan positif hamil.

IKLAN

Pagi Baru Tahu Hamil, Malam Bersalin. 10 Tahun Tunggu, Tak Sangka Dapat Baby!

Walau bagaimanapun, pada sebelah petang, Riri mula merasakan sakit kontraksi seperti nak bersalin dan pada sebelah malam akhirnya dia selamat melahirkan seorang bayi yang sihat sempurna.

Pagi Baru Tahu Hamil, Malam Bersalin. 10 Tahun Tunggu, Tak Sangka Dapat Baby!Dalam perkongsian tersebut, Riri menasihatkan kepada ‘pejuang garis dua’ yang menantikan kehadiran anak, jangan berputus asa. Sentiasalah berdoa, pasti di akhirnya ada kemanisan.

IKLAN

Kredit: raangju.l , bidanzulfa

Pagi Baru Tahu Hamil, Malam Bersalin. 10 Tahun Tunggu, Tak Sangka Dapat Baby!

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI