Tahniah diucapkan buat pemilik jenama Leeyana Rahman yang mesra dikenali Yana Lee selepas selamat menimang anak keduanya semalam.
Menerusi Instagramnya, Yana berkongsi perkhabaran gembira kelahiran anak perempuan keduanya itu yang dilahirkan dengan berat 3.07kg.
Malah isteri kepada Hafiz Hamid ini juga turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki di bulan Syawal ini malah dipermudahkan urusan kelahiran bayi keduanya.
“Alhamdulillah syukur hari ni pukul 3:27 pm mama selamat melahirkan babygirl seberat 3.07kg . *Bajupink untuk raya ke 4.
“Thank you baby bagi can mama makan makanan raya puas puas :),” tulis Yana berkongsi.
Berbanding pengalaman melahirkan anak pertama, kata Yana, kelahiran kedua ini mencatatkan pengalaman berbeza bagi dirinya. Kongsi Yana lagi, walaupun dia menerima suntikan epidural bagi mengurangkan sakitnya, namun seakan terasa tidak berkesan.
Malah kata Yana lagi, kelahiran bayi keduanya ini amat istimewa kerana disambut oleh suaminya sendiri.
Ads
“Sakitnya nak bersalin Tuhan je tahu. Pakai epidural kali ni tapi macam tak ada rasa pakai epidural. Tak berkesan.
“Alhamdulillah Allah bagi nikmat merasa sakit bersalin. And kali ni Dr Kham bagi peluang papa dia keluarkan baby.
“Baru dia nampak susahnya nak bersalin. Tergamam terus! Lepas ni kalau tak sayang lebih tak tau lahh,” kongsinya bercerita.
Sakit yang berbeza kata Yana, namun dia bersyukur kerana dipermudahkan segalanya.
Ads
“Betul orang cakap, lain anak lain sakit bersalin dia. Sakit kali ni ya Allah Tuhan je yang tahu. Masa anak first tak sesakit macam ni. Semoga sakit ni asbab penggugur dosa,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, suami Yana, Hafiz Hamid turut meluahkan rasa syukur dan berkongsi rasa keajaiban saat menyambut anak keduanya itu.
Ads
“05.05.22. Alhamdulillah segala puji bagiMu ya Allah ❤️ Welcome to the world buat Puteriku Sayang. (For now, nama dia puteri yea sbb takde nama lagi 😆) Semoga kamu menjadi penyeri hidup papa mama & menjadi anak yg solehah. Amin.
“Sebak sgt even this is not our first time , tp sbb Dr. Khamsiah beri peluang utk papa sambut sendiri awak syg. MasyaAllah. Rasa mcm tak percaya. Miracle sgt. Thank you Dr. You always amaze me.
“For those yg mendoakan kami, sy ucapkan ribuan terima kasih. Asbab doa kalian, Allah permudahkan segalanya. Semoga doa yg baik , berbalik kpd korang semua yea,”tulisnya.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan ibu yang hamil atau menyusukan anak sahaja yang cepat terasa lapar walaupun baru saja makan, boleh dikatakan kebanyakan wanita mengalami masalah ini. Rasanya baru satu jam lepas makan, sekarang perut menjerit lagi kelaparan. Kalau boleh, nak mengunyah je rasa. Untuk wanita yang bekerja terutamanya, mesti kena ada snek atas meja. Sambil-sambil buat kerja, mulut pun tak berhenti makan.
Perasaan lapar sebenarnya respon tubuh ketika ia memerlukan tenaga untuk melakukan aktiviti. Semakin banyak pergerakan yang kita lakukan, kita akan memerlukan lebih banyak tenaga. Itulah yang menjadi penyebab mengapa kita sentiasa rasa lapar. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang menjadi punca mengapa kita selalu merasa lapar.
Salah satu sebab lain yang menyebabkan seseorang wanita gagal mengawal selera makan adalah apabila di tempat kerja, mereka mempunyai kawan yang selalu bawa bekal. Kita cenderung untuk menikmati makanan tersebut melebihi kawan yang membawa bekal itu. Sebab itulah, asyik lapar. Ada supplier makanan duduk di sebelah!
Umum mengetahui Jumaat lalu, Abby Abadi terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi walaupun usia kandungan ketika itu baru mencecah 24 minggu. Ini disebabkan berlaku beberapa komplikasi yang boleh membahayakan Abby dan bayi dalam kandungannya.
Ketika dilahirkan berat bayi lelaki itu hanya mencecah 540 gram sahaja. Kini anak lelaki mereka yang dikenali sebagai Baby D sedang menerima rawatan di NICU untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, selepas kelahiran bayi lelaki, suami Abby, Faizal Zakaria memberitahu keadaan baby masih belum stabil.
Apa yang mengembirakan pasangan ini perkembangan positif telah ditunjukkan oleh bayi lelaki selepas tiga hari dilahirkan.
“Baby tahu tak kat luar sana semua doakan moga baby sihat, baby kuat. Abah dan mama ta putus berdoa pada baby D.” Tulisnya.
Ramai yang turut mendoakan
Berita baik tersebut turut disambut baik oleh para peminat dan netizen. Ramai yang mendoakan agar anaknya itu akan sentiasa dalam keadaan sihat dan membesar dengan baik.
Baby tahu tak kat luar sana semua doakan moga baby sihat, baby kuat….Ada yang doakan di Madinah Mekah.
Pusat Tahfiz pun ada buat solat hajat untuk baby…semua sayang baby
Mama pun dah sihat..BP mama tak tinggi sgt dah….Baby jangan risau tentang mama ya. Allah ada, Allah yang lebih berkuasa dari segala2nya….
Baby x keseorangan kat NICU, abah dan mama akan sentiasa datang jumpa baby…..
Tadi lama sangat baby pegang jari mama….nampak kuat jari baby pegang jari mama….Abah tahu dalam diri baby ada kekuatan mcmana dalam diri mama…
Abah sayang baby dunia akhirat….Abah sayang semua, Abah doakan agar kita semua dapat berkumpul.
Hari ke-4..Baby D hari ni abah turun tengok baby lagi…Alhamdullilah perkembangan baby terus positif
Mancung hidung Baby D. Mesti ikut abah ni betul tak mama @abby_abadi112 . Baby D dah kencing ya…abah pegang kaki baby terus kencing…Doc kata itu perkembangan baik sangat-sangat. Lega hati abah.
Baby D dah minum susu mama, InsyaAllah boleh jadi lebih kuat….abah akan hantar susu untuk baby tiap-tiap jam tiap-tiap hari. Jangan risau baby D akan terus dapat minum susu mama.
Baby tiap kali abah jumpa baby, abah akan azan biar baby dengar…abah mengaji untuk baby terus kuat..
Walaupun kdg kala tu rasa sebak, tapi abah kuatkan juga…abah nk baby dengar betapa nikmatnya kalimah azan…
Ramai yang doakan baby D tiap2 hari, semua nak baby sihat…abah dan mama tak sabar nk peluk baby. Abah dan mama sentiasa doakan baby D agar panjang umur, diberikan kesihatan yang terbaik, abah sayang baby…abah rindu baby
Abah harap baby terus kuat dan kuat….kalau sakit ini boleh ditukar ganti…dah lama abah lakukan…
Ya Allah, aku hamba yang hina dan tidak layak untuk aku meminta dengan Mu, Tapi Engkau Yang Maha Pemurah, Engkau Yang menjadikan Alam ini, Engkau Yang boleh hidupkan yang mati, Engkau yang lebih berkuasa dari segala2nya
Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, panjangkan umur baby D, Kau berikan kesihatan yang terbaik untuknya…Kau berikan berita gembira untuk kami dan Kau hindarkan berita kedukaan untuk kami
Sayang Abah…..jangan risau abah tetap bersama baby setiap masa…kerna abah tidak akan jemu untuk perdengarkan azan, alquran untuk baby…biar roh2 kalimah Allah terus bersama Baby D setiap saat dan waktu.
Sumber: ig Faizal Zakaria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Proses perubahan hormon semasa kelahiran dan melahirkan anak membuatkan haid terhenti seketika. Namun jika haid masih belum lagi datang walaupun selepas setahun melahirkan anak, ada baiknya mama pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Dengarkan perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) yang menjelaskan secara terperinci buat semua ibu-ibu.
Selepas melahirkan anak, selalunya wanita akan mengalami gangguan kitaran haid. Selalunya seorang wanita akan mengalami haid semula antara enam hingga dua belas bulan.
Namun jika hal ini berlanjutan lebih dari setahun, terdapat gangguan hormon (ketidakseimbangan hormone) yang serius berlaku dalam tubuh wanita tersebut.
Selain itu selalunya selepas melahirkan anak, seorang wanita dinasihatkan mendapatkan suntikan pencegah kehamilan. Suntikan ini dikenali sebagai Provera (Medroxyprogesterone Acetate) adalah hormon progesterone sintetik yang menggangu kitaran haid.
Masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga mengganggu kitaran haid. Obesiti juga mungkin disebabkan oleh masalah kekurangan hormone thyroid (hypothyroidism) di mana mungkin sesetengah orang mengalami masalah kesukaran untuk menurunkan berat badan.
Masalah tekanan emosi sepanjang tempuh pantang seperti tidak cukup tidur kerana memberikan perhatian pada anak dan terpaksa bangun setiap 2 jam bagi menyusukan anak juga mempengaruhi hormone seterusnya mengganggu kitaran haid.
Saya mencadangkan agar puan-puan melakukan pemeriksaan doctor, bimbang ia disebabkan oleh masalah yang lebih besar seperti ketumbuhan atau masalah pramatang menopause yang sering berlaku pada wanita muda di zaman ini.
Selalunya doctor akan membuat pemeriksaan hormon dengan mengambil sampel darah bagi melihat tahap hormone-hormon seperti testosterone, estrogen, thyroid dan beberapa jenis hormone lagi.
Selain itu doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat bayangan organ dalaman seperti ovari, rahim atau mungkin ketumbuhan lain yang ada dalam rongga pelvis.
Pemeriksaan MRI hanya akan dilakukan jika doctor melihat ada sesuatu yang tidak normal dalam pemeriksaan darah atau ultrasound. Jadi proses diagnose yang dilakukan agak rumit dan mengambil masa. Harus bersabar dan menurut saja arahan doctor untuk setiap pemeriksaan.
Kredit: Dr Zubaidi Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!