Pak Choy Ala Kedai Nasi Ayam, Sedap & Ringkas Untuk Ibu Berpantang. Nak Buat Tak Sampai 10 Minit!

Share

Kadang-kadang nak makan lauk yang ringkas je, itu lebih membangkit selera. Yang simple itulah buat kita makan bertambah sampai 2-3 pinggan! Tak semua orang suka makan sayur, tetapi jika dimasak dengan cara yang betul pasti rasanya sedap dan menyelerakan.

Salah satu lauk untuk berbuka puasa atau dijadikan menu bersahur adalah Pak Choy Sos Tiram. Bukan saja sesuai untuk seisi keluarga tapi untuk ibu yang sedang berpantang pun boleh sama-sama makan.

Mudah je untuk disediakan, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Pn. Liza Idris ni;

Nah resipi “Pak Choy Chicken Rice Shop Ala Kak Liza.”

Sedap, mudah dan berkhasiat. Simple tak sampai 10 minit siap.

Bahan-bahan:
2 pokok sayur Pak Choy.
3 atau 4 ulas bawang putih (dicincang)
2 inci halia (dicincang)
4 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1 biji cili merah
Sedikit bawang goreng
Serbuk lada

Baca Juga:

Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!

Resipi Lauk Pantang Orang Dulu-Dulu, Ikan Masak Lemak Lada Hitam. Sedap Makan Dengan Nasi!

Resipi Sambal Cekur, Ibu Berpantang Selera Makan. Nak Buat Senang, Tak Sampai 10 Minit!

Cara Memasak:

1. Potong bawah batang Pak Choy. Basuh bersih. Didihkan air. Pegang atas sayur, celur batang dulu macam gambar atas tu.

2. Angkat dan toskan.

3. Susun atas pinggan. Ikut la cara tersendiri. Tak berdosa pun kalau salah susun. 🙄

4. Hasil cincangan bawang putih dan halia. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga naik bau.

5. Goreng sampai kekuningan, biar garing sikit je.

6. Masuk 4 sudu besar sos tiram. Kacau bagi sama rata. Hidup kena adil. 🙄

7. Tambahkan sedikit air. Masuk tepung jagung yang dibancuh. Kacau sebati. Perasakan.

8. Hidangkan pak choy yang dicelur tadi bersama curahan sos tadi.

9. Tabur cili besar. Tak letak pun ok je. Saja la nak bagi seri.

10. Taburkan bawang goreng. Last sekali saya perasakan sikit dengan lada sulah. Tak letak pun takpa.

Percayala, yang tak suka sayur pun boleh ratah sampai licin.

Memang mudah sungguh nak buat, ambil masa tak sampai 10 minit pun nak buat. Sesuai dimakan dengan nasi putih atau bubur. Selamat mencuba!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN