Keramahan dan layanan mesra penyanyi, Tomok bersama peminat ciliknya ketika pulang dari solat Jumaat minggu lalu menerima pujian ramai.
Mana tidaknya, walaupun baru balik dari bersolat namun Tomok tetap melayan setiap karenah anak-anak kecil itu dengan baik.
Menerusi Instagramnya, Tomok memuat naik videonya bersama peminat cilik yang ingin mendapatkan tanda tangannya ketika berada di dalam kereta.
“Pakcik pun pakcik lah,” tulis Tomok menerusi ruangan kapsyennya.
Ads
Apa yang menarik pastinya panggilan pakcik buat Tomok yang membuatkan pengikutnya terhibur.
Ramah melayan peminat malah ada yang turut meminta nombor telefon bimbitnya.
Bukan itu sahaja, malah jawapan Tomok yang meminta anak-anak kecil itu belajar hingga pandai dan cemerlang, kemudiannya barulah diberikan nombor telefonnya turut dipuji ramai.
Ads
“Nanti belajar pandai-pandai, dapat no satu, baru pakcik bagi nombor telefon,” kata Tomok ringkas.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Atas dasar keprihatinan terhadap dua anak Allahyarham Amirul Hafiz yang terlibat dalam tragedi dilanggar pemandu mabuk, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil inisiatif menjadikan kedua-dua kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat di bawah Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
Dua beradik itu, Muhammad Aqif Amsyar, 9 tahun, dan Muhammad Afif Izz Rayqal, 7 tahun, merupakan anak kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, yang terkorban dalam satu nahas jalan raya menyayat hati di Klang, Selangor baru-baru ini.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataan di Facebook semalam berkata, langkah tersebut merupakan komitmen jangka panjang sebagai tanda tanggungjawab dan keprihatinan MARA dalam memastikan kebajikan serta pendidikan mereka terus terpelihara.
Menurut beliau, usaha MARA ini mencerminkan nilai kemanusiaan yang tinggi serta kesungguhan agensi itu dalam membantu golongan yang memerlukan, khususnya kanak-kanak yang kehilangan tempat bergantung.
Beliau memaklumkan bahawa kedua-dua kanak-kanak itu akan menerima bantuan elaun bulanan sebanyak RM120 seorang ketika di peringkat sekolah rendah, yang akan ditingkatkan kepada RM150 apabila mereka melangkah ke sekolah menengah.
Bantuan ini bukan sahaja berbentuk kewangan, malah turut disertai pemantauan berterusan sehingga mereka menamatkan persekolahan. Inisiatif MARA terhadap dua anak allahyarham Amirul Hafiz ini memberi jaminan bahawa kebajikan dan pendidikan mereka tidak akan terabai walaupun tanpa kehadiran seorang bapa.
Dalam masa sama, beliau turut menitipkan kata-kata semangat kepada Muhammad Aqif Amsyar dan Muhammad Afif Izz Rayqal agar terus kuat dan tabah, serta berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
“Insya-Allah, MARA akan sentiasa bersama kalian dalam membina masa depan yang lebih baik. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas arwah dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa tragedi tersebut bukan sahaja meragut nyawa seorang bapa, tetapi juga meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada seluruh keluarga yang ditinggalkan.
Kehilangan secara tiba-tiba dalam keadaan tragis seperti ini memberi impak besar kepada perkembangan emosi kanak-kanak. Oleh itu, langkah MARA bukan sahaja relevan, malah sangat diperlukan dalam membantu mereka membina semula kehidupan dengan lebih stabil.
Dengan adanya sokongan berterusan daripada MARA, kedua-dua kanak-kanak ini diharapkan mampu membesar dengan baik dan mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan serta kehidupan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selebriti, Sasha Mohd Saidin, 41, sanggup menyimpan darah tali pusat anaknya, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 7, sebaik dilahirkan demi kepentingan kesihatan anaknya itu di masa depan.
Sasha berkata, walaupun tindakannya itu dianggap pelik oleh rakan dan kenalan, dia yakin usaha itu memberi banyak manfaat di masa depan untuk Adam.
“Adam mungkin tidak memerlukan darah tali pusat berkenaan, tapi pada masa depan ia sangat berguna untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
“Sekarang, sudah banyak kajian menunjukkan manfaat darah sel stem yang diambil dari tali pusat untuk menyembuhkan penyakit seperti barah darah.
“Tidak mustahil banyak lagi kajian akan dijalankan yang mana boleh menjadi penawar penyakit lain,” katanya.
Sasha berkata demikian pada Forum Perdana berkaitan sel stem di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.
Beliau mengakui banyak membuat kajian mengenai kebaikan sel stem dalam merawat pelbagai penyakit.
Beliau juga mendapat galakan, terutama daripada ibunya yang gemar menggunakan bahan semula jadi atau organik untuk merawat penyakit ringan seperti batuk.
Dalam pada itu juga, perkongsian daripada Sasha Saidin mendapat pujian daripada Imam Muda Asyraff yang juga merupakan salah seorang daripada ahli panel semasa forum tersebut.
“Respect Sasha. Perkongsian yang baik dan berani. Tak semua orang mampu buat.”
Sumber: mediaserious.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermula tahun hadapan, landskap pendidikan awal kanak-kanak di negara ini bakal melalui satu perubahan penting apabila kerajaan mengumumkan pelarasan umur kemasukan sekolah ke sistem persekolahan.
Pendidikan prasekolah akan dimulakan pada usia lima tahun, manakala kemasukan ke Tahun Satu pula diselaraskan kepada usia enam tahun. Perubahan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035.
Perkembangan ini pastinya menarik perhatian ramai ibu bapa, khususnya mereka yang sedang merancang perjalanan pendidikan anak-anak sejak usia awal.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan awal perubahan umur kemasukan sekolah ini tidak bersifat wajib. Sebaliknya, ia memberi ruang kepada ibu bapa, sekolah serta warga pendidik untuk membuat persediaan rapi sebelum dasar ini dilaksanakan sepenuhnya di peringkat nasional.
Pendekatan ini dilihat lebih fleksibel dan berempati, memandangkan tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain.
Ibu bapa masih diberikan pilihan untuk menentukan kesediaan anak, sama ada dari sudut emosi, sosial mahupun kognitif sebelum memulakan pendidikan formal.
Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 merupakan pelan jangka panjang selama 10 tahun yang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pelan ini dirangka bagi membina semula sistem pendidikan negara agar lebih kukuh, relevan dan selari dengan keperluan masa depan, termasuk penambahbaikan kurikulum serta kaedah pentaksiran yang lebih menyeluruh.
Selain itu, pelan ini turut menekankan kebajikan warga pendidik sebagai tunjang utama kepada ekosistem pendidikan yang berkualiti.
Antara perubahan utama yang diumumkan di bawah Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 termasuk pelaksanaan pentaksiran berpusat bagi murid Tahun Empat dan Tingkatan Tiga.
Bagi murid Tahun Empat, pentaksiran berpusat akan bermula pada tahun 2026 melibatkan empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Manakala pelajar Tingkatan Tiga pula akan mula dinilai secara berpusat pada tahun 2027 dengan penambahan mata pelajaran Sejarah.
Selain itu, kerajaan turut mengumumkan penyelarasan umur kemasukan sekolah ke Tahun Satu kepada enam tahun atau kategori 5+, yang dijadualkan bermula pada tahun 2027, bergantung kepada tahap kesiapsiagaan sistem pendidikan di seluruh negara.
Langkah ini bertujuan memperkukuh asas pembelajaran kanak-kanak agar mereka lebih bersedia sebelum memasuki alam pendidikan formal yang lebih mencabar.
Dalam memastikan perubahan dasar ini berjalan lancar, kebajikan guru juga tidak dipinggirkan.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi kerja naik taraf bilik guru di sekolah terlibat, dengan setiap sekolah menerima peruntukan RM100,000.
Usaha ini bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa dan kondusif, sekali gus menyokong kesejahteraan emosi serta profesionalisme warga pendidik.
Selain itu, kerajaan turut menetapkan bahawa semua anak warganegara Malaysia wajib mengikuti pembelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah berdasarkan kurikulum kebangsaan.
Ketetapan ini terpakai kepada semua institusi pendidikan termasuk Sekolah Agama Rakyat, sekolah persendirian dan sekolah antarabangsa.
Langkah ini diambil sebagai usaha memperkukuh identiti nasional dan kefahaman sejarah dalam kalangan generasi muda sejak usia awal.
Secara keseluruhan, perubahan dalam Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkasakan sistem pendidikan negara secara menyeluruh.
Bagi ibu bapa, perubahan umur kemasukan sekolah ini adalah isyarat awal untuk mula merancang perjalanan pendidikan anak dengan lebih teliti, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga perkembangan emosi dan sosial mereka.
Dengan persediaan yang betul serta sokongan berterusan daripada ibu bapa dan guru, setiap anak berpeluang melalui fasa pendidikan awal ini dengan lebih yakin dan seimbang.
Paksa bersalin dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses kelahiran apabila ibu masih belum mengalami kontraksi selepas cukup bulan. Ketahui 4 kaedah induce yang biasa dilakukan di hospital serta tip penting untuk ibu hamil.