Keramahan dan layanan mesra penyanyi, Tomok bersama peminat ciliknya ketika pulang dari solat Jumaat minggu lalu menerima pujian ramai.
Mana tidaknya, walaupun baru balik dari bersolat namun Tomok tetap melayan setiap karenah anak-anak kecil itu dengan baik.
Menerusi Instagramnya, Tomok memuat naik videonya bersama peminat cilik yang ingin mendapatkan tanda tangannya ketika berada di dalam kereta.
“Pakcik pun pakcik lah,” tulis Tomok menerusi ruangan kapsyennya.
Ads
Apa yang menarik pastinya panggilan pakcik buat Tomok yang membuatkan pengikutnya terhibur.
Ramah melayan peminat malah ada yang turut meminta nombor telefon bimbitnya.
Bukan itu sahaja, malah jawapan Tomok yang meminta anak-anak kecil itu belajar hingga pandai dan cemerlang, kemudiannya barulah diberikan nombor telefonnya turut dipuji ramai.
Ads
“Nanti belajar pandai-pandai, dapat no satu, baru pakcik bagi nombor telefon,” kata Tomok ringkas.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Isteri mana yang tak gembira kalau suami ‘belanja’ barang kemas. Tambah pula, tular pelbagai jenis gelang atau cincin emas dengan nama yang pelbagai. Habis semua nama makanan atau haiwan keluar. Pulut dakap, latok, biji anggur, biskut tawar, ekor kucing, lintah, tapak gajah dan sebagainya!
Harga setiap satu pun boleh tahan, tapi kalau ada keinginan untuk belikan untuk isteri pasti para suami sanggup menyimpan sikit-sikit kan? Lagipun pembelian emas ni berbaloi, harganya akan naik. pelaburan terbaik!
Ikuti perkongsian dari seorang suami, Akhtar Syamir tentang keterujaan para isteri bercerita tentang emas.
Jenis-jenis dan nama emas yang korang patut tahu.
Perhatian kepada para suami. Hari ini saya telah berjaya memecahkan kod rahsia yang digunakan para isteri selama ini.
Telah sekian lamanya kita terpedaya dengan mainan mereka. Rupanya dalam diam minda kita dimanipulasi dengan teknik menanam idea sambil berkias.
Jika tiba-tiba si isteri asyik bercerita pasal kenangan makan biskut tawar, ketahuilah yang dia sedang menyuntik bayangan biskut tawar di dalam minda kita. Apabila tiba saat dan ketika yang sesuai, cincin atau gelang biskut tawar yang akan ditunjukkan.
Pada ketika itu, kita akan menjadi lemah dan terpedaya. Kita akan berkata “ye lah sayang, sama dengan biskut tawar”. Pada waktu itu, sebenarnya kita sudah pun tewas dan gelang emas biskut tawar sudah di pergelangan tangan mereka.
Jika si isteri asyik meminta air boba, berhati-hatilah. Informasi mengenai bayangan biji boba sedang diserap dalam minda kita. Tak lama lagi kita akan nampak biji boba yang berkilauan pula.
Kalau bab petai ni memang kita bila-bila masa sahaja boleh dikejutkan. Sebab isteri saya sendiri selalu makan petai. Kalau suatu hari dia minat kat emas biji petai tu, mungkin saya tak mampu nak menahannya.
Roti bun? Licik kan? Siapa la yang cipta bendealah design ni. Dalam kepala kita terbayang roti Sweety tu. Dalam kepala isteri rupanya bun yang lain. Siapa sangka?
Pulut Dakap. Tak perlu saya cakap lagi. Merata-rata keluar nama ni. Padahal kuih tu suya tak pernah rasa pun. Hari ni baru tau kuih tu macam mana rupanya.
Kena perhatikan, kalau si isteri jenis yang jarang sangat makan Coco Crunch, tapi sejak sebulan yang lepas asyik minta belikan Coco Crunch je, bersedialah. Adalah tu.
Jagung, biji sawi, biji ketumbar, anggur dan latok pun sama. Tak cukup dengan itu, kalau isteri berborak dengan kawan-kawan dia pasal gajah la, kucing la, lipan la, lintah la, diorang tu bukan tengah cerita pasal serangga atau binatang, tetapi pasal emas. Percayalah.
Akhir sekali, kalau isteri tebiat ajak pergi main takraw kat KLCC, sebenarnya diorang nak 2 jenis gelang. Hahaha..
Jadi, sekarang dah tahu kod rahsia diorang kan? Berhati-hatilah dan bersedialah. Buatlah simpanan emas sama ada RM3 atau RM5 sehari. Jadi bila isteri minta, duit pun dah sedia ada. Betul tak? Takdelah pening-pening.
Kalau korang nak ikut saya, saya ada buat cabaran simpan sendiri RM3 sehari untuk beli emas. Setiap hari saya akan ingatkan. Jom join.
Kongsikan nama-nama emas ini untuk maklumat semua. Senang nak pilih jenis apakah yang akan diusahakan nanti.
Guru bukan Islam ajar tulisan Jawi, “Saya jarang ajar tulisan Jawi, buat video ini untuk kenang-kenangan. Seorang guru Kristian, Loren Fren, telah menarik perhatian warga maya apabila videonya mengajar tulisan Jawi menjadi tular di media sosial.
Menerusi laman Facebook peribadinya, Loren, seorang guru sekolah rendah di Sabah, telah berkongsi video tersebut.
“Saya jarang-jarang mengajar tulisan Jawi, jadi saya buat video untuk kenang-kenangan. Habis topik Jawi tahun ini, sambung tahun depan pula…” tulisnya di ruangan kapsyen.
Loren turut menghasilkan nota Jawi sendiri sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Tulisan Jawi Loren yang kemas dan tersusun rapi berjaya mencuri perhatian warga maya. Ramai yang memuji usaha guru wanita itu.
Ramai juga yang kagum melihat kesungguhan Loren dalam menguasai tulisan Jawi, yang sering dikaitkan dengan budaya Melayu-Islam.
Menurut Loren, tulisan Jawi mula diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 sejak tahun 2020, dan ia akan terus diajar hingga murid Tahun 6.
Langkah ini bertujuan memperkaya pemahaman murid terhadap aspek seni, warisan dan sejarah Melayu.
Bagaimanapun, sebagai seorang guru, Loren mengakui bahawa dirinya juga masih dalam proses pembelajaran.
Usaha Loren ini jelas membuktikan bahawa tulisan Jawi bukan hanya sekadar sebahagian daripada kurikulum sekolah.
Tulisan jawi juga merupakan warisan seni dan budaya yang perlu dihargai oleh setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama.
Kisah Loren ini turut mendapat perhatian daripada bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Beliau mengucapkan tahniah atas usaha dan dedikasi Loren dalam menyebarkan ilmu, serta menghormati dan mencintai budaya tempatan.
Apa yang dilakukan oleh Loren adalah contoh terbaik tentang semangat perpaduan dan toleransi di Malaysia. Sebagai seorang pendidik, Loren membuktikan bahawa pendidikan berperanan besar dalam menyatukan rakyat, dan bukan memisahkan mereka.
Pelakon Raja Ilya, yang kini menetap di Perth, Australia bersama suaminya, Trent Garret, dan dua anak mereka, telah mencuri perhatian netizen dengan video ucapan Hari Raya yang dimuat naik di media sosial.
Dalam video berdurasi 31 saat tu, anak sulung Raja Ilya, Talita Love, yang berusia hampir tiga tahun, berusaha menyebut ucapan “Selamat Hari Raya” dengan bimbingan ibunya. Walaupun sebutannya tidak sempurna, usaha Talita yang gigih dan comel telah mencuit hati ramai.
Lebih comel lagi bila sebutannya yang tak berapa betul tu buat ramai ketawa, tapi dalam masa yang sama kagum dengan kesungguhan si kecil.
Raja Ilya siap dukung anak keduanya, Royal Abraham, yang baru je lahir sekitar Oktober 2024. Manakala suaminya, Trent Garret yang juga warga Australia pula mendukung Talita ketika rakam momen indah tu.
Dalam pada itu, netizen memuji usaha Raja Ilya dan suaminya dalam mendidik anak-anak mereka. Ramai yang terhibur dengan sebutan Talita yang lucu, namun tetap menghargai usaha dan semangat yang ditunjukkan.
Ada yang berseloroh mengatakan, jangan pula anaknya sebut ‘selamat kuih raya’,” manakala yang lain berkata, “Takpe lah salah sebut semalam pun, janji usaha itu.”
Video ucapan Hari Raya tersebut telah mencapai lebih 1.2 juta tontonan yang jelas menunjukkan betapa ramainya yang tersentuh dengan momen tersebut.
Kisah Raja Ilya dan keluarganya ini menjadi inspirasi kepada ramai, terutama ibu bapa muda, tentang pentingnya mendidik anak-anak menghargai budaya dan bahasa ibunda walaupun berada jauh dari tanah air.