lonely girl near window thinking about something. Sad woman looking the rain falling through a window at home

Proses kehamilan dan melahirkan anak adakalanya membuatkan ibu takut untuk menghadapi setiap perubahannya selepas proses bersalin selesai.

Ada yang bimbang kesan stretch marks malah tidak kurang juga yang takut berdepan masalah keguguran rambut melampau yang dikatakan berlaku sebaik bayi berusia tiga hingga empat bulan.

Menerusi Borak Pa&Ma Go Live hari ini, perkongsian dari Dr Shaharom Sulaiman, Pakar Kesihatan Rambut turut mengulas mengenai masalah keguguran rambut yang berlaku selepas bersalin.

Pakar Rambut Kongsi Kenapa Waktu Anak Menyembur Air Liur Ada Kaitan Dengan Rambut Ibu Gugur

Menurut Dr Shaharom, perubahan yang berlaku pada wanita adalah kerana perubahan hormon yang berlaku secara drastik kerana proses kehamilan.

“Perubahan ini berlaku disebabkan berlaku peningkatan hormon estrogen dan progestron, sangat-sangat tinggi sehingga berlaku peningkatan drastik.

Masa wanita hamil, rambut akan menjadi lebat dan kurang gugur. Kalau gugur pun boleh dikira dengan jari. Ini kerana semasa kita hamil, hormon estrogen adalah tinggi dan ini akan meng”awet” rambut daripada membesar. Maksudnya tiada sebarang proses tumbesaran berlaku kepada rambut. Ia kekal seperti mana keadaannya ketika itu. Jadi rambut tidak gugur dan nampak cantik dan bersinar.

Pakar Rambut Kongsi Kenapa Waktu Anak Menyembur Air Liur Ada Kaitan Dengan Rambut Ibu Gugur

Secara umumnya rambut gugur teruk ini disebabkan perubahan hormon yang berlaku selepas proses melahirkan anak selesai. Kalau orang biasa sehari sekitar 70 helai rambut tetapi lebih lagi kepada ibu yang baru bersalin. Disebabkan tempoh masa inilah ia dikaitkan dengan usia perkembangan bayi sekitar usia anak 3-4 bulan.

Pun begitu, selepas tempoh enam bulan, atau pada usia anak mencapai enam bulan, keadaan ini akan kembali menjadi normal.

Pakar Rambut Kongsi Kenapa Waktu Anak Menyembur Air Liur Ada Kaitan Dengan Rambut Ibu Gugur

Tips rambut kekal sihat dan cantik selepas kelahiran anak:

Semasa proses menguruskan rambut seperti syampu dan sikat rambut, lakukan dengan penuh lemah gemalai. Syampu apabila perlu dan gunakan sikat rambut yang bergigi jarang. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat dan jangan menggunakan gelang getah yang orang buat pakai bungkus tempeh tu. Pakai getah rambut yang khusus untuk rambut.

Elakkan dari menggunakan pengering rambut serta melakukan proses yang melibatkan bahan kimia seperti mewarna atau apa-apa yang menggunakan haba seperti proses rebonding dan mengerintingkan rambut.

Kekalkan pemakanan sihat dan amalkan pengambilan supplement selepas melahirkan anak.

Sekiranya terlalu teruk dan disertai dengan beberapa simptom penyakit lain, boleh berjumpa dengan pakar. Mungkin ia petanda penyakit lain.

Jadi jelas disini orang dahulukala yang mengatakan bila anak menyembur air liur tu rambut dah mula gugur tidak benar sama sekali. Cuma waktu pembesaran anak dengan kadar hormon estrogen kita yang berkurang itu waktunya hampir sama, jadi ia berlaku secara kebetulan. Apa pun, ibu-ibu jangan stress sangat. Itu adalah perkara normal yang boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi yang seimbang.

Menarik: Duit Raya Anak Hilang Tanpa Kesan, Ini Cara Terbaik Ibu Ayah Kena Buat

Pakar Rambut Kongsi Kenapa Waktu Anak Menyembur Air Liur Ada Kaitan Dengan Rambut Ibu Gugur

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?

Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sumber tip: ibuzarith.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI