Sempena menyokong minggu penyusuan susu ibu sedunia dan meraikan ibu-ibu hebat yang komited dalam menjayakan susu ibu, Pa&Ma telah mengadakan Pa&Ma BF Party eksklusif bersama Mira Filzah.
Program yang dihadiri seramai 60 ibu hebat ini diserikan oleh NUFIYA satu jenama yang tidak asing lagi di kalangan ibu-ibu yang menyusu. Seperti sedia maklum, jenama NUFIYA sentiasa membantu para ibu untuk terus berjuang memberikan ‘titisan emas’ kepada si manja.
Sepanjang Pa&Ma BF Party ini berlangsung, Mira Filzah, Dr Maiza Tusimin (Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi) Puan Nad Masrom (Kaunselor Laktasi) yang sering memberi konsultasi kepada ibu-ibu menyusu termasuk selebriti terkenal Neelofa dan Ika Nabella (Selebriti/Pembimbing Penyusuan Bertauliah) telah diberi penghargaan khas – Pa&Ma BF Hero Appreciation.
Masing-masing telah berkongsi pengalaman sepanjang penyusuan mereka sebagai motivasi buat ibu-ibu yang berusaha untuk memberi yang terbaik untuk bayi.
Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Mira Filzah.Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Dr Maiza Tusimin.Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Ika Nabella.Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Puan Nad Masrom.
Pengalaman ini semestinya memberi inspirasi kepada peserta yang hadir dan pengikut setia Pa&Ma.
Ads
Selain slot Pa&Ma BF Hero Appreciation, Pengasas NUFIYA, Puan Yaya Suhaimi turut berbesar hati berkongsi serba sedikit perjalanan NUFIYA menyokong penyusuan susu ibu dan perkongsiannya itu menjadi pembakar semangat untuk semua ibu-ibu terus memberikan susu ibu kepada anak masing-masing.
Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza memberi jambangan bunga kepada Puan Yaya Suhaimi.
Menurut Puan Yaya, penyusuan susu ibu ini kunci kejayaannya adalah nawaitu (niat). Seperti pengalaman saya sendiri, masa awal-awal memang ada alami masalah susu tak cukup.
“Jadi jiran sebelah rumah berbangsa Cina cadangkan beli longan di kedai tabib Cina. Bila saya beli dan cuba rebus, minum air longan tersebut rasanya tak sedap. Saya cuba olah bagi sedap dan syukur kena dengan citarasa. Sehingga tempoh dua tahun minum, memang susu sangat meriah sekali walaupun pada awalnya sangat risau.
Ads
“Pada 2017, saya keluarkan produk sendiri jenama NUFIYA, dan mendapat sambutan sangat menggalakkan. Mula dari serbuk, sekarang dihasilkan dalam bentuk jelly untuk memudahkan semua ibu tanpa perlu membancuh,” katanya.
NUFIYA yang diasaskan oleh Puan Yaya turut berhasrat menjadi teman akrab para ibu menyusu. Dengan NUFIYA pasti susu lebih lancar!
Ads
Pa&Ma Support BF Party yang berlangsung di IDEAS Hotel Kuala Lumpur ini turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik sebagai tanda terima kasih kepada peserta yang hadir.
Sebagai tanda penghargaan, NUFIYA juga berbesar hati untuk memberikan 400 sample PERCUMA Lactation Jell-Y NUFIYA sementara stok masih ada.
Tahun 2025 merupakan kali pertama diadakan Top Educator Pa&Ma yang menghimpunkan jenama-jenama hebat dari institusi kewangan, taska, pra sekolah, dan pusat perkembangan kanak-kanak untuk diraikan penuh makna.
Ia bukan sekadar penganugerahan tetapi satu pengiktirafan terhadap usaha, keringat dan komitmen mereka yang bekerja tanpa penat demi memastikan ibu bapa di Malaysia dapat memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak. Buat julung kalinya telah menyaksikan satu nama yang cukup menonjol dan layak diangkat iaitu KUMON bagi anugerah Pusat Pembelajaran Berprestasi Tinggi Matematik & Bahasa Inggeris 2025.
Di Sebalik Kaedah KUMON: Kisah Seorang Ayah Memahami Anaknya
KUMON bermula dengan cerita yang sangat sederhana tetapi penuh makna. Pengasasnya, Toru Kumon, seorang guru Matematik di Jepun, mencipta lembaran kerja khas untuk membantu anaknya memahami asas matematik secara langkah demi langkah. Dari situ lahirlah falsafah KUMON yang kini digunakan di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Falsafah yang dibawa beliau cukup jelas:
Visi KUMON Malaysia: Membangunkan Potensi Setiap Anak, Satu Lembaran Kerja Pada Satu Masa
KUMON percaya setiap anak menyimpan potensi besar dan ia hanya memerlukan peluang untuk bersinar. Visi KUMON adalah melahirkan pelajar yang berdikari, yakin dan berdaya tahan, dengan asas akademik kukuh serta minda yang optimis.
Dalam operasi harian, falsafah ini diterjemahkan dengan penuh disiplin:
Dalam Kelas
Instruktor memantau pelajar melalui pemerhatian, rekod kemajuan dan ujian diagnostik. Suasana kelas dibuat supaya anak fokus dan berani mencuba dahulu sebelum bertanya.
Modul Pembelajaran
Modul Matematik & English disusun secara kecil dan progresif supaya anak tak rasa terbeban. Latihan harian membina fokus, ketekunan dan tabiat belajar yang konsisten.
Pendekatan Peribadi Kepada Setiap Pelajar Setiap anak bermula pada tahap mereka sendiri, bukan mengikut umur atau darjah. Instruktor pula sentiasa memberi sasaran realistik dan motivasi supaya anak terus maju mengikut ritma mereka.
30 Tahun di Malaysia, Bermula Dari Shah Alam ke 212 Pusat Seluruh Negara
KUMON Malaysia bermula pada tahun 1995. Ketika itu, ‘program pembelajaran kendiri selepas sekolah’ masih asing bagi kebanyakan keluarga Malaysia. Namun, sejak pusat pertama dibuka di Shah Alam, kepercayaan semakin bertambah.
Hari ini, KUMON memasuki tahun ke 30 dengan lebih 42,000 pelajar dan 212 pusat seluruh negara. Mereka juga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Pusat Pengayaan Matematik Terbesar dan Pusat Pengayaan Bahasa Inggeris Terbesar di Malaysia pada tahun 2025.
Apakah Rahsia KUMON Terus Berkembang?
Ibu bapa memilih KUMON bukan semata kerana akademik, tetapi kerana transformasi karakter yang dibentuk melalui rutin dan disiplin. Kaedah “just-right level” yang mengikut kemampuan anak menjadi tarikan utama. Kanak-kanak yang cepat boleh pergi lebih jauh, manakala yang perlahan diberi asas kukuh tanpa tekanan.
Pada tahun 2023, pelancaran KUMON CONNECT, platform pembelajaran digital berasaskan tablet, menjadikan kaedah ini lebih fleksibel. Anak-anak belajar di mana saja, manakala instruktur memantau hampir secara real time. Ia membuka ruang pembelajaran yang lebih konsisten dan mesra ibu bapa.
Pasukan Pengajar Lebih 200 Instruktur, Lebih 400 Pembantu, Satu Tekad Sama
Di Malaysia, lebih 200 Instruktur Kumon dan 400 pembantu terlatih memastikan setiap anak mendapat perhatian yang tepat. Sebelum seseorang merancang untuk membuka pusat KUMON, mereka perlu mengikuti 3 minggu latihan intensif merangkumi metodologi, bahan pembelajaran, penilaian, komunikasi dengan ibu bapa dan pengurusan pusat.
Selepas itu, sokongan berterusan diberikan melalui seminar nasional, sesi belajar berkumpulan dan persidangan. Inilah sebab KUMON mampu mengekalkan standard global kerana setiap instruktur tahu mereka sedang membentuk masa depan seseorang anak.
Cabaran Awal Meyakinkan Ibu Bapa Tentang Pembelajaran Kendiri
Ketika KUMON masuk ke Malaysia pada 1995, cabaran terbesar bukanlah pembinaan pusat tetapi pembinaan kepercayaan. Pada masa itu, ramai ibu bapa lebih biasa dengan tuisyen tradisional. Namun falsafah ‘setiap anak boleh berkembang pada kadar sendiri’ mula mendapat tempat.
Ramai ibu bapa mula sedar bahawa pembelajaran kendiri membina lebih daripada markah tetapi ia membantu untuk membina watak, ketekunan dan kebolehan anak mengurus masa.
Pencapaian dan Kisah Pelajar yang Menyentuh Hati
Antara pencapaian terbesar KUMON Malaysia ialah rekod nasional sebagai pusat pengayaan Matematik dan Bahasa Inggeris terbesar di negara ini tetapi lebih besar daripada pengiktirafan ialah kisah pelajar-pelajarnya sendiri.
Kisah Nur Khayra Delisyaa, 11 tahun:
“Kumon ajar saya jadi lebih berdisiplin dan yakin. Saya buat worksheet setiap hari lepas sekolah. Bila saya berjaya habiskan tahap yang susah, saya rasa macam menang besar. Tahun 2025 saya masuk Pertandingan Penulisan Esei Komanwel Antarabangsa. Pengajar Kumon saya banyak bantu saya percaya pada diri sendiri.”
Program seperti Advanced Student Forum (ASF) dan English Talk Show pula menjadi platform anak-anak berkongsi kejayaan dan inspirasi, malah kadang-kadang tokoh seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar hadir memberi semangat.
Masa Depan KUMON – Lebih Digital, Lebih Fleksibel, Lebih Terbuka Untuk Semua
Dalam lima tahun akan datang, inisiatif terbesar KUMON Malaysia ialah memperkasa KUMON CONNECT sebagai usaha digitalisasi yang membuat pembelajaran lebih fleksibel.
Berikut ialah gambaran ringkas ciri dan manfaatnya:
Harapan KUMON Untuk Anak-Anak Malaysia
KUMON melihat masa depan yang cerah masa depan di mana setiap anak Malaysia mampu belajar sendiri, yakin dan tidak mudah putus asa. Di mana ibu bapa, sekolah dan komuniti sama-sama menjadi pasukan sokongan untuk membina generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga cemerlang karakter. KUMON percaya apabila seorang anak tahu bagaimana untuk belajar, dia sedang belajar bagaimana untuk hidup.
Tahniah sekali lagi buat KUMON yang telah terpilih sebagai Top Educator Pa&Ma 2025 dengan anugerah Pusat Pembelajaran Berprestasi Tinggi Matematik & Bahasa Inggeris!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bubur Bayi Tumis Darat, Pekat Likat, Lebih Rasa Untuk Anak!
Menyediakan bubur bayi pastinya mengambil sedikit masa. Bubur yang sedap dan benar-benar sebati sebenarnya memerlukan masa yang agak lama untuk disediakan. Namun menyediakan bubur yang satu ini, Bubur Tumis Darat yang dikongsikan oleh ibu ini, Ana Maria, sememangnya lain daripada yang lain.
Bukan hanya ditumis terlebih dahulu sebelum direnehkan hingga masak, bahkan tumisan bawang juga ditambahkan kemudian bagi menambahkan lagi rasa kesedapan kepada bubur anak. Bukan anak saja, kita dewasa pun boleh makan bertambah-tambah. Ayuh cuba resipi yang dikongsikannya.
Selalu umi buat bubur tumis macam biasa ja. Ni umi buat tumis darat pulak. Bubur bau lagi wangi tau. Anak makan pun brselera ja Walaupun gigi atas tengah naik sebatang tu.
Sediakan bahan-bahan.
Saute ayam hingga kecut sedikit. Kemudian masukkan carrot dan batang pak choy. Saute hingga lembut semuanya.
Masukkan nasi panas. Kacau sebati dan masukkan air. Reneh sehingga menjadi bubur.
Nasi dah kembang. Boleh masukkan pak choy dan daun sup. Biarkan sehingga sayur lembut.
Tumis bawang, halia dengan sedikit minyak. Hingga kekuningan dan naik bau.
Kemudian masukkan bawang yang digoreng ke dalam bubur. Gaul sebati. Boleh blend atau lenyek mengikut kesesuaian baby. Atau terus boleh dimakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rutin kehidupan anak-anak di rumah sepanjang waktu PKPP ini pastinya membuatkan anak-anak semakin bosan. Selain melalui rutin dan jadual kerja yang diberikan oleh guru, apa kata sesekali suntik rasa dan semangat anak-anak dengan menghadiah sesuatu yang cukup disukai anak kita sambil menyahut kempen LEGO ini.
Bukan hanya anak-anak bahkan dengan kempen yang satu ini, anak-anak remaja serta ibu bapa juga dapat tampil bersama sebagai sebuah keluarga bagi menjayakan kempen unik dan hebat ini.
Kempen #BuildItDriveItLoveIt yang dianjurkan jenama permainan terkemuka LEGO tampil memberi sinar dan kegembiraan kepada kehidupan anak-anak sepanjang hari. Bukan hanya bermain, malah kempen ini mampu merangsang daya kreativiti anak-anak untuk mencipta sesuatu yang hebat.
Kempen Kenderaan LEGO ini bukan hanya dapat mengetahui jenis kenderaan itu sendiri bahkan untuk meningkatkan kesedaran serta merangsang pemanduan dan keseronokkan kanak-kanak bersama ibu bapa mereka dengan memperkenalkan lebih 46 jenis kereta unik dengan pelbagai tema. Kesemua ini pastinya mendorong minat yang lebih mendalam dalam bidang automobil dan permotoran.
Bukan itu sahaja bahkan LEGO juga turut melancarkan Kalendar 30 Hari yang pastinya menyeronokkan menerusi Facebook bermula Jun ini.
“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, kami juga akan melancarkan kalendar 30 hari yang menyeronokkan pada halaman Facebook LEGO bermula dari 1 Jun, dengan kandungan dan aktiviti untuk keluarga serta membawa keghairahan kepada anak-anak dalam dunia automobil,” begitu kongsi wakil LEGO.
Antara aktiviti yang pastinya menyeronokkan adalah:
• Membina pertandingan dengan tema yang berbeza untuk kanak-kanak dan remaja dalam mempamerkan kreativiti mereka.
• Mengetahui fakta yang menyeronokkan mengenai kereta popular.
• Tips untuk membawa LEGO anda membina ke tahap seterusnya.
• Menyerlah dan mempamerkan kemahiran membina LEGO anak-anak secara peribadi.
• LEGO Grand Prix buat julung kalinya, akan memilih peserta muda untuk mereka bentuk dan membina kereta LEGO yang unik untuk menghadapi perlumbaan di trek perlumbaan LEGO.
Jom sertai beramai-ramai dan meriahkan kempen ini dengan mencipta sesuatu yang unik dan berbeza, sekaligus bakal berpeluang terpilih sebagai jenama LEGO baru di trek perlumbaan LEGO. Jom cabar diri dan kemampuan anak-anak kita.
Bagi anak-anak penggemar dunia LEGO, jom sertainya sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.