Mendidik anak solat bukan boleh ambil masa yang singkat. Ia perlu dilakukan setiap hari untuk pastikan anak faham dan lama kelamaan boleh mendisiplinkan diri tanpa disuruh. Namun hari ini kebanyakan ibu bapa lebih menyuruh anak-anak kecil berpuasa berbanding menunaikan solat.
Ini yang ramai dalam kalangan ibu bapa silap. Sepatutnya pastikan solat anak dulu betul, lepas tu perlahan-lahan pula ajar berpuasa. Bila dua-dua seiring, barulah lagi mudah tanpa nak paksa banyak lagi.
Bagi ibu bapa yang masih belum dapat pendekatan sesuai mengajar anak-anak solat, perkongsian Puan Nurul Shazalina mungkin boleh membantu. Sama-sama kita belajar untuk didik anak faham rukun Islam kedua ini penting buat mereka.
Kedengaran isu ajar anak berpuasa tapi tak ajar solat. Ramai dah beri pendapat, sepatutnya ajar anak solat dulu baru ajar anak berpuasa. Ya ini paling tepat. Saya dah tak perlu ulas, sebab semua tepat tepat dan bagus.
Ini 2 reason yang mungkin. Bukan parents tak nak ajar solat, tapi puasa lebih senang sebab suruh tahan makan minum sahaja. Semua orang boleh buat tanpa perlu apa apa hafalan. Mungkin ini reason ramai berpusu pusu minta anak puasa.
Ok tak apa sahabat semua, saya nak share cara ajar anak solat berperingkat peringkat. Saya bukan bagus pun, bukan pandai agama pun.
Anak saya pun belum lengkap solatnya tapi sedang berusaha lengkapkan. Cuma saya terpanggil untuk buat perkongsian ini. Saya yakin ramai perlukan tips ini.
Tip didik anak cinta solat
Ok pertama sekali, sedari bayi lagi, kita sebagai ibu bapa kena sentiasa tunjuk kita solat. Especially ibu-ibu sebab kebanyakan masa kita bersama mereka di rumah kan.
Jangan solat sorok-sorok. Sentiasa solat berhampiran mereka. Lakukan setiap hari. Saya tahu ramai je buat macam ni tapi saya yakin ada juga yang tidak buat begini. Ada di antara mereka perlukan keadaan tenang, bilik khas untuk khusyuk.
Ads
Tapi saya syorkan, bawa bayi anda letak berhampiran. Percayalah, umur setahun dua nanti, mereka akan ikut pergerakan kita solat. Jangan expect mereka terus pandai. Ikut pergerakan solat adalah langkah pertama.
Bila mereka dah boleh mula bercakap dengan lancar, ajar mereka bacaan dalam solat. Ikutkan dari kecil kita dah biasakan dengan bacaan ayat quran at least yang basic supaya senang mereka recall sebab dah biasa dengar kan.
Ok first hafal surah al fatihah. Lafaz hari-hari dengan anak. Sampai dia hafal. Jadi bila dia dah hafal, sekarang solat dia dah boleh ada bacaan surah al fatihah. Jadi dia ikut solat sambil ada bacaan al fatihah.
Jangan tunggu sehingga anak dah hafal semua bacaan
Jangan tunggu sehingga anak kita hafal lengkap semuanya baru suruh solat. Mungkin ini antara kes yang terjadi. Ada yang menunggu anak bersedia hafal semua baru nak anak solat.
Ads
Ok lepas tu ajar mereka sikit-sikit bacaan dalam rukuk. Ambil masa sehari ajar yang mudah-mudah dahulu. Bacaan rukuk. Dah hafal tu suruh dia baca masa rukuk dalam solat.
Lepas tu bacaan sujud. Dan seterusnya. Semua berperingkat. Untuk anak-anak yang tidak kuat daya hafalan, jangan harap sehari dah hafal atau buat expectation tinggi. Tolong fahami kemampuan anak anda. Beri masa, yang penting teruskan.
Tips saya bagi hafal yang mudah-mudah dulu. Tak perlu ikut urutan. Tahiyat akhir dan doa qunut paling last sekali saya ajar hafal setelah yang lain lancar. Kita jangan mulakan dengan yang panjang dulu. Biar yang senang je dulu.
Setiap anak berbeza. Jangan sesekali marah, kenapa susah sangat nak hafal. Anak jiran tu dah hafal semua! Haa jangan macam tu ok. Setiap orang lain daya hafalnya. Mungkin berminggu, mungkin berbulan malah bertahun. Teruskan mendidik.
Sebaiknya ibu atau ayah ada di sebelah
Lepas tu lagi satu cara, setiap solat anak kita, kita berada di sebelah. Ni jangan solat berimam. Bukan sebab saya tak galakkan solat jemaah dengan anak. Sebab tujuan sekarang saya nak anda bantu anak anda solat.
Ads
Kalau anda imamkan, anda tak dapat betulkan bacaan anak. Anak di belakang mungkin khayal atau berangan atau sekadar ikut pergerakan. Jadi mereka takkan dibiasakan membaca bacaan solat sendiri.
Ok duduk sebelah sambil anak solat, bagi dia baca semua kuat-kuat. Kita betulkan bacaan atau tolong bacakan dan dia ikut. Buat hari-hari sampai dia boleh baca sendiri
Setiap kali lepas solat, beri kata pujian dan pelukan serta ciuman. Bagitahu Allah suka orang yang berusaha nak solat. Banyak pahala anak insyaallah. Anak gembira dan lebih bersemangat apatah lagi bila dia berjaya baca bacaan solat tanpa bantuan dah.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang diketahui umum, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr. Halina Mohd Yunos, selesa menggunakan pendekatan untuk menjadi sahabat dengan anak-anak mereka. Angkasawan pertama negara ini juga mengakui dia sentiasa mencuba yang terbaik untuk bersahabat dengan anak-anaknya dengan harapan mereka selesa untuk berkongsi cerita dengannya tentang apa-apa sahaja termasuklah soal teman lelaki.
Menurutnya lagi, dia tidak kisah anak-anaknya berkawan dengan budak lelaki asalkan tahu batasnya. Anak-anaknya, Sophea Isabella, 8, dan Sophea Natasha, 6, kini selesa berkongsi cerita dengannya. Lebih lucu, Dr. Muszaphar berkongsi tentang dia tahu yang anaknya Bella mempunyai enam boyfriends, tetapi Tasha hanya ada seorang sahaja. anak-anaknya masih muda tetapi Bella kelihatan lebih matang dan perwatakannya juga seperti remaja.
Anak keduanya, Tasha, lebih memilih dalam berkawan dan bukan semua orang dapat mendekatinya. Bapa kepada empat orang anak ini berkongsi sebuah video di laman Instagram peribadinya yang menunjukkan Tasha sedang bercerita tentang seorang kawan lelaki yang dikenali sebagai Scott.
Pasangan ini menjadi role model kepada banyak ibu ayah lain kerana cara didikan mereka yang memberi inspirasi dan boleh dipraktiskan kepada anak-anak mereka. Pa&Ma berpendapat cara ibu bapa mendekati anak-anak untuk mengetahui tentang mereka juga perlu kena pada gayanya. Jika tidak, pasti mereka sukar meluahkan emosi dan lebih gemar berahsia.
Orang perempuan ni, tudung antara aset utama selain baju, kasut dan beg tangan. Walaupun dah ada pelbagai koleksi dan warna, setiap kali keluar corak baru pasti akan beli.
Bukan itu je, tudung yang beli sebelum ini pun tak sempat dipakai lagi tapi dah tambah lagi koleksi baru. Nasiblah harganya mampu milik kan? Persoalannya bila dah banyak sangat tudung, kadang tak muat almari nak simpan.
Nak sangkut di hanger boleh tapi kadang nampak semak juga di mata bila terlalu banyak tergantung. Bagi nampak kemas dan tersusun, apa kata minta suami tolong buatkan almari tudung. Simple je tetapi nampak lebih teratur.
Idea yang dikongsikan oleh Encik Shafiq Abdul Hamid ini bolehlah di cuba.
Bahan yang diperlukan:
– 2 batang paip PVC putih berukuran 4 inci panjang 19 kaki (RM76)
– Engsel pintu 6 pcs (RM9)
– Pemegang pintu 2 pcs (RM4)
– Playwood ketebalan 12mm (saya guna yang ada lebihan projek yang saya buat dulu) **Jika beli playwood saiz 12mm dalam RM65
– Gam & skru
– Kertas pasir saiz 400 & Syelek 1 L (RM20)
Peralatan yang digunakan:
*Mesin pemotong kayu (miter saw)
*Jig saw
*Hand drill
*Mesin kertas pasir
Cara membuat:
1) Pertama sekali potong paip dengan ukuran saiz 6 inci sehingga selesai. Lepas tu saya menggosok paip yang telah dipotong tadi untuk bagi licin. Bukan apa risau nanti bila nak masukkan tudung tak tersangkut pada paip yang berbulu bekas dipotong tu. Setelah siap menggosok cantum paip dan titikkan gam.
2) Setelah selesai gam paip tu baru ukur berapa besar keluasan nak potong playwood pulak untuk bahagian rangka nak buat rak tudung tu.
3) Setelah potong playwood barulah cantumkan kesemua playwood tadi dan skrukan.
4) Boleh mula pasang dinding belakang. Setelah selesai angkat paip yang dah dicantum tadi tu, masukkan dalam rangka almari yang telah dibuat tu.
5) Bila dah tengok semuanya ok, baru boleh mula memasang pintu almari pula.
6) Setelah semuanya selesai, barulah mula gosok semua permukaan playwood tadi bagi licin. Saiz kertas pasir yang saya guna untuk menggosok saiz 400
7) Selesai gosok semua permukaan, baru saya sapu syelek bagi playwood tu nampak lebih cantik dan berseri-seri. Tempoh siap, sehari sahaja kalau bermula dari pagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah ada vaksin untuk COVID-19, terima kasih kepada pasangan ini. Baca artikel lanjut di AWANI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah masuk minggu kedua puasa, ibu bapa dah mula sibuk untuk buat persiapan raya. Selain kuih raya dan duit raya, ibu bapa mesti tidak lari dari fikir baju raya anak-anak kan? Hah kasut raya lagi!
Baju raya anak pula merangkumi baju kurung untuk anak perempuan, baju melayu untuk anak lelaki, baju dress/t-shirt, seluar jeans atau skirt. Ya lah kan takkan dah kalau beraya sampai ke malam anak masih guna baju kurung/melayu yang mungkin dah kena tumpahan air minum atau kotor dengan kuah rendang? Sebab tu kena ada baju persalinan yang selalunya orang prefer t-shirt apatah lagi kalau cuaca panas.
Bila fikir kena beli sekaligus memang rasa manalah nak cari duit kan? Sebab tu kena fikir cara untuk beli baju raya dengan cara jimat dan tidak membazir. Berikut antara 5 tip dari Mommynowa untuk berjimat beli baju raya anak tanpa membazir.
Beli awal
Kenapa awal? Ada banyak masa. Boleh beli sikit-sikit dulu. Ada duit sikit dah boleh beli sehelai dua atau sepasang dulu. Tanpa sedar lengkap baju raya.
Ni adalah resit tarikh sebelum raya lagi. Waktu ni saya dan Suami sudah mula beli sikit demi sikit baju anak-anak.
Tidak membazir? Tidak juga sebab selalunya bila dalam keadaan seperti ni kita boleh berfikir ikut bajet yang ada masa mahu beli tu. Kalau beli dalam masa yang singkat, ada possibility kita akan kaut apa saja depan mata sebab masa dah suntuk.
2)Beli masa promo
Selalunya akan ada waktu promosi sempena festival atau perayaan atau sambutan tertentu. Ini cara sangat selalu orang guna untuk shopping apa pun. So why not apply untuk beli baju raya anak.
Contoh paling saya ingat 4day special yang Padini buat beberapa minggu lepas. Memang di tunggu-tunggu dan memang ramai sangat orang.
Dari segi kasut pun, baik Beli masa ada promo.
Contoh kasut ni harga asal RM59.90. Disebabkan ada promo dan one last piece dapatlah pada harga promo RM49. Jimat juga RM10.90 kan hehe
Tidak membazir? Semestinya tidak sebab masa promo ni selalunya harga akan turun. Dan dengan keadaan bajet yang kita ada masa mahu beli tu, kita akan ada lebihan duit atau mungkin juga sesuai dengan bajet kita waktu tu. So mana yang ada lebihan boleh beli benda lain atau simpan dalam tabungan anak. Ting!
3) Beli combo
Selalunya pakaian yang dijual secara combo ni boleh dapat beberapa helai atau boleh dapat sepasang baju dan seluar/skirt. Antara jualan combo yang popular beli 3 pada harga dua, harga RMxx untuk baju dan seluar, RMxx satu set yang mengandungi beberapa helai baju atau seluar.
Tag ni mudah faham kan. Tak silap tag ni baju. Maksudnya Kalau beli dua baju ni harga RM50 sahaja. Boleh pilih warna yang berlainan sebab baju ni ada beberapa warna yang berbeza.
Yang tag seperti ni pula kita kena tahu harga asal setiap item. Kalau tidak silap ni tag legging. Legging ni harga Kalau kita beli satu RM19.90. Kalau beli 3, kita hanya perlu bayar pada harga 2 helai. Atau satu lagi cara untuk faham: beli 2 percuma satu. Jimat lah RM19.90 korang hehe
Yang ni pun mudah faham kan. Beli 3 harga RM50. Kalau harga biasa RM19.90X3 = RM59.70. So jimat lah RM9.70 korang hehe
Tidak membazir? Tidak sebab belian combo boleh dapat lebih sehelai pada harga lebih murah. Agak leceh juga Kalau baju harga lain, seluar harga lain. Kalau bajet agak tight, tentu sekali sambil ambil sambil kira total. Kalau dah dijadikan combo contohnya harga sekali baju dan seluar tentu sekali lebih murah dan memudahkan kita sebagai parents atur kewangan.
4) Beli secara sharing
Belian secara sharing jimatkan kos pengeposan (postage fee)-boleh dapat pakaian yang diinginkan dalam combo tanpa perlu belanja harga the whole combo.
Ni contoh buat pembelian secara sharing. Manfaat besar bila kita buat sharing is dapat jimatkan kos postage.
Tidak membazir? Nama juga belian sharing maksudnya kita hanya akan beli mana yang kita mahu dan sesuai dengan bajet kita waktu tu. Begitu juga dengan kawan-kawan kita buat belian sharing tu. Masing-masing ada pilihan mengikut bajet cuma disatukan untuk penjimatan kos pos. Lagipun tidak membazirlah bayar kos pengeposan kan hehe
5) Beli dengan side income
Selalunya gaji kerja hakiki lebih pada utilities dan keperluan rumah. Habis tu dekat raya ni cemana dengan baju raya anak-anak? Takkan buat loan? Tambah beban nanti. Sementara sempat ni kan, why not ada side income yang boleh beli baju raya anak tanpa guna duit gaji. Dengan macam tu, kita akan rasa tidak terbeban berbelanja.
Side income? Cemana cari? banyak jenis side income zaman sekarang. Ada yang buat bisnes ada yang buat extra kerja. Orang kata masa bulan ramadhan ni lah rezeki banyak sangat sebab peluang biz sangat besar sebenarnya.
Macam saya sendiri buat kerja dari rumah atau wahm. Pendapatan saya juga saya spent pada keperluan anak-anak. The best feeling ever bila kita ni surirumah pun mampu belikan barang-barang anak.
Ok settle sharing 5 cara jimat kita beli baju raya anak tanpa kita buat pembaziran. Hopefully kita dapat berbelanja dengan bijak dan beringatlah kan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.