Pengorbanan para petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertungkus lumus merawat para pesakit positif Covid-19 yang bekerja siang dan malam pastinya mendedahkan diri mereka dengan risiko untuk dijangkiti virus tersebut.

Namun dalam satu kenyataan KKM menegaskan bahawa sehingga kini, tidak ada anggotanya yang dijangkiti COVID-19 ketika berkhidmat di wad atau unit rawatan rapi (ICU) hospital rawatan COVID-19.

Pakai Baju Perlindungan Berlapis-lapis Demi Elak Penularan Virus, KKM Tegaskan Tiada Anggota Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Ketika Rawat Pesakit

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana anggota kesihatan KKM mengamalkan langkah pencegahan dan memakai alat pelindung diri (PPE) semasa menjalankan tugas.

“Apabila kita lihat barisan hadapan KKM yang dijangkiti, 181 orang dan dua kematian, yang mana kematian yang direkodkan ini mempunyai sejarah perjalanan ke Turki serta Indonesia dan tidak berkaitan dengan jangkitan semasa bekerja.

IKLAN

“Daripada jumlah 181 itu, 67 peratus iaitu 122 dijangkiti di luar kawasan hospital, contohnya menghadiri majlis perkahwinan dan sebagainya kemudian mereka datang ke hospital sehingga ada yang menjangkiti rakan-rakan mereka,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang doktor hospital swasta bahawa KKM gagal melindungi barisan hadapan perubatan sehingga menyaksikan kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti virus itu ketika bertugas.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata jangkitan melibatkan petugas kesihatan bermula di hospital swasta dan susulan itu, KKM mengadakan dua mesyuarat bersama hospital serta klinik swasta pada 1 dan 12 Mac untuk meningkatkan langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan.

IKLAN

Pakai Baju Perlindungan Berlapis-lapis Demi Elak Penularan Virus, KKM Tegaskan Tiada Anggota Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Ketika Rawat Pesakit

Bagaimanapun, hasil siasatan menunjukkan bahawa sejumlah 36 petugas kesihatan mendapat jangkitan COVID-19 daripada pesakit yang tidak memaklumkan perkara sebenar mengenai hubungan rapat mereka dengan individu yang berisiko tinggi.

Selain itu, sebagai langkah pencegahan, KKM telah menyaring lebih 2,000 petugas kesihatan termasuk di fasiliti swasta secara berkala.

IKLAN

“Jadi, kita tak tunggu sama ada mereka dapat gejala dulu baru kita nak saring sebaliknya kita saring semua secara berjadual dan lebih 2,000 kita dah saring,” katanya.

Jadi untuk hargai penat lelah pengorbanan barisan hadapan kita ini, yang bukan sahaja berkorban tenaga malah masa bersama keluarga kerana tidak dapat bertemu dengan keluarga sepanjang bertugas. Sebagai rakyat yang prihatin kita seharusnya patuh dengan arahan kerajaan dan amalkan langkah pencegahan. Semoga penularan ini dapat dibendung dan kita semua dapat menjalani kehidupan yang normal kembali.

Sumber: BERNAMA

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI