Ramai orang tahu yang bermain adalah waktu belajar bagi kanak-kanak. Tapi adakah kita betul-betul tahu mainan yang macam mana yang sesuai untuk anak-anak untuk meningkatkan pembelajaran mereka.

Bagi membantu ibu bapa, Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim menyenaraikan beberapa jenis mainan yang perlu ada di atas rak di rumah anda, terutamanya bagi kanak-kanak yang kebanyakan masa berada di dalam bangunan /rumah.

Pakar Kongsikan Mainan Ini Patut & Wajib Ada Di Rumah Untuk Anak Main!

Ianya penting supaya kanak-kanak mendapat rangsangan yang secukupnya untuk perkembangan mereka.

Mainan ‘cause & effect’

Pakar Kongsikan Mainan Ini Patut & Wajib Ada Di Rumah Untuk Anak Main!

Mainan macam ni sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 bulan – 2 tahun kerana mainan sebegini banyak memberikan input sensori pada kanak-kanak. Mainan sebegini biasanya perlu ditekan, dipusing, dipicit, digoncang dll lagi untuk menghasilkan effect. Memahami cause & effect adalah kemahiran kognitif (berfikir) yang biasanya terbentuk pada usia 3-6 bulan lagi.

Kemahiran paling awal adalah bayi 0 dan kesannya, ibu datang memberi susu, menukar lampin dll respon yang diperolehi hasil dari tangisan tadi. Apabila usia mereka meningkat, mereka akan belajar kemahiran cause & effect yang lebih kompleks seperti menggoncang rattles, menekan butang, dan lain-lain. Sebab tu kalau kita tengok, kanak-kanak suka main suis lampu, sebab bila di tekan, lampu menyala. Bagi kanak-kanak ianya adalah mainan cause & effect.

Jadi apa kaitan mainan cause & effect dengan pembelajaran kanak-kanak?

Kaitannya, permainan cause & effect akan meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak iaitu kemahiran berfikir & menyelesaikan masalah. Bila kanak-kanak boleh berfikir dengan baik, sudah semestinya boleh belajar dengan baik, lebih fokus dan lebih kritikal pemikiran mereka. Mudah untuk mereka memahami apa yang terjadi di sekeliling mereka.

Mainan Konstruktif (boleh dibina dan disusun)

Pakar Kongsikan Mainan Ini Patut & Wajib Ada Di Rumah Untuk Anak Main!

Apabila mencecah usia 18 bulan, kanak-kanak suka pada sesuatu yang membina dan menyusun. Jadi kita akan lihat kanak-kanak akan menyusun objek samaada menyusun secara berderet atau meninggi. Jadi pada ketika ini anda boleh dedahkan kanak-kanak dengan permainan2 yang membolehkan mereka menyusun dan berfikir pada masa yang sama. Selain itu, menyusun, memasang, memanipulasi objek dengan tangan membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor halus mereka.

Pada peringkat awal, mungkin anda boleh membina sesuatu yang mudah-mudah dulu, tapi makin meningkat usia kanak-kanak, anda boleh tingkatkan kesukaran untuk menyusun dan membina sesuatu yang lebih kompleks. Dengan cara ini boleh tingkatkan imaginasi kanak-kanak juga.

IKLAN

Mainan ‘messy’

Pakar Kongsikan Mainan Ini Patut & Wajib Ada Di Rumah Untuk Anak Main!

Mainan ‘messy’ adalah mainan yang melibatkan sesuatu yang comot. Mungkin kurang menyenangkan bagi sesetangah orang, tapi bagi kanak-kanak permainan sebegini adalah menyeronokkan. Tapi ada juga kanak-kanak yang sukar untuk tolerate dengan mainan ‘messy’ ni.

Mainan messy ni sebenarnya banyak memberi manfaat pada kanak-kanak. Bukan sahaja boleh enjoy bermain malah banyak rangsangan yang boleh diperolehi bergantung kepada jenis messy play. Antaranya adalah dapat tingkatkan kepekaan deria (sensory), meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar, manipulasi tangan dan anggota badan, belajar berfikir & menyelesaikan masalah dan macam-macam lagi.

Dengan adanya kepekaan deria yang baik dan stabil, kanak-kanak akan lebih fokus untuk belajar. Jadi pembelajaran akan terjadi dengan lebih cepat dan berkesan. Jadi banyak-banyakkanlah messy play di rumah ya.

Pelbagai stage umur boleh main mainan sebegini. Untuk kanak-kanak yang kecil seperti 1 tahun ke atas anda mungkin boleh main menggunakan bahan-bahan simple je seperti buih sabun, makanan melekit.. nak main pasir ke playdough pun boleh cuma kena perhatikan lah.. takut masuk mulut pula nanti. Bila makin besar boleh je main bahan yang sama, cuma tingkatkan kesukaran dan imaginasi je lah.

Mainan untuk berpura-pura/berlakon

Pakar Kongsikan Mainan Ini Patut & Wajib Ada Di Rumah Untuk Anak Main!

IKLAN

Sebenarnya setiap peringkat dan cara kanak-kanak bermain menggambarkan tahap perkembangan mental (kognitif) mereka. Antaranya adalah permainan pura-pura atau ‘pretend play’.

Melalui permainan sebegini, kanak-kanak banyak belajar berimaginasi, mencipta idea dan kreativiti mereka tersendiri dan sudah semestinya mereka belajar berfikir semasa bermain tersebut. Dan biasanya pretend play ini dimainkan bersama orang lain, jadi skill sosial akan ditingkatkan seperti adab berkawan, berkongsi, memberi dan menerima arahan, menetapkan gol untuk dicapai semasa bermain, handle conflict, gaduh, baik balik. Biasa la kan budak-budak macam tu dan mereka akan belajar banyak perkara dari situasi yang berlaku semasa bermain.

Contoh pretend play ni seperti main masak-masak, makan-makan, kemudian bagi orang lain makan, berlakon jadi ibu, beri baby minum susu, bila dah besar sikit berlakon jadi cikgu, jadi polis, bomba, doktor dan lain-lain. Lagi besar berlakon kahwin-kahwin, kita pun main kan masa kecil-kecil dulu. Jadi apa salahnya ajar anak-anak untuk main juga.

Mainan untuk pergerakan fizikal

Pakar Kongsikan Mainan Ini Patut & Wajib Ada Di Rumah Untuk Anak Main!

Biasa tak dengar orang tua-tua cakap “budak aktif tu budak cerdik”.. dan saya memang setuju.. aktif ya bukan hiperaktif..ada beza tu..

Kanak-kanak aktif sebenarnya mereka tengah explore, try & error, alami macam-macam experience dan sudah semestinya mereka belajar banyak perkara dari experience tersebut.

Tambah pula, aktiviti fizikal akan meningkatkan banyak skill pada badan seperti, body awarness & control, pergerakan bilateral badan, koordinasi badan, menguatkan otot dan menyihatkan badan juga. Jadi aktiviti fizikal ni bukan saja utk badan..tapi ianya juga untuk perkembangan otak kanak-kanak. Makin sihat otak, makin cerdik lah mereka dan makin mudahlah mereka belajar..

IKLAN

Jadi kalau anak suka main, explore sana sini dan buat macam-macam permainan pelik, jangan risau… tapi kalau anak dok diam, tak bergerak seharian, asyik duduk main gajet dan tegok TV..yang ni perlu dirisaukan.

Pakar Kongsikan Mainan Ini Patut & Wajib Ada Di Rumah Untuk Anak Main!

Pensil & kertas

Ini adalah mainan yang paling mudah untuk di bawa kemana-mana sahaja. Macam-macam boleh dibuat dengan kertas, pensil, warna dan lain-lain. Main lukis-lukis, main conteng-conteng, main teka-teka.

Boleh buat anak leka masa dalam kereta, masa makan, masa anda nak buat kerja dan dalam macam-macam situasi. Bukan sahaja boleh mengajar anak memanipulasi tangan, meningkatkan imaginasi dan kreativiti, boleh belajar mengenal objek, gambar dan macam-macam lagi.

Jangan kita tak tau yang menconteng adalah latihan awal tangan kanak-kanak untuk mereka belajar menulis nanti.

Pakar Kongsikan Mainan Ini Patut & Wajib Ada Di Rumah Untuk Anak Main!

Tapi kita perlu ingat ya.. bukan mainan itu yang mengajarkan skill pada kanak-kanak. Mainan tersebut hanya bahan sahaja untuk anda tarik perhatian dan memudahkan kerja anda. Jika nak buat sendiri pun boleh atau boleh guna je barang-barang lain yang ada di rumah mengikut kreativiti anda.

Yang paling penting sekali adalah ANDA.. orang yang akan menunjukkan jalan pada kanak-kanak untuk belajar. Jangan ingat dengan hanya membeli dan mmberi anak main mainan tersebut dapat membentuk skill-skill yang saya senaraikan di atas ya.. Kalau macam tu senang la kerja.

Memang kanak-kanak belajar dari pengalaman mereka bermain tapi mereka perlukan panduan dan tunjuk ajar untuk mendapat pengalaman tersebut. Dan lagi pula, bila nak belajar berkomunikasi dan bersosial, kenalah ada orang lain kan.. kalau main seorang, macam mana nak belajar berkomunikasi.

Selamat bermain dan menjadi penunjuk arah.

Kredit: Aishah Kassim

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI