Anak-anak kecil ni, kadang dia ada pelat dan bahasanya yang sendiri jika mahu apa-apa. Jadi sebagai ibu bapa, perlu faham apa kehendak anak. Kadang bila kita salah faham, dari mood anak yang elok, terus jadi tak keruan kerana permintaannya tak dituruti.

Dalam tempoh anak-anak mebesar ini juga, sekiranya anak pelat, tugas ibu ayah atau ahli keluarga lain untuk sama-sama memperbetulkan sebutan tersebut. Nanti lama kelamaan anak akan boleh sebut elok.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Dewi Febriyanti, kisah anak keduanya ini benar-benar melucukan dan benar-benar ingat anaknya mahu mati. Sedangkan maksudnya adalah sebaliknya.

“Nana nak mati”

Ini kisah benar yang terjadi pada keluarga aku melibatkan anak kedua aku. Betul-betul terjadi, bukan rekaan.

Anak keduaku suka bahasakan dirinya “nana”, jadi kami terkadang memanggil dia dengan nama itu. Berumur 3 tahun.

Nana ini mulut memang macam murai. Tetapi bahasa dia tak semua sempurna. Ada kata2 yang dia masih memakai bahasa baby yang kami tak faham.

Aku sebagai mak dah macam detektif if nak paham sepenuhnya makna ayat dia.
Suatu hari, kami pergi bercuti. Bermalam dekat hotel 3 hari 2 malam.

Nana sangat seronok dengan pelbagai aktiviti sepanjang percutian itu. Sampailah percutian itu selesai. Kami balik rumah.

IKLAN

Anak-anak nampak keletihan. Dorang tidur awal. Tengah-tengah malam nana terbangun, dia kata pada kami “nana nak mati”, “nana lapa”. Dia ulang-ulang ayat itu.

Dari memula cakap elok-elok, sampailah dia nangis menjerit-jerit berkata “nana nak mati”.
Aku sebagai mak luluh hatiku tengok anakku macam kena sampuk. Aku dan suamiku berusaha tenangkan dia, tetapi dia tetap menangis dengan penuh kesedihan sambil berkata “nana nak mati”.

As parent’s kami dah fikir segala kemungkinan. Maybe anak kami kena sampuk, atau ada benda halus terikut kami balik rumah dan kacau anak kami. Maybe anak kami sakit.
Puas kami tanya “nana sakitkah?”. “Sakit sebelah mana, tunjuk pada mami”.

Berkali-kali aku dan suamiku pujuk supaya dia tunjuk bahagian mana yang sakit, tetapi dia menjawab “tak…nana nak mati”.

“Berkali Cakap Nana Nak Mati. Pujuk Nangis, Ingat Kena Sampuk Rupanya Nak MCD”

Perutnya ku sapu minyak, suamiku pula seketika ambil air sembahyang dan buat air doa untuk nana kami. Semakin kuat jeritan anakku saat suamiku tiup ubun-ubunnya sambil membaca doa. “Nana nak mati”.

Semalaman kami tak tidur nak tenangkan anak kami. Sedih dan panik jangan ditanya.
Aku berusaha mengingat apakah kami ada berbuat sesuatu yang kurang elok semasa percutian itu, sehingga anak kami jadi macam ini. Kami buntu.

Seingatku percutian kami berjalan lancar dan normal. Tidak ada kejadian pelik apapun.
Akhirnya nana tertidur keletihan. Letih menangis. Letih meratip “nana nak mati”.
Esok paginya anak sulung menegurku, kerana melihat muka aku serabai.

IKLAN

Suamiku memberitahu anak sulungku yang kami tak tidur semalaman kerana nana meragam macam kena sampuk.

Dengan sedih pula aku ceritakan pada anak sulungku bahwa adiknya meratip “nana nak mati” semalaman sampai keletihan dan tertidur.

Anak sulungku ini tidur ditingkat atas. Tutup pintu bila tidur. Jadi memang tak dengar kejadian malam itu.

Bingkas anak sulungku bangun untuk melihat adiknya. Dibelainya wajah adiknya dengan penuh kasih sayang, dibangunkannya perlahan.

Perlahan-lahan nana membuka matanya yang kembang kerana banyak menangis. Anak sulungku bertanya pada adiknya “nana nak apa?”, dijawabnya dengan lemah oleh adiknya “nana nak mati, kakak”.

IKLAN

Selamber anak sulung berkata pada kami :
“dia nak mekdi”
Whattt?!?!?

Rasa kena scam oleh budak kecik tu. Dia nak MEKDI rupanya. Baru aku teringat pada percutian itu suamiku memang ada membelikan mekdi untuk kami makan-makan.

Selepas kejadian itu, aku selalu bertanya pada kakaknya, risau aku atau suami tersalah erti lagi. Risau kejadian mekdi itu terulang kembali.

Kredit: Dewi Febriyanti

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

“Berkali Cakap Nana Nak Mati. Pujuk Nangis, Ingat Kena Sampuk Rupanya Nak MCD”

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI