Sebenarnya menjadi satu kerugian sekiranya ada ibu ayah yang memilih untuk tidak menghantar si kecil ke tadika.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan, salah seorang Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun) memberikan hujahnya kenapa rugi bila ibu bapa tidak menghantar anak ke tadika.
Dunia hari ini semakin aneh, begitu juga kisahnya dalam dunia si kecil kontemporari! Hari ini sudah wujud golongan yang menolak imunisasi dengan pelbagai alasan bodoh, misalnya. Dalam pendidikan si kecil pada usia pendidikan praformal 0-6 tahun pula, sudah ada papa dan mama yang hilang kepercayaan kepada taman bimbingan kanak-kanak (tadika) dan taman didikan kanak-kanak (tadika).
Maka, bermulalah era ‘sekolah di rumah’ untuk mama dan papa yang berkemampuan dan yang masih boleh hidup selesa walaupun dengan satu sumber pendapatan sahaja. Malah, geng penyokong ‘sekolah di/dari rumah’ memberi banyak hujah yang membuatkan ramai pula papa dan mama di luar sana hilang percaya kepada tabika dan tadika.
Cikgu-cikgu tadika dan pemilik tadika pula terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan mama-mama dan papa-papa agar tetap menghantar si kecil kesayangan mereka ke tadika. Pada masa yang sama, insiden si kecil dibuli, dipukul dan terkena penyakit berjangkit di tadika tidak membantu mengembalikan keyakinan kita semua kepada institusi pendidikan prasekolah di negara ini.
Jika difikirkan secara kritis, perlukah si kecil 4-6 tahun dihantar ke tadika? Penting sangatkah pendidikan tadika? Bagaimana pula insiden buli, pukul dan penyakit berjangkit di tadika? Dan, yang paling utama, adakah si kecil comel anda akan kerugian jika dia tidak dihantar ke tadika?
“Tapi, saya percaya kalau saya jaga anak saya di rumah dan bagi dia belajar di rumah, anak saya boleh jadi genius macam Einstein!”
Albert Einstein pun ada masalah perkembangan!
Ads
Papa dan mama yang tahu salasilah sang genius Albert Einstein tentu tahu bahawa beliau salah seorang produk ‘homeschool’ yang amat berjaya. Tetapi, mama dan papa juga perlu tahu bahawa Einstein mempunyai masalah perkembangan kognitif yang memerlukan pemerhatian khas daripada ibunya! Maka, jika anda sefamili mempunyai kewangan yang kukuh dan boleh meluangkan masa mendidik si kecil anda di rumah, ini pilihan yang mungkin sesuai untuk famili anda.
Pada masa yang sama, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tidak ada masalah sebenarnya jika si kecil kesayangan itu dihantar ke tadika. Malah, tidak semestinya anak pada usia pendidikan praformal yang dididik dalam situasi rumah akan menjadi seorang genius. Begitu juga sebaliknya untuk si kecil yang dihantar ke tadika. Banyak lagi faktor lain menjadi kayu ukur kejayaan si kecil dari segi akademik dan perkembangannya.
Kalau benar kita hendak melahirkan generasi genius, ‘ulul albab’ dan ahli masyarakat yang positif dan benar-benar berilmu pengetahuan tinggi, bukankah kita perlu menandingi kemampuan kanak-kanak lain yang mungkin lebih hebat? Atau, adakah kita juga bakal membentuk seorang lagi ‘jaguh kampung’ yang tiada jati diri dan tiada kekuatan dalaman untuk menyaingi kehebatan kanak-kanak lain yang jauh lebih hebat?
Ads
Alasan anak takut dibuli
“Kami suami-isteri takut kalau anak kecil kami kena buli, kena pukul di tadika. Baiklah biar pengasuh atau bibik yang jaga di rumah sampai masuk Darjah 1!”
Benar, isu buli dan dera di institusi pendidikan prasekolah tidak akan ada penyudahnya tanpa pemantauan dan hukuman keras dari pihak yang berwajib. Pada masa yang sama, tidaklah bijak kalau kita semua ada persepsi bahawa tadika itu tempat yang berbahaya! Kejadian buli dan pukul juga terjadi di sekolah rendah, menengah, malah sampai ke institut pengajian tinggi hinggalah ke tempat kerja!
Dalam erti kata lain, adakah bijak kalau papa dan mama ‘menyembunyikan’ si kecil itu di rumah sahaja dengan alasan dunia sebenar di luar sana terlalu banyak bahaya, dugaan dan pancaroba? Bila agaknya masa yang sesuai untuk si kecil itu dibenarkan keluar ke dunia sebenar? Percayalah, cikgu-cikgu tadika yang prihatin amat memandang serius akan insiden buli, pukul dan segala macam bahaya lagi di peringkat prasekolah. Kami memang dilatih bukan sekadar untuk mengawal tetapi juga mencegahnya sedari awal lagi!
Masalah seperti buli dan pukul masih lagi pada tahap terkawal, jika dibandingkan dengan negara membangun lain. Malah, negara maju juga tidak dapat lari daripada masalah syaitan-syaitan yang bertopeng manusia di tabika dan di tadika. Isu penyakit berjangkit pula, rata-rata kerana orang tua yang hanya mementingkan diri sendiri dan yang malas untuk menjaga anak mereka yang sakit di rumah.
Ads
“Tak payah cakap banyaklah, budak kecik kalau tak masuk tadika pun okay saja. Bukan rugi apa pun kalau anak kami tak masuk tadika!”
‘Rugi’ memanglah tidak rugi kalau kita fikirkan secara logik, lebih-lebih lagi apabila mama atau papa tidak bekerja dan boleh memanjakan serta mendidik si kecil 24 jam sehari tanpa gangguan orang lain.
1.Namun begitu, institusi prasekolah terlalu banyak manfaat yang tidak boleh diukur di atas kertas sahaja. Ambil sahaja contoh Tadika KEMAS sebagai institusi sosialisasi terawal yang mendidik si kecil untuk hormat-menghormati antara kaum dan meraikan kepelbagaian agama, adat dan budaya.
2. Di rumah, bolehkah anda memberi pendedahan yang sama kepada si kecil? Yang pasti, begitu banyak manfaat dapat diraih oleh si kecil di tadika nanti dan manfaat yang akan diraih jauh lebih bermakna daripada cabaran dan dugaan yang mungkin dia hadapi kelak. Sebagai tapak persediaan untuk pendidikan sekolah rendah dan menengah, pengalaman di tadika tidak ada tolok bandingannya!
3. Penyelidikan demi penyelidikan disiplin sains sosial pula membuktikan bahawa kanak-kanak cepat belajar dan menguasai cabang-cabang ilmu apabila mereka bersaing dengan kanak-kanak lain dan khasnya apabila mereka belajar dalam situasi berkelompok bersama rakan-rakan sebaya. Maka, adakah rugi apabila si kecil anda tidak dihantar ke tadika? Fikir-fikirkanlah sendiri!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seawal usia dua tahun, anak-anak sudah mula faham dengan persekitaran mereka. Biasanya pada usia begini mereka banyak ragam dan kerap tantrum jika tidak dikawal. Adalah normal untuk anak-anak, menjerit, berkelakuan agresif, meniru gaya dan sebagainya pada usia ini.
Identiti mereka juga terbentuk sekitar usia begini. Sebagai ibu ayah, kita harus lebih peka dengan karakter anak-anak. Penulis Ilmu Keibubapaan & Psikologi Kanak-Kanak, Ummu Aminah ada berkongsi tentang cara yang boleh ibu ayah boleh buat untuk mengatasi karakter pelik anak-anak.
Identiti kanak-kanak mula terbentuk seawal usia 2 tahun. Fasa ini amat mencabar untuk memastikan kanak-kanak itu mengalami perkembangan yang stabil dari segala sudut.
Pada fasa early stage, kanak-kanak sudah mula memahami situasi dan keadaan sekeliling namun mereka tidak mempunyai keupayaan dalam menceritakan kefahaman mereka kerana peringkat ini perkembangan bahasa tidak berlaku secara menyeluruh. Malah ianya berperingkat.
Namun kanak-kanak sudah pun membentuk identiti mereka tersendiri setelah mind menjadi complex. (Mind complex – 2 yo) Setiap karakter yang terbentuk berbeza-beza menurut pengalaman awal dan parenting yang diberikan.
Bagaimana mengatasi karakter pelik kanak-kanak yang pastinya bersifat negatif?
1. Sediakan persekitaran yang tenteram, bersih dan teratur supaya kanak-kanak dapat menjiwai watak sekeliling dengan cara yang positif. Persekitaran yang kotor atau tidak teratur akan memberi kesan refleksi pada jiwa kanak-kanak berasa kusut, rimas dan tidak selesa.
2. Hubungan ibu bapa yang sentiasa menunjukkan keserasian atau toleransi. Kanak-kanak pada peringkat awal usia dapat membezakan tingkahlaku ibu bapa samada relevan atau pun tidak. Meskipun ibu bapa berpura-pura tetapi tahap minda kanak-kanak telah dapat memproses dengan baik apa yang mereka lihat.
3. Sentiasa menggunakan kata-kata yang baik, perkataan yang sesuai dan membina. Jangan sesekali mengucapkan kata kesat atau cacian di hadapan kanak-kanak. Ataupun terhadap pasangan. Perkataan dan ucapan akan memberi kesinambungan pada cognitif mereka bahawa percakapan yang buruk akan bergerak seiring dengan kelakuan yang buruk.
4. Kerap memberi sentuhan selamat kepada kanak-kanak agar mereka rasa dilindungi dan dihargai setiap masa. Pelukan dan ciuman adalah terapi emosi yang sedang berkecamuk. Sentuhan kasih sayang jika disulam dengan kata-kata indah akan meninggalkan memori manis pada jiwa mereka. Hal ini membantu kanak-kanak untuk tidak menjadi seorang yang baran, pemarah, dendam dan benci.
5. Two-ways communication amat penting pada diri kanak-kanak. Berilah perhatian apabila kanak-kanak sedang cuba untuk bercerita atau explain sesuatu perkara dalam bahasa ‘babbling’ mereka. Walaupun sukar difahami namun pada tafsiran kanak-kanak, suara dan pendapat mereka sentiasa didengari dan diterima oleh ibu bapa. Jangan lali untuk beri respon terhadap perbualan kanak-kanak.
6. Outdoor dan riadah amat disukai kanak-kanak. Cth: taman rekreasi atau playground. Namun kebanyakan ibu bapa hanya membiarkan anak mereka bermain sendiri. Perkara ini mungkin ia nampak kecil namun besar pada pengharapan kanak-kanak. Peganglah tangan anak anda dan jalan seiring mengelilingi taman bersama-sama. Layanlah jiwa kecil mereka semampunya untuk hadirkan pelangi indah. Gunakan ruang ini untuk memberi nasihat atau input yang membina. Minda yang berada di aras tenang akan lebih cepat memproses maklumat.
7. Ego. Apabila berhadapan dengan anak yang bermasalah atau disorder janganlah mencampur aduk sisi ego dan emosi dewasa ibu bapa. Masalah rumah tangga, tempat kerja, dan sebagainya harus diketepikan. Jika ibu bapa yang stress dan ego akan terus memukul serta memarahi anak, pada mereka mengapa anak tidak boleh behave dengan baik dan faham kondisi mereka yang penat? Anda yang dewasa tidak memahami jiwa kanak-kanak lalu bagaimana kanak-kanak mampu memahami kondisi anda!?
8. Rujuk doktor pakar psikologi kanak-kanak jika anak berterusan memiliki sifat ganas. Jangan malu dengan kelemahan anak kerana tindakan awal ibu bapa akan menentukan masa hadapan mereka. Jika berlarutan perkara ini akan sukar dibendung. Doktor pakar psikologi kanak-kanak pastinya lebih arif dalam mengendalikan assessment dan terapi yang bersesuaian untuk membaik pulih karakter anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak suka berlari. Anak saya tidak boleh duduk. Anak saya jalan berjengket. Ini antara salah satu kerisauan ibu bapa bila mempunyai anak yang mempunyai ciri-ciri ini.
Menerusi perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena ada cara yang boleh dilakukan asalkan ibu bapa tahu masalah tersebut.
Antara senaman atau urutan yang saya sering lakukan untuk anak-anak yang bersama saya ialah urutan tapak kaki.
Saya share kan video bagaimana melakukan urutan tersebut untuk ibu bapa aplikasi kan di rumah.
Kenapa bagus urutan ini
-Bagi effect ‘GROUNDING’ iaitu kita merasa lebih stabil & tenang apabila kaki dapat merasa tekanan dan sentuhan.
Apabila kita merasa ‘grounded’
> Menjadi lebih tenang
> Mengurangkan tension di otot
> Memudahkan otak berfikir
-Rangsangan propriseptif (deria rasa sendi) yang bagus untuk bagi kesan calming. Anak anak akan lebih peka akan kedudukan kaki. Jadinya mereka tidak perlu berlari atau melompat untuk merasa akan deria tersebut. Remember each senses is food to the brain. If the brain is hungry the brain will look for the stimulation.
-BONDING time. Ibu bapa boleh melakukan urutan ini sambil bernyanyi , berkomunikasi dengan anak. Anak anak akan lebih attached dengan ibu bapa.
-Anak merasa lebih selamat. Urutan ini memberi rangsangan terhadap bahagian otak ‘brain stem’ di mana bahagian otak paling awal berkembang. JIKA bahagian otak ini dapat mentafsir situasi di luar adalah selamat maka anak dapat participate dalam aktiviti yang dilakukan dengan mudah dan merasa seronok.
Untuk siapa urutan ini
– Untuk semua pun boleh
– Anak kelewatan perkembangan atau tipikal
– Orang dewasa atau tua
Berapa kali boleh buat
1) Bergantung pada individu
2) Untuk anak-anak istimewa sebelum masuk ke kelas / masa anak sedang aktif
3) Yang dewasa bila kaki rasa sakit berjalan , bila rasa tak tentu arah boleh sahaja
4) Basically 3x sehari sangat sesuai
Insya-Allah kita usaha untuk memberi yang terbaik buat amanah kita yang Allah SWT pinjamkan.
Badan kita , Anak kita …SEMUA ini amanah. Let exercise !!!!
Bermula seawal 5 pagi, ibu-ibu yang bekerjaya akan sibuk menguruskan anak-anak untuk dihantar ke pusat asuhan dan sekolah. Waktu pulang anak-anak kecil ini pula terkadang sehingga 8 malam jika si ibu mempunyai tugasa yang banyak di pejabat. Hari minggu pula belum tentu hak milik anak-anak kecil ini memandangkan ibunya mempunyai tangunggjawab besar.
Begitulah hari demi hari, masa bersama anak-anak sangat terhad. Sehingga satu saat kita sebagai ibu bapa tidak sedar anak sebenarnya sudah besar. Banyak detik-detik yang mungkin terlepas untuk diraiikan.
Alhamdulillah dapat rezeki pengasuh yang baik
Zaman muda asyik fikir kerja, kerja, kerja je
Bertambah kasihan pada anak
12 tahun saya terlepas moment tu, cuba recall tapi kosong
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.