Setiap anak kita sememangnya berbeza. Ada yang terlebih lasak, ada pula anak yang pendiam tetapi penuh ilmu di dada. Masing-masing membesar dengan cara sendiri. Namun pastinya lebih baik kita mengenai jenis dan sikap sebenar anak kita. Barulah kita dapat menangani anak-anak kita dengan baik.

Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim berkongsi perihaal anak-anak kinestetik? Ini yang perlu mak ayah tahu.

Paling Lasak & Gasak Cara Anak Kinestetik Membesar, Tak Reti Duduk Diam Tapi Bijak!


Tanda-tanda anak ada ‘growth style’ kinestetik. Anak paling lasak dan gasak biasanya ada growth style kinestetik ni. Serius, dia la yang selalu buat kita mengucap, huh!

Apa pun, syukur sebab anak ada potensi besar.
1. Anak kinestetik ni learning tool utama dia ialah tubuh badan dia sendiri, makin banyak dia bergerak makin banyak la dia belajar.

2. Dia susah nak duduk diam. Alergik dengan perkataan diam. Kalau tak buat apa-apa dia jadi gelisah, tak keruan hatinya.

3. Cepat bosan. Asyik terperuk kat rumah dia boleh jadi sangat-sangat bosan dan tepu. Ini punca anak jadi senang meragam dan senang membentak.

Paling Lasak & Gasak Cara Anak Kinestetik Membesar, Tak Reti Duduk Diam Tapi Bijak!

4. Pantang dapat peluang keluar rumah, mesti berdesup dia keluar. Anak kinestetik ni sebenarnya lebih rasa bebas bila di luar rumah.

IKLAN

5. Tanah, pasir, rumput dan laut ni semua mainan dia. Memang dia suka betul dapat sentuh alam semulajadi.

6. Kreatif dan tinggi imaginasi. Kotak boleh jadi kereta, kusyen sofa boleh jadi rumah, periuk, kuali dan senduk ibu tu selalu jadi mainan.

7. Suka mainan yang lasak-lasak. Kurang minat dia nak baca buku dan mainan yang tak bergerak ni. Rasa tak hidup main duduk setempat.

8. Marah atau bentak bila di larang bermain permainan yang dia suka. Kita nampak cara dia main bahaya, tapi dia tak faham. Jadi kena tegur dengan cara yang lembut ya.

Paling Lasak & Gasak Cara Anak Kinestetik Membesar, Tak Reti Duduk Diam Tapi Bijak!

9. Suka rosakkan barang. Aduh, sebenarnya anak bukan sengaja nak rosakkan tapi dia tak mampu nak 100% kawal kekuatan diri dia lagi.

IKLAN

10. Tenaga dia macam unlimited. Diam masa tidur. Mata selagi tak lelap selagi tu ada je aktiviti lasak dia nak buat. Tak tahu penat punya budak!

11. Pantang nampak kita senang sikit mesti di panjat badan kita, diajaknya bermain.
Besar sungguh potensi anak kinestetik ni. Dia ada ciri-ciri orang yang berjaya. Anak yang berani, bertenaga, selalu cuba benda baru dan tak cepat mengalah.

Sabar, syukur dan polish potensi anak kita ye.

Wallahu A’lam,

Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!

IKLAN

Nak relaks hujung minggu dan bawa anak bercuti, jom ke The 5 Elements Hotel. 

Paling Lasak & Gasak Cara Anak Kinestetik Membesar, Tak Reti Duduk Diam Tapi Bijak!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI