Terdapat pelbagai manfaat yang boleh individu peroleh melalui penggunaan bengkung. Memakainya bukan sekadar membolehkan anda kelihatan ramping dan cantik selepas bersalin. Lebih daripada itu, ia bagus untuk kesihatan dalaman juga.
Oleh sebab itulah, semasa berpantang, anda sangat digalakkan untuk memakai bengkung. Tanpanya, berkemungkinan besar anda akan mengalami beberapa masalah berkaitan pertambahan berat badan. Ingatlah selalu bahawa berpantang secara tradisional sememangnya terbukti mampu mengembalikan bentuk badan idaman setiap wanita selepas melahirkan anak.
Lebih daripada itu, ia bagus diamalkan bagi menjaga kesihatan dalaman. Sebaik-baiknya ia tidak hanya dipakai selepas rawatan mengurut, bertungku atau bertangkas dalam tempoh 44 hari berpantang. Jika selesa, anda boleh berterusan memakainya semasa berada di dalam rumah.
Antara faedah memakai bengkung adalah seperti berikut:
Ads
Mengempiskan perut
Memperbaiki struktur kulit akibat kesan regangan
Membuang angin dalam badandan mengelak badan daripada dimasuki angin
Mengembalikan kedudukan rahim
Membantu mengelakkanrahim jatuh
Mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin
Mempercepat proses pengeluaran darah kotor
Membantu melegakan masalah sakit belakang
Memperbaiki kedudukan tulang belakang
Mengetatkan otot perut yang longgar semasa hamil
Mengelak masalah perut buncit dan menggelebeh
Memecahkan lemak dan selulit
Menggalakkan postur badan yang baik
Mencegah makan lebih banyak
Cara memakai bengkung dengan betul
Langkah pertama
Sediakan bengkung. Lapik bengkung dengan kain lain agar tidak kotor kerana anda mungkin menggunakan sapuan tertentu di bahagian perut. Alas bengkung dengan daun pandan, lengkuas, mengkudu atau apa sahaja jenis dedaun yang diingini.
Ads
Langkah kedua
Sapu herba, rempah, minyak atau krim khas untuk berbengkung pada bahagian perut, belakang badan dan paha.
Ads
Langkah ketiga
Pakai bengkung dengan cara berdiri atau berbaring
Langkah keempat
Lilit dan ikat bengkung dari bahagian bawah dan seterusnya ke atas bahagian tubuh dengan kemas.
Anda sangat digalakkan untuk memakai bengkung sekurang-kurang selama lima jam sehari. Bagi anda yang bersalin melalui pembedahan caesarean perlu tunggu sekurang-kurangnya hingga sebulan sebelum mula memakai bengkung.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peranakan jatuh atau urogenital prolapse adalah keadaan di mana rahim dan organ terdekat dengan rahim seperti pundi kencing, usus dan rektum (tempat simpanan najis sebelum dikeluarkan) turun ataupun tersasar dari tempat asalnya, atau biasa orang panggil ‘peranakan jatuh’.
Kedudukan rahim ni berdekatan dengan pundi kencing, rektum dan usus dan bersambung antara satu sama lain. Maka jika rahim tu ‘jatuh’ atau turun ke bawah, rahim ini akan menarik turun organ-organ yang telah dinyatakan. Peranakan tu orang ingat rahim sahaja, tapi saya lebih suka anggap peranakan tu rahim dan apa-apa organ yang berdekatan dengan rahim ( pelvic organs )
9% wanita akan mengalami simptom-simptom peranakan jatuh ni. Dan secara kesuluruhan, wanita yang akan melalui pembedahan untuk membetulkan peranakan yang jatuh dalam 11-19% dalam hidupnya
Apa yang sebabkan peranakan jatuh?
UMUR
Peluang untuk dapat peranakkan jatuh berganda dengan bertambahnya 10 tahun umur. Contoh – Mak esah punya peluang untuk dapat peranakan jatuh pada umur 50 tahun lebih kurang 2%. Bila umur beliau dah jadi 60 tahun , peluang meningkat menjadi 4%. Kalau umur beliau lanjut menjadi 70 tahun peluang menjadi 8%. Begitulah seterusnya. Ini contoh sahaja, bukan bermakna umur 50 tahun risiko dapat peranakan jatuh adalah 2%. Saya bagi analogi je supaya mudah faham. Kenapa ada kaitan dgn umur? Otot bernama Levator ani mengalami pengerasan dan seterusnya kurang anjal. Walaupun mak esah tak pernah beranak sekalipun, peluang nye tetap berganda bila umurnya meningkat. Kalau beranak banyak lagi lah kan?
MENGANDUNG dan BERSALIN
Mengandung seterusnya bersalin meningkatkan peluang untuk mendapat peranakan jatuh. Lagi banyak beranak, lagi senang kena. Orang tak pernah beranak pun tak terlepas ye. Kebanyakkan wanita yang sudah beranak lebih kurang 50% akan mendapat peranakan jatuh. Yang tak pernah beranak dalam 2% ( sikit tapi tak bermakna takda dapat langsung ). Sekali lagi proses melahirkan tu menyebabkan otot levator ani mengeras dan menjadi kurang anjal. Ada kajian yg cakap ada kaitan kerosakkan saraf pudendal masa bersalin – masa faraj kembang di saat kepala bayi nak keluar.
Jangan lupa koyakkan masa bersalin tak kisah la sikit ke banyak ke ataupun guntingan episiotomi turut menyumbang kepada kejadian peranakan jatuh.
Bila dah cerita mcm ni, ramai plak takut nak beranak normal sebab risiko di kemudian harinya dapat peranakan jatuh. Berpusu-pusu pula orang mintak beranak secara C-section pula kan? Ni nak bagitahu, utk mengelakkan 1 masalah peranakan jatuh, 7 orang wanita perlu menjalani C-section dan perkadaran ini adalah tak berbaloi dan tak signifikan.
Yelah operation C-section bukan macam picit jerawat kat muka, pelbagai komplikasi yang tak diingini boleh berlaku. Maka sebab tu saya cakap tak berbaloi untuk mintak c-section dengan pemikiran untuk mengelakkan peranakan jatuh pada masa hadapan. Pikir betul betul. Kalau ada sebab utk C-section yang mana doktor fikirkan perlu, tu dah lain cerita.
OBESITI
Lagi obes seseorang wanita tu, lagi tinggi peluang untuk dapat peranakan jatuh. Ada kaitan dengan tekanan yg tinggi di dalam perut sekaligus menekan organ-organ peranakan ni turun. Ha ape lagi? Kuruskan badan !
MEROKOK
Baguihla gomen dah kuatkuasakan larangan merokok kat premis awam. Tu pun masih ada yang degil merokok sana sini. Merokok akan sebabkan wanita tu batuk-batuk lama seterusnya tekanan dalam abdomen naik lama kelamaan akan menekan organ peranakan supaya turun. Dahla merokok, pastu berat badan pula berlebihan, lagi lah senang peranakan jatuh.
PEKERJAAN
Pekerjaan yang melibatkan sesorang tu kena angkat benda-benda berat teramat untuk suatu jangka masa yang lama akan menyebabkan peranakan jatuh. Kalau sehari dua angkat berat takda isu.
SEMBELIT
Untuk mereka yang ada masalah sembelit untuk suatu jangka masa yang panjang, kena meneran teruk semasa berak berpotensi dapat peranakan jatuh.
KELUARGA DENGAN PERANAKAN JATUH
Risiko untuk menjalani pembedahan untuk membetulkan peranakan jatuh meningkat jika mak, kakak atau adik beradik ada juga masalah peranakan jatuh
JENIS RAWATAN
Rawatan untuk masalah peranakan jatuh bergantung betapa teruknya keadaan, kesesuaian pembedahan dan ape yg pesakit mahu. Ada yang sesuai pakai gelang ( Ring pessary ). Ada yang perlu operation untuk betulkan kedudukan pernakakan, ada yg perlukan rahim dibuang ada yang tak perlu apa-apa. Again, bergantung kepada permasalahan pesakit.
Dah baca kan? Ada saya cakap bersenam pegi workout atau gym atau pergi marathon, jalan terkengkang kengkang atau tak makan jamu atau tak berurut tak bersengkak tak makan produk suplemen menyebabkan peranakan jatuh ? ?
Setelah enam tahun menunggu zuriat, pempengaruh media sosial, Beby Tora selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada awal pagi Isnin, sekali gus berkongsi detik paling bermakna dalam kehidupannya sebagai seorang ibu.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Beby Tora menerusi satu hantaran di media sosial yang mencuri perhatian ramai pengikutnya. Dalam perkongsian berkenaan, beliau meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki yang tidak ternilai daripada Allah SWT.
Dalam hantaran yang sama, pemilik nama sebenar Atierah Zulfatie Zulkiffli memuat naik gambar anaknya bersama suami sambil menzahirkan kesyukuran atas kelahiran puteri sulung mereka.
“Alhamdulillah, masha-Allah tabarakallah. Selamat melahirkan anak perempuan semalam secara caesar dengan berat 2.96 kilogram,” tulisnya ringkas namun penuh makna.
Beby Tora turut memaklumkan bahawa anak perempuannya itu turut diberi nama Nur Hayfa Ameena, sekali gus memperkenalkan cahaya mata sulung yang dinanti-nantikan selama ini.
Menurut perkongsian tersebut, Beby Tora selamat menjalani proses kelahiran secara pembedahan atau caesarean. Keadaan ibu dan bayi dilaporkan berada dalam keadaan baik, sekali gus melegakan hati ahli keluarga dan para peminat.
Kelahiran Nur Hayfa Ameena disambut dengan penuh kesyukuran dan doa agar anak tersebut membesar sebagai insan yang solehah serta menjadi penyejuk mata buat kedua-dua ibu bapanya.
Pada tahun lalu, Beby Tora pernah berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil selepas menanti kehadiran zuriat selama enam tahun. Perkongsian itu sebelum ini turut mendapat sokongan dan doa daripada ramai pengikutnya.
Kisah penantian tersebut menjadikan kelahiran Nur Hayfa Ameena sebagai satu anugerah yang amat bermakna buat Beby Tora dan suami. Ia juga menjadi inspirasi kepada pasangan lain yang sedang melalui fasa menunggu zuriat.
Ruang komen turut dibanjiri ucapan tahniah dan doa daripada pengikut serta rakan selebriti media sosial.
Rata-rata warganet turut meluahkan rasa gembira dan terharu atas kelahiran anak pertama pempengaruh tersebut, lebih-lebih lagi selepas mengetahui perjalanan panjang yang ditempuhi sebelum bergelar ibu.
Kisah Beby Tora selamat melahirkan anak sulung bukan sahaja menggembirakan peminat, malah menjadi simbol harapan kepada pasangan yang masih berusaha mendapatkan cahaya mata.
Bila makan macam-macam, perut pun mulalah meragam. Perut rasa tidak selesa dan sebu, rasa macam nak muntah. Rasa ada ‘angin’ dalam badan. Macam-macam petua tradisional juga yang boleh dicuba untuk menghilangkan angin dalam badan.
Mengikut perkongsian petua oleh Khairul Hakimin Muhammad, beliau berkongsi cara untuk membuat susu dengan campuran madu dan halia tua yang telah diajar oleh isterinya untuk mengatasi masalah ini, supaya angin dapat keluar dan lawas dengan baik.
Menurut beliau lagi, syarat utama petua minuman ini ialah perlu menggunakan susu tepung.
SUSU BUANG ANGIN
Bahan-Bahannya:
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar madu
1/2 inci halia tua
1 cawan air panas
Cara membuat:
2. Kemudian letakkan air mendidih separuh cawan dahulu dan campakkan halia tadi. Biarkan dalam seminit.
3. Masukkan pula madu.
4. Setelah itu masukkan pula susu tepung.
5. Akhir sekali, kacau dan tambah air panas lagi. Minum sejam sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Kos bersalin hospital kerajaan terkini bagi Kelas 1, 2 dan 3 termasuk bersalin normal, caesarean dan kes khas. Panduan lengkap untuk bakal ibu bapa di Malaysia.